Bila ada ada anak kecil atau bayi, sama ada tidur sekali atau asing kita tetap risau dengan keselamatan anak.
Jatuh katil antara yang kita bimbangkan.
Kalau ada yang dalam situasi ini, rasanya boleh ikut idea bilik tanpa katil dari oleh Tri Puryana.
Menurutnya idea ini diambil dari Pinterest, awalnya dibuat untuk bilik anak perempuan tapi bila rasa selesa tidur tanpa katil, idea ini turut dibuat pada bilik lain.
Bilik anak perempuan yang dah siap. Walau tiada katil, head board tetap ada.
Ini bilik lain tapi proses sama dengan bilik anak perempuan. Pasang kayu untuk tinggikan dari lantai dalam 20cm.
Ads
Dah selesai pasang kayu, semua kerja ini guna khidmat kontraktor.
Ads
Bilik ini pun ada kepala katil walaupun bukan katil. Siap wiring untuk lampu atas kepala. Buat laci kanan dan kiri serta suis supaya tak berebut dengan orang sebelah.
Dah siap satu lagi bilik. Belum deko lagi sebab anak masih kecil.
Cara memasak kita sehari-hari memang guna banyak minyak. Menjadi masalahnya bila nak buang minyak masak terpakai yang dah hitam legam ni.
Memang boleh jual semula minyak tapi tak semua tempat ada. Nak buang kat singki nanti tersumbat, nak buang kat longkang jadi kotor.
Mahu tak mahu kena buang juga dalam tong sampah. Tapi selalunya minyak akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!
Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.
Guna hardener
Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.
Produk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso dengan harga RM5.90, setiap kotak mengandungi 5 pek.
Cara-caranya:
1. Beli “hardener” @ pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.
3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah.
Teringin nak makan ayam bakar tapi nak yang mudah saja. Tak berapa rajin nak buat bahan perap. Ha… memang ada caranya.
Tak perlu nak cari, hiris atau blend macam-macam bahan perapan, guna saja cara yang dikongsi oleh Liyaw Ah Seng.
Rupanya nak senang buat ayam bakar guna saja perencah nasi goreng segera. Bukan saja mudah katanya, tapi juga sedap. Ini caranya.
Cara mudah buat ayam bakar, guna perencah nasi goreng
Bahan-bahan
1 ekor ayam
Perencah nasi goreng Adabi
Madu
Kentang
Cara membuat
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Gaul terus dengan perencah nasi goreng, lagi banyak lagi sedap. Masukkan sekali madu dalam 3-4 sudu.
3. Perap semalaman kemudian bakar. Saya bakar hingga kulitnya garing suhu antara 200-250 darjah Celsius dalam 25-30 minit. Boleh juga nak bakar dalam air fryer.
Plak berwarna kuning yang terbentuk pada celah-celah gigi memang akan menyebabkan gigi nampak kotor dan tidak terjaga.
Walaupun sudah mengikut rutin memberus gigi dua atau tiga kali sehari ia tetap sukar dihilangkan.
Biasanya untuk mengatasi masalah ini kita akan membuat rawatan ke klinik gigi kerana jika dibiarkan plak ini boleh menyebabkan kerosakan gigi malah nafas juga berbau.
Namun begitu selain rawatan gigi sebenarnya ada beberapa cara semula jadi yang boleh kita praktikkan juga untuk menghapuskan plak gigi. Menariknya, bahan-bahan tersebut ada di dapur kita saja.
Jadi sebelum jumpa doktor gigi boleh cuba dulu cara ini ya!
Kulit oren
Buah jenis sitrus berguna untuk menghapuskan plak kerana kandungan asid yang dimiliki.
Cuma ambil kulit oren yang dikupas dan gosok terus kepada gigi selama 2 atau 3 minit. Kemudian berkumur dengan air suam selepas itu. Lakukan beberapa kali seminggu.
Jus lemon
Selain kulit oren, jus lemon juga boleh digunakan. Asid dalam lemon bukan saja menghapuskan plak tapi juga membantu memutihkan gigi.
Caranya celup berus gigi dalam jus lemon dan gosok gigi dengan rata. Biarkan seketika sebelum membilasnya. Cuma perlu diingat jus lemon cukup kuat dan boleh menyebabkan hakisan gigi.
Minyak kelapa
Barang dapur lain yang boleh digunakan untuk menghapuskan plak gigi adalah minyak kelapa. Minyak ini menyerap kotoran dalam mulut dan mempunyai kesan antibakteria untuk menentang mikro organisma yang membuat di bahagian ini.
Ratakan 1-2 sudu besar minyak kelapa ini dalam mulut dan biar selama 10-15. Kemudian keluarkan dan berkumurlah dengan air suam.
Buah tomato & Strawberi
Buah tomato dan strawberi kaya dengan vitamin C. Jika tak suka dengan buah sitrus anda boleh menggunakan dua jenis buah ini sebagai alternatif.
Potong kecil dan gosok kepada gigi. Biarkan selama 5 minit sebelum berkumur untuk membersihkannya.
Bunga cengkih
Rempah ini sudah sekian lama digunakan untuk meredakan sakit gigi. Ia juga membantu membasmi kuman di dalam mulut. Caranya kisar bunga cengkih dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Letakkan campuran ini pada bahagian gigi yang mempunyai plak.
Semua cara ini beresan sekiranya masalah plak pada gigi bukan di peringkat teruk.
Sekiranya anda mempunyai masalah gigi sensitif sebaiknya dapatkan rawatan doktor.
Kena scam tukang rumah atau kena tipu kontraktor antara kes yang selalu berlaku bila pemilik kediaman mahu membina atau melakukan ubah suai rumah.Antaranya rumah...