Antara persiapan persekolahan yang ibu bapa akan buat bila buka sesi persekolahan baru adalah membeli beg sekolah.

Biasanya ibu bapa lebih perhatikan harga beg berbanding keselesaan anak. Harga mungkin murah tapi kalau anak tak selesa dan buat anak sakit memang tak berbaloi.

Jadi sebaiknya ibu bapa ambil kira keselesaan anak waktu pemilihan beg ini. Lebih-lebih lagi salah pilih beg sekolah juga  boleh menyebabkan anak mengalami masalah kesihatan termasuklah skoliosis yakni tulang belakang bengkok. Takut kan!

Oleh itu untuk pastikan beg sekolah yang dibeli tak mudaratkan anak, boleh ikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Cara betul pilih & galas beg sekolah

Sekarang tengah musim ibu bapa beli peralatan sekolah, dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah. Ibu bapa perlu beli beg sekolah yang betul untuk elakkan kemudaratan pada anak-anak.

Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.

IKLAN

Salah Pilih Beg Sekolah Boleh Mudaratkan Bahagian Belakang Anak. Doktor Kongsi 3 Ciri Beg Galas Yang Elok

Cara pilih beg yang betul

  1.  Jenis:— mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.
  2. Dalaman:— mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.
  3. Saiz:— bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.

Salah Pilih Beg Sekolah Boleh Mudaratkan Bahagian Belakang Anak. Doktor Kongsi 3 Ciri Beg Galas Yang Elok

Cara galas beg yang betul

1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.

IKLAN
Selain itu:  Mudahnya Nak Kurus Ikut Diet Air Putih. Tapi 6 Tip Ini Kenalah Hadam Dulu!

2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh da tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.

Salah Pilih Beg Sekolah Boleh Mudaratkan Bahagian Belakang Anak. Doktor Kongsi 3 Ciri Beg Galas Yang Elok

Salah Pilih Beg Sekolah Boleh Mudaratkan Bahagian Belakang Anak. Doktor Kongsi 3 Ciri Beg Galas Yang Elok

IKLAN

3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.

Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibu bapa dan anak-anak!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI