Bagi yang ada anak perempuan umur 9 tahun ke atas terutamanya boleh ikut apa yang dikongsi oleh Syahirah Omar yang menyediakan Period Kit untuk anak perempuannya!
Apatah lagi zaman sekarang anak-anak perempuan datang haid kali pertama pada usia yang cukup muda. Seawal sembilan tahun sudah ada yang mengalaminya.
Anak yang masih kecil ini mungkin belum ada pengetahuan yang cukup tentang haid jadi period kit ini yang disediakan oleh ibu boleh membantu pada waktu mereka memerlukan.
Period Kit untuk anak perempuan
Bagi Pagi ni aku nak share tentang period kit buat anak perempuan kita.
Aku tak pasti mak mak lain buat macamana, tapi aku nak kongsikan persediaan untuk anak perempuan kita yang bakal melalui period buat kali pertama.
Ads
Memandangkan anak aku anak istimewa, effort tu kena lebih sikit.Persediaan tu aku dah buat beberapa tahun lepas. Aku gunakan kaedah social story untuk ceritakan pada dia apa yang dia perlu lakukan kalau tiba tiba period kali pertama di sekolah.
Aku sediakan period kit yang mengandungi: – Pad – Underwear – Plastik bag sampah eco – Calendar, pen dan note book – Hand sanitizer – Baby wipes – Print kertas arahan step by step di bawah. Isikan di dalam satu bag berzip yang mudah untuk dibawa kemana saja.
Apa perlu anak buat
Aku kongsikan social story buat anak aku ya. Maaf jika dalam Bahasa Inggeris.
What to do when you get your first period?
1. You may have noticed some spots of blood in your underwear.Don’t panic! The blood might be red, brown, or even blackish.
Ads
2. Keep calm, tell your mom or class teacher ( whisper in her ear)
3. Get your period kit and go to the toilet.
4. Unwrap the pad, remove the backing to expose the sticky side of the pad.
5. Center the pad in the middle part of your underwear. Pull up your underwear.
Ads
6. Keep your dirty underwear in a plastic bag.
7. Wash your hands.
8. Mark the date on your calendar.
9. Change your pad every 3 to 4 hours. ( sooner if you have a really heavy flow)
Tip
Arahan ini, boleh dijadikan dalam bentuk bergambar. Tak semua anak suka arahan dalam bentuk bertulis. Print dan masukkan di dalam period kit tadi . Maklumkan pada guru kelas yang kita sudah sediakan period kit dalam beg sekolah anak.
Setiap anak kita berbeza level kefahaman mereka. Seeloknya kita tunjukkan bagaimana untuk gunakan pad dengan cara yang betul. Bagaimana untuk basuh, bagaimana untuk buang.
Untuk anak istimewa, lebih mencabar. Mak mak perlu ajar anak dengan lebih kerap. Tuang sedikit pewarna merah di seluar dalam dan pad, tunjuk pada anak dan latih anak. Rutinkan mereka supaya walaupun mereka tidak bertutur sekalipun, mereka akan cuba ikut apabila dirutinkan.
Ceritakan pada anak, yang mereka perlu jaga aib mereka apabila datang haid. Bukan sesuatu yang perlu dibanggakan. Ceritakan juga mereka sudah wajib untuk solat dan menutup aurat. Cuma, rutin solat dan menutup aurat tu perlu dibuat sejak mereka kecil lagi bukan selepas didatangi haid.
Ceritakan yang akan berlaku perubahan pada diri mereka. Contohnya perubahan pada buah dada, private part, ketiak.
Ceritakan juga berapa hari kitaran haid, apa yang mereka tidak boleh lakukan sepanjang haid, dan apa yang akan berlaku jika mereka melakukan hubungan sex setelah di datangi haid.
Jangan malu untuk ceritakan pada mereka dengan menggunakan bahasa yang betul. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main. Apabila mak ayah tak berceritalah mereka mula mencari jawapan sendiri dan perasaan ingin mencuba tu meluap luap.
Semoga bermanfaat.
Nak tukar sarung kusyen tapi corak yang ada kita tak berkenan. Kalau berkenan pula, saiznya pula tak sama. Ada saja masalahnya.
Sudahnya kita buat sendiri sajalah. Takde masalah pun kalau tiada mesin jahit sebab ada saja teknik yang boleh dilakukan untuk menghasilkan sarung kusyen tanpa jahit.
Macam yang dikongsi oleh Nurul Azira ini. Memang senang! Menurutnya dia membuatnya sendiri memandangkan sukar untuk mencari sarung kusyen jenis ini yang mengikut citarasanya.
Alternatifnya buat sendiri walaupun tanpa mesin jahit menggunakan kaedah gunting dan ikat!
Barang yang diperlukan
Kain jenis lycra
Gunting
Cara membuat:
1. Ini warna pilihan yang sukar dicari hingga memaksa ‘menDIY’ sarung kusyen. Terlebih dahulu lipat dua kain sebelum mengukur.
2. Ukur kain mengikut saiz sarung kusyen.
3. Gunting mengikut ukuran, pastikan bahagian hujung dilebihkan untuk proses ikatan.
4. Di bahagian hujung, buat jalur dan gunting.
5. Tutup kusyen dengan kain yang siap diukur tadi.
6. Sekarang proses mengikat. Ikat simpul, pastikan ikatannya kukuh.
7. Inilah rupanya kusyen yang dah siap diikat.
8. Inilah hasilnya. Dah siap sarung kusyen baru ikut citarasa.
Kaedah ini juga sesuai untuk buat sarung bantal hiasan sofa / throw cushion ataupun sarung tilam. Selamat mencuba!
Macam-macam kuih moden ada sekarang tapi kuih tradisi juga yang selalu jadi pilihan hati. Antaranya apam kampung ini. Lama sungguh tak makan.
Cicah dengan kelapa parut memang sesedap rasa. Buat yang rindu nak makan jomlah kita buat sendiri. Apam kampung ini ada beberapa perisa tapi yang selalu kita makan apam pandan dan gula merah. Kalau rasa teringin nak makan boleh cuba buat sendiri ikut perkongsian Salmah Shahidan.
Cara buat apam kampung, macam-macam jenis
Apam kampung cicah dengan kelapa parut, sesekali makan memang sedap. Dengan guna resipi yang sama kita buat pelbagai jenis apam sama ada apam ros, apam pandan, apam gula Melaka, apam biasa.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1/2 paket (11 gm) mauripan + 1 sudu kecil gula dibancuh dengan 1/2 cawan air (biar sampai yis kembang)
3/4 cawan gula putih (jika suka manis guna 1 cawan)
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit perwarna dan perisa
Kelapa parut putih
Cara membuat:
1. Rendam yis sehingga kembang dahulu baru masukkan semua bahan ke dalam bekas. Kacau hingga gula larut & sebati menggunakan whisk.
2. Kacau rata dan perap lebih kurang 1- 2 jam. Bancuhan akan naik sekali ganda atau dua kali ganda.
3. Sapu loyang 10 inci dengan minyak dahulu kemudian tuang adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api besar untuk tempoh 1/2 jam atau 45 minit.
4. Untuk tentukan apam dah masak, boleh cucuk ngan lidi jika apam tak lekat bermakna dah masak. Sejukkan dan bolehlah dipotong. Hidang dengan kelapa parut putih yang digaul dengan garam.
Apam pandan – Jika nak perisa daun pandan kisar 7 – 10 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan pewarna hijau jika perlu.
Apam rose – Kalau nak buat apam rose, letak esen rose dalam 2 sudu kecil dan perwarna merah.
Apam gula merah – Untuk apam gula merah guna 1/2 cawan gula pasir dengan 1/2 cawan gula merah. Masak gula dengan 1 1/2 cawan air dan tapis.
Apam kuning dan ori – Jika nak buat apam kuning diraja tambah saja pewarna kuning. Untuk apam kampung ori tak perlu letak pewarna. Putih saja.
Ikan lengat atau ikan rebus asam jawa ini lauk ‘legend’ dari utara tanah air. Ikan ini bila digoreng memang sedap sama ada makan dengan nasi atau ratah saja. Rasa masam masin cukup untuk buat kita berselera makan.
Bagi yang rindu nak makan ikan lengat ini bolehlah buat sendiri. Ikut saja panduan yang dikongsi oleh AishahYap.
Cara buat ikan lengat
1. Siang ikan macam biasa dan kelar.
2. Ramas asam jawa bersama setengah cawan air. Masukkan garam dua sudu makan.
3. Masukkan ikan. Salut asam jawa dengan seluruh bahagian ikan. Biar kena semua. Perap 30 minit (lagi lama perap lagi sedap).
4. Masukkan dalam periuk, masak atas api sederhana. Bila mendidih sikit terus tutup api, jangan rebus lama nanti ikan jadi lembik susah nak goreng. Kemudian biar ikan suam.
5. Panaskan minyak. Goreng macam biasa sampai garing macam dalam gambar.
Ini bukan hangit ya, memang ikan lengat macam ni rupanya. Ikan ini bila digoreng boleh makan sampai ke tulang kerana tulang ikan jadi rangup dan lembut. Nikmat tak terkata.
INFO
Jangan bimbang garam tak menyebabkan rasa masin kerana penggunaan asam jawa. 2 sudu makan garam dan segenggam asam jawa itu untuk 12 ekor ikan. Kalau buat 5-6 ekor, boleh kurangkan. Letak garam 1 sudu makan.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...