
Isi Kandungan
Toggle
Menghias kediaman biasanya menelan belanja yang agak besar. Tapi kalau anda jenis yang kreatif tak mustahil benda murah boleh digunakan untuk dekorasi dan hasilnya tetap cantik.
Ini dibuktikan oleh @dian.jaunah yang berkongsi idea yang dipraktikkan. Hanya menggunakan sellotape atau pita pelekat dia berjaya menghias feature wall untuk bilik tetamu. Meski ringkas tapi cantik dan berseni.
Hanya perlu sellotape dan kreativiti
Ukur untuk buat frame
Hiasan boleh ikut kreativiti, boleh ambil idea dari pinterest juga.
Hasilnya
Boleh juga dibuat pada sudut kediaman yang dirasakan kosong
Cara Betul Guna Dolomite & Sukatannya Supaya Tanah & Tanaman Subur

Salah satu cara terbaik untuk merawat tanah yang kurang subur atau mahu meningkatkan kesuburan tanah bagi bercucuk tanam adalah dengan menggunakan dolomite.
Turut dikenali sebagai baja kapur semenjak dahulu lagi ia memang telah digunakan secara meluas sebagai perawat tanah atau ‘soil confitioner’.
Kandungan bahan Magnesium, Kalsium dan Silikon serta Ferus di dalamnya akan memperbaiki pH tanah sehingga optimum dan ia dikatakan bahan terbaik digunakan dalam merawat tanah dengan kos yang murah namun berkesan.
Bukan saja untuk kesuburan tanah, dolomite juga dapat meningkatkan zat terbaik untuk semua jenis tanaman sama ada pokok buah, sayuran atau pun tanaman hiasan.
Cuma bagi memastikan tanaman mendapat zat yang terbaik ini zat cara penggunaan dolomite dan sukatannya perlu betul. Dikongsi oleh Baja Taiping ini panduan yang boleh diikuti.
Cara dan sukatan betul menggunakan dolomite
Cara menggunakan dolomite ini ada 2 teknik iaitu
-Tanam
-Tabur
Langkah 1
Korek tanah dan jadikan seperti longkang pada bahagian sekitar pangkal pokok dengan jarak
– 1 jengkal (sekiranya pokok masih kecil)
– 2 jengkal (sekiranya pokok dewasa)
Jarak ini bertujuan untuk tidak merosakkan sistem akar tanaman disebabkan kesan terkena cangkul kerana akar yang rosak akan menjejaskan tanaman.
Langkah 2
Tabur dolomite dalam longkang yang dibuat dengan kuantiti berikut;
-Anak benih kurang 1 jengkal guna sekitar 2-3 sudu besar
-Anak pokok tinggi 1-3 kaki gunakan antara 750g – 1kg
-Pokok sederhana tinggi 4-6 kaki gunakan sekitar 1.5 – 2 kg
-Pokok matang/dewasa melebihi 10 kaki (guna sekitar 3kg)
Langkah 3
Tutup semula longkang dengan tanah, jadikan seperti bukit kecil. Ia bertujuan untuk memastikan akar tanaman berada di dalam tanah.
Kemudian taburkan lagi sedikit dolomite pada busut tersebut untuk menambah baik struktur tanah pada bahagian atas dan menghalang serangga perosak seperti anai-anai, semut, ulat bulu.
Langkah 4
Siram air sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk semua pokok atau tanaman yang menggunakan dolomite. Selain memastikan kelembapan cukup ia juga mengaktifkan segala kandungan nutrien pada tanah.
Semoga bermanfaat
Sumber: Baja Taiping
Nak beli dolomite di Shopee boleh klik SINI
Buat Sendiri Kuih Bakar Pandan, Ikut Sukatan Cawan Gerenti Jadi!

Kuih bakar pandan ini selalu kita beli, walhal nak buat kuih ini mudah saja.
Bancuh guna blender, bakar dalam oven dah siap!
Guna sukatan cawan dan ikut resipi perkongsian Maizatul Ayub ini. Gerenti jadi!
Cara buat kuih bakar pandan, senang je!
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan kotak (2 kotak)
1/4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan kalau xnk manis)
2 biji telur
Secubit garam
1 penutup esen vanila
1 penutup perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Bijan
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dalam bekas, (kecuali bijan) kacau sebati dan masukkan dalam blender. Blend sampai tak ada ketul-ketul.
2. Oleskan loyang dengan minyak/majerin. Tuang adunan dalam loyang. Taburkan bijan. Saya guna loyang cupcake.
3. Bakar sehingga masak dan garing di luar. Suhu 180, bakar selama 25-30 minit. Api atas bawah (bergantung pada oven).
Siap. Bancuhan ini boleh hasilkan 17-18 biji kuih bakar.
Selamat mencuba!
Sumber: Maizatul Ayub
6 Jenis Teh Yang Kesannya Lebih Baik Dari 1 Jam Bersenam

Isi Kandungan
Toggle
Teh adalah minuman yang selalu ada di setiap rumah. Dihasilkan daripada sejenis daun, pengambilan teh ini sudah lama dikaitkan khasiat untuk tubuh termasuklah untuk menguruangkan risiko penyakit jantung.
Kajian juga menunjukkan minum teh banyak memberi manfaat untuk penurunan berat badan dan juga pengurangan lemak pada perut.
Malah ada beberapa jenis teh dilihat sangat berkesan untuk dua tujuan ini. Jadi untuk yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan, jadikan minum 6 jenis teh ini sebagai amalan harian.
Teh hijau
Teh hijau adalah salah satu teh yang popular dan dikaitkan dengan pelbagai khasiat. Ia juga antara teh yang sangat efektif untuk menurunkan berat badan kerana kandungan catechin yang tinggi mana merupakan antioksidan semula jadi yang baik untuk meningkatkan metabolisme dan meningkatkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut.
Teh Puerh
Puerh adalah dari keluarga Chinese black tea. Amalan minum teh ini selepas makan akan mengelakkan lemak dari berkumpul seterusnya mengelak kenaikan berat badan. Sebab itu teh yang menenangkan ini dilihat sangat membantu dalam penurunan berat badan
Black tea
Ia kaya dengan flavonoids yang menyumbang kepada pengurangan berat badan. Ia juga memberi kesan dalam menjaga tahap gula dalam darah.
Teh Oolong
Ia merupakan teh tradisi China dengan aroma yang wangi. Ia membantu mengurangkan berat badan dengan cara merangsang pembakaran lemak dan mempercepatkan metabolisme. Ia juga mengandungi polyphenols yang bertanggungjawab dalam usaha menurunkan berat badan.
Teh Rooibos
Teh Rooibos adalah teh herba dari Afrika Selatan. Awalnya digunakan untuk tujuan kesihatan namun kini khasiatnya dalam menurunkan berat badan sudah dikenal pasti. Ia mengandungi antioksidan yang membantu menyeimbangkan tahap gula. Ia manis tapi rendah kalori.
Teh Matcha
Atau dikenali juga sebagai serbuk teh ia adalah berasal dari keluarga teh hijau. Tapi teh matcha lebih berkesan jika mahu menurunkan berat badan. Malah lebih efektif dari teh hijau. Ia mampu menghapuskan toksin, memperbaiki sistem imun selain menghalang penambahan berat badan dengan cara merangsang tahap metabolisme.
Sumber : Brightsite