Ramai kalangan kita yang mengalami masalah resdung atau sinus. Satu petanda ketara mereka yang ada resung adalah selalu bersin terutama waktu pagi. Sampai empunya diri pun tak tahan.
Jika bersin akibat resdung ini berlaku kerap, petua semula jadi yang dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar
ini boleh diamalkan. Petua ini juga turut diamalkan dan ternyata berjaya menyelesaikan masalah bersin yang dialami.Saya selalu dengar orang sebut pasal resdung. Bersin jangan cerita. Sana sini dengar achuw sana achuw sini.
Saya dulu dulu pun kaki bersin. Tapi lepas amalkan petua yang saya nak kongsi ni, hilanglah bersin bersin. Tak de lah lagi resdung ni.
Petuanya begini:
1) Ambil 3-4 ulas bawang putih. Buang kulit. Hancurkan bawang putih guna lesung batu.
2) Masukkan 2 cawan air dalam periuk. Panaskan lebih kurang 4 minit atau sampai nampak wap mula naik. Masukkan bawang putih yang dah hancur dalam air panas.
3) Ambil tuala kecil. Letak atas kepala atau tutup kepala. Letakkan muka atas air yang dah berwap.
4) Sedut bau yang keluar dari wap itu. Bawang yang dah diketuk akan keluarkan Allicin. Bahan lain pun keluar juga. Inilah yang akan hilangkan jangkitan.
Paling best lendir pun akan keluar. Boleh bernafas dengan lapang.
Kepada yang kena sinus bolehlah buat. Nanti rasa lega banyak. Power bawang putih ni.
Semoga bermanfaat
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar