“Ibu Abang Dah Nak Pergi, Nak Jumpa Kawan Yang Sama Sakit Dengan Abang…”

Share

 

 

Bertugas sebagai The clown, menghiburkan hati pesakit kanak-kanak secara tidak langsung menyebabkan Iskandar Syah Ismail mendapat banyak cenderahati. Tapi ada satu yang benar-benar menyentuh hatinya.

Disangka cenderahati biasa tapi selepas dibuka, ia rupanya berisi catatan dari ibu dan ayah seorang pesakit kanser yang telah meninggal dunia.

Mereka menulis tentang detik akhir sebelum pemergiaan anak mereka Ogos lalu.  Catatan tersebut nyata sangat menyentuh hati.

Catatan ibu bapa pesakit kanser yang telah meninggal dunia

Minggu lepas ketika bertandang ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru kami menerima ‘goodie bags’ daripada Puan Rafidah Abdullah, ibu arwah adik Amirul yang pernah kami hiburkan di wad kanser kanak-kanak HSI.

Goodie bags itu diagih-agihkan sempena majlis tahlil yang diadakan di wad oleh para ibu bapa pesakit pada setiap bulan, bagi memperingati anak-anak pesakit kanser yang telah meninggal dunia.

Bulan ini kami tidak dapat menyertainya kerana pertindihan jadual. Namun goodie bags itu masih disimpan oleh Puan Rafidah untuk kami, the clowns sebagai tanda kenangan. Terima kasih banyak-banyak!

Hanya malam tadi saya baru sempat membukanya. Di dalamnya ada cenderahati berupa bungkusan tuala kecil dan pinggan plastik serbaguna.

Apabila saya membuka bungkusan tuala itu, terdapat sehelai kertas yang dilipat kemas.

Lantas saya membukanya. Sangkaan saya ia kertas doa tahlil yang biasa diedarkan semasa majlis tahlil. Tekaan saya silap!

Rupa-rupanya ia adalah catatan ibu bapa seorang pesakit kanak-kanak bernama Izzul Hanif mengenai detik-detik akhir pemergian anaknya pada bulan Ogos yang lalu.

Ia sungguh mengharukan hati.

Gambar kenangan arwah Izzul Hanif

 

Sumber: Iskandar Syah Ismail

 

Published by
VK