Kewangan

Hutang Rumah Cepat Setel, Loan RM400k Boleh Selesai Dalam 8 Tahun

Share

Hutang rumah atau pinjaman perumahan memang memakan banyak peruntukan daripada gaji bulanan kita. Kebanyakan daripada kita memang berdepan hutang ini.

Dan hampir semua berharap hutang ini akan diselesaikan segera. Bagaimana pun tak semua antara kita tahu akan cara mempercepatkan penyelesaian hutang ini.

Bagi yang membuat pinjaman perumahan sekitar RM400k boleh gunakan panduan yang dikongsi oleh Harith Faisal yang juga perunding kewangan untuk menyelesaikan hutang rumah dengan lebih cepat. Malah katanya nak selesai hutang dalam tempoh 7-8 tahun pun boleh!

Caranya membayar lebih daripada bayaran bulanan yang ditetapkan. Cara ini akan menjimatkan beberapa aspek terutama jumlah bayaran dan juga jumlah tahun pembayaran. Berikut adalah perkongsian beliau untuk panduan

Cara cepat setel hutang rumah

Biasanya untuk rumah yang kita tengah duduk sendiri, kalau boleh kita nak cepat-cepat selesaikan baki hutang dengan bank.

Makin cepat selesai, makin cepat tenang fikiran, makin kurang untung yang bank dapat.

Gambar di bawah adalah hutang rumah yang berjumlah RM400k.

Jumlah pinjaman dan bayar asal

Bayar double

Untuk situasi dalam gambar kedua di bawah ini, kalau kita dapat bayar double daripada ansuran bulanan sebenar kita akan akan jimat beberapa perkara;

Gambar 2

1. Jimat 278 bulan. Asalnya 35 tahun atau 420 bulan, tapi kita boleh setelkan hutang dalam masa 142 bulan saja, lebih kurang 12 tahun.

2. Jimat RM241,165. Amaun itu bank akan dapat daripada peminjam sekiranya kita maintain bayar ansuran bulanan macam biasa selama 420 bulan.

Banyak gila jimat kan? Mungkin masa beli rumah kita memang mampu bayar RM1,771 saja sebulan. Sebab itu kita beli.

Tapi katakan ada rezeki naik pangkat, dapat tukar kerja dengan gaji yang lebih baik, bolehlah cuba buat macam ni. Bayar double!

Kesan jika bayar triple

Nak saya tunjukkan macam mana nak selesai hutang rumah RM400,000 dalam masa 7 hingga 8 tahun? Bayar triple pula. Rujuk gambar ke-3.

Gambar 3

Tapi kita kena tahu, tak semua bank terus tolak principal untuk yang kita bayar lebih. Jadi, kita kena pergi ke bank untuk instruct bank accordingly.

Jenuh jugak kalau setiap bulan nak kena mengadap bank. Mungkin juga boleh guna cara lain iaitu buat satu lumpsum payment setahun sekali

Ikut keselesaan, kesesuaian dan kerajinan masing-masing. Setiap bulan simpan dulu sementara duit lebihan dalam Tabung Haji.

Kalau kita faham tentang kiraan ni semua, payment pun cantik, tak ada istilah bank menindas atau bayar bertahun-tahun tapi hutang tak berkurang.

Bank tak pernah paksa kita sign, kita sendiri yang apply, kita sendiri agree, ari ilmu, jangan asyik menyalahkan pihak lain saja. – HF

INFO : Untuk pembayaran lumpsum selain membuat simpanan boleh juga keluarkan wang simpanan dalam akaun 2 KWSP.

Sumber: Harith Faisal

Baca: Periksa Semula Coverage MRTT Kalau Dah Beli Rumah, Takut Berlaku Kematian Waris Kena Terus Bayar Loan

Published by
VK