
Idea makeover rak dari Nur Farhana ini memang menarik. Dari rak kosong jadi kabinet bergaya.
Caranya pun mudah, tak perlu drill cuma tampal panel yang siap dibeli secara online dengan gam, rak terus nampak berbeza.
SEBELUM
SELEPAS
Bagi yang nak gunakan idea ini di rumah boleh ikut panduan yang dikongsi.
- Rak putih 4 lubang – beli 2 buah di Shoppe. Klik SINI untuk beli.
2. Design panel – beli 8 keping. Klik SINI untuk beli.
3. Plain board – 8 keping (beli di kedai yang sama seperti design panel cuma request plain daripada seller).
4. Box untuk rak – 8 buah, ukuran 33x38x33cm. Boleh juga guna bakul rotan.
5. Lekatkan design panel pada plain board. Guna gam saja, pastikan yang kuat.
6. Kemudian gam pula panel yang dah siap lekat tadi pada box.
7. Letakkan tombol, boleh beli online juga. Klik SINI untuk beli.
8. Boleh masukkan box yang ditampak dengan design panel dalam rak.
Hasilnya
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Farhana
Ikut Teknik Ini Kalau Tanam Cili Di Rumah Barulah Hasilnya Lebat & Subur Elok

Teruja tengok hasil cili yang ditanam Cik Amri ini. Elok subur dan lebat. Menggunakan kaedah tanam secara gantung, kita juga boleh dapat hasil yang sama sebab beliau turut berkongsi tip penanaman yang digunapakai. Bagi yang menanam cili di rumah boleh praktikkan perkongsian beliau ini.
Boleh guna teknik ini kalau tanam cili di rumah
Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam. Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan.
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan.
1. Buang tunas air.
Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.
2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin.
Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.
3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair.
Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah.
4. Cabut rumput liar
Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.
5. Jarak jangan dekat sangat
Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.
6. Medium jangan basah sangat
Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak saja ya.
Itu sahaja laa teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua happy dengan tanaman masing masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Cik Amri
Artikel berkait: Cara Buat ‘Air Penggalak’ Untuk Pokok Cili Yang Ditanam Berbuah lebat dan Tahan Penyakit
Cara ‘Trade In’ Barang Emas Untuk Elak Riba

Isi Kandungan
Toggle
Melihat rekaan emas baru seperti pulut dakap, tali kapal, ekor kucing, jagung dan macam-macam lagi buat wanita teruja nak tukar gelang atau rantai emas lama yang mereka miliki kepada rekaan baru ini.
Biasa yang kita buat, trade in barang emas lama kepada barang emas baru, kalau harga lebih kita tambah saja. Hakikatnya dalam Islam cara ini hukumnya haram kerana ada unsur riba.
Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda :
فَمَنْ زَادَ، أَوِ اسْتَزَادَ، فَقَدْ أَرْبَى، الْآخِذُ وَالْمُعْطِي فِيهِ سَوَاءٌ.
” Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa riba. ”
Macam mana nak elak riba waktu trade in emas
Jadi macam mana nak mengelakkan daripada berlaku unsur riba dalam trade in emas lama kepada emas baru.
Menurut Ustaz Haji Marzuki Haji Buhanuddin untuk mengelakkan daripada berlaku riba dalam melakukan ‘trade in’ emas lama dengan emas baru yang lebih mahal harganya, adalah
Si pembeli menjual emasnya dahulu, kemudian diambil duit hasil dari jualan emas tadi dan kemudian si pembeli membeli barang kemas yang baharu itu.
Cara ini sebenarnya diajar oleh Nabi Sallahualaihiwasallam kepada sebahagian sahabatnya.
عن أبي سَعِيدٍ الخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: جَاءَ بِلاَلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «مِنْ أَيْنَ هَذَا؟»، قَالَ بِلاَلٌ: كَانَ عِنْدَنَا تَمْرٌ رَدِيٌّ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، لِنُطْعِمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: «أَوَّهْ أَوَّهْ، عَيْنُ الرِّبَا عَيْنُ الرِّبَا، لاَ تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ فَبِعِ التَّمْرَ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِهِ».
” Daripada Abi sa’id Al-Khudri Ra berkata ; Bilal datang kepada Nabi saw dengan membawa tamar barni, lalu Nabi bertanya kepadanya ; dari manakah tamar ini ?. Bilal menjawab : kami mempunyai tamar yang buruk, lalu kami menjualnya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang tamar barni, agar kami dapat memberi makan kepada Nabi saw , lalu Nabi saw bersabda pada saat itu ; aduh, aduh, itulah riba, itulah riba. janganlah engkau melakukan ini. akan tetapi jika engkau ingin membeli (kurma yang terbaik) maka juallah kurmamu dengan penjualan yang lain, kemudian belilah kurma yang terbaik dengan hasil penjualanmu itu.”
HR Bukhari dan Muslim
Jadinya kalau teringin nak trade in emas lama dengan emas baru pastikan jual dulu kepada peniaga emas. Ambil duitnya dan barulah pilih emas yang baru.
Sumber: www.ustazhajimarzukihajiburhanudin.blogspot
Latih Anak Pandai Menulis & Tak Kekok Pegang Pensil Guna ‘Teknik Stoking’

Bagi ibu bapa yang punya anak baru masuk tadika, salah satu perkara yang perlu diperhatikan pada peringkat awal ini adalah kemahiran anak memegang pensil untuk menulis.
Sebab ramai yang hadapi masalah kekok memegang pensil hingga menyukarkan mereka membuat latihan yang diberi. Sudahnya ibu bapa yang menyiapkannya atau pun abang kakak mereka.
Supaya tak berlarutan begini, eloklah kita mula ajar anak menulis menggunakan teknik stoking seperti perkongsian Hajar Binti Md Said.
Cerita Hajar berbanding adik beradik lain, anak bongsunya Omar agak lambat untuk mahir menulis. Walaupun sudah memasuki tadika tapi dia sangat asing dengan alat tulis dan pensil menyebabkan Hajar mahu tak mahu perlu melatih anaknya agar boleh memegang pensil dengan betul sekali gus memudahkannya menulis.
Guna 3 jari
Selepas membuat carian, Teknik Stoking ujarnya antara yang mudah dan jadi pilihannya untuk membantu anak. Namun ibu perlu memberi sedikit panduan untuk anak. Berikut adalah panduan yang dikongsi oleh Hajar.
1. Cari stoking lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna stokin bapa atau orang dewasa. Besar sangat.
2. Masukkan stokin ke tangan anak. Kenal pasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
3. Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.
4. Pakaikan stokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam stoking.
5. Buatlah apa-apa cerita tentang stoking tu. Cerita saya macam ni:
“Ada seekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada stokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.
Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.
Hulur pensel ke tangan anak.
“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”
6. Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.
Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood anak jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.
Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.
Dapatlah juga siapkan homework. Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh.
Pps: link latihan tracing http://www.shirleys-preschool-activities.com
Sumber: Hajar Bt Md Said