‘Buka Kedai’ Dalam Rumah Cara Kreatif Ibu Ajar Anak-anak Berebut Buat Kerja

Share

 

Tempoh PKP semua anak duduk di rumah. Sebenarnya inilah masa ibu bapa nak ajar anak buat kerja rumah terutama yang masih kecil lagi.

Tapi nak meminta anak sukarela melakukannya memanglah agak sukar. Jadi kena ada cara yang sesuai dan seronok barulah jalan.

Idea daripada Farhana Ibrahim ini boleh digunakan oleh ibu bapa lain.

Selain galak anak buat kerja di rumah walaupun kerana upah, ia juga melatih anak mengira dan juga konsep jual beli. Tak mustahil anak berebut buat kerja rumah sebab nak membeli.

Siapa yang ada anak usia 8 tahun ke bawah boleh praktik cara ni.

Buat kerja – dapat upah – boleh beli

Disebabkan PKP dipanjangkan lagi, maka ummi ambik peluang buka ‘kedai’ dalam rumah ni..

Siapa buat kerja, dapat duit Jutaria (duit monopoli).

Boleh kumpul dan beli di kedai ummi (biskut & jajan).

Tapi setiap anak ada had membeli jgk la especially utk keropok.

Sekadar mencari aktiviti bersama dengan anak-anak. 3 lelaki 1 perempuan.

Dalam depa dok mengulangkaji & buat aktiviti, ummi pun dpt la kurangkan sikit, tugas mengemas rumah kan.

Parent lain pun boleh cuba buat. Stok jajan banyak kat rumah kan!

Sumber: Farhana Ibrahim

Published by
VK