Ads
Home Kesihatan Ibu Hamil Perlu Ambil Suplemen Untuk Lebih Sihat, Kurang Nutrisi Boleh Jadi...

Ibu Hamil Perlu Ambil Suplemen Untuk Lebih Sihat, Kurang Nutrisi Boleh Jadi Punca Kelahiran Bayi Pramatang, Tak Cukup Berat

Ads

 

 

 

Ads

Kita selalu keliru, perlu ke ambil suplemen ketika hamil? Kenapa perlu ambil suplemen? Tak bahaya ke ambil suplemen ketika hamil?

Persoalan ini selalu bermain di fikiran ibu hamil. Apatah lagi pelbagai isu mengenai suplemen wujud terutamanya di laman sosial yang berprasangka suplemen boleh merosakkan buah pinggang.

Vanilla Kismis mendapatkan kenyataan daripada Profesor di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Prof Dr Azizan Ahmad mengenai hal ini.

Ads

Ibu Hamil Perlu Ambil Suplemen Untuk Lebih Sihat, Kurang Nutrisi Boleh Jadi Punca Kelahiran Bayi Pramatang, Tak Cukup Berat

Ibu hamil perlu amalkan suplemen tak?

Ya, ibu hamil memang perlu amalkan suplemen apatah lagi jika makanan yang diambil tidak cukup menampung nutrisi yang diperlukan. Suplemen ialah makanan tambahan. Makanan perlu diambil seimbang dengan aktiviti yang dijalankan seharian. Sistem diet yang lazimnya diamalkan tidak mencukupi. Buktinya banyak penyakit dihidapi oleh orang ramai. Sebab itulah kita lihat hospital tidak pernah kosong. Masyarakat kita tidak sihat termasuklah ibu hamil disebabkan oleh pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi.

Apa sebab utama ibu hamil perlukan suplemen?

Sebab utama ibu hamil perlu ambil suplemen ialah untuk memastikan kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Sepanjang tempoh kehamilan, ibu kena sihat dan pastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi secukupnya.

Jika ibu abaikan pengambilan nutrisi, bayi dalam kandungan boleh mendapat kesan buruk. Misalnya bayi lahir tak cukup bulan atau bayi lahir tak cukup berat. Ini semua kesan buruk yang boleh dielakkan dengan pengambilan nutrisi yang cukup.

Kalau ibu tidak larat hendak makan raw food, maka suplemenlah yang membantu mencukupkan nutrisi untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Supleman mengandungi vitamin yang bagus untuk kesihatan ibu dan juga perkembangan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Sebab itulah, saya menggalakkan ibu hamil ambil suplemen sepanjang tempoh kehamilan.

Alahan adalah salah satu situasi yang ibu hamil akan alami. Bagaimana suplemen boleh bantu golongan yang macam ni?

Ibu hamil yang mengalami alahan adalah golongan yang sangat perlukan suplemen. Jangan ‘layan’ alahan itu sampai ibu tak makan langsung. Apabila ibu tak boleh nak makan makanan biasa misalnya nasi atau roti, jadi ibu kena ambil suplemen. Tujuannya mencukupkan nutrisi untuk anak dalam kandungan. Ini kerana apa yang ibu makan, anak akan dapat khasiatnya.

Biasanya alahan menyerangan ibu hamil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Tempoh ini pula sangat penting untuk kejadian janin yang sihat. Jadi, ibu kena pastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk bayi dalam kandungan. Ini sangat penting.

 

Ads

Apakah nutrisi yang ibu hamil perlukan?

Secara amnya, ibu hamil perlukan sumber makanan dalam bentuk vitamin dan mineral misalnya buah, karbohidrat misalnya nasi dan roti serta protein yang boleh didapati daripada ikan dan daging.

 

Ibu Hamil Perlu Ambil Suplemen Untuk Lebih Sihat, Kurang Nutrisi Boleh Jadi Punca Kelahiran Bayi Pramatang, Tak Cukup Berat

Suplemen bagaimana yang elok untuk ibu hamil?

Saya sarankan ibu hamil dapatkan suplemen yang berasaskan buah dan sayur. Ianya sangat bagus untuk memastikan ibu hamil dan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi.

Ibu kena bijak memilih. Ada banyak suplemen di pasaran. Namun pilihlah yang menggunakan active ingredient. Ini kerana suplemen yang menggunakan active ingredient bagus untuk badan dan tidak memudaratkan.

Ini berbeza dengan suplemen yang bersifat sintetik. Suplemen bersifat sintetik inilah yang bermasalah. Ini kerana bahan yang digunakan ialah bahan sintetik yang sudah pasti ada bahan kimia. Suplemen seperti ini mengatakan mereka gunakan buah tetapi sebenarnya hanya perisa buah yang menyerupai bahan sebenar sedangkan ianya bukan bahan sebenar. Ini bahaya.

 

Tip penjagaan kesihatan ibu hamil yang ada alahan

1) Jangan layan alahan, ibu kena makan
-Walaupun ibu mengalami alahan, ibu kena usaha untuk makan atau menggantikan makanan dengan suplemen. Bayi dalam kandungan perlukan nutrisi untuk tumbesarannya.

2) Cari waktu makan yang ibu selesa
-Jika ibu loya pada waktu pagi, cuba makan pada waktu tengah hari. Jika tidak boleh, cuba waktu makan. Jangan tidak makan langsung.

3) Jangan tidur sepanjang hari
-Tidur atau berehat sebenarnya menyebabkan alahan semakin kuat. Ibu kena rajin bergerak atau sekurang-kurangnya melakukan kerja rumah. Kalau dilayan, alahan akan semakin teruk.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI