Di rumah kita sebenarnya ada banyak barang yang dah tak rosak namun boleh diguna semula. Hanya perlu kreativiti saja untuk mengolahnya.
Antaranya idea dari Fridie Yusop yang mengolah laci yang sudah tidak digunakan menjadi rak serba guna di dapur.
Modalnya hanya menggunakan cat spray, skru, L metal dan kreativiti.
- Ini laci yang digunakan.
2. Spray dengan cat
3. Bahagian dalam tampak dengan wallpaper.
4. Buatkan juga frame kayu di bahagian belakang.
5. Hias ikut kreativiti.
Hasilnya!
Selamat mencuba.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Tip Buat Ikan Sambal Yang Sedap Macam Mak Kita Masak. Cili Kena Pecah Minyak Beberapa Kali
Isi Kandungan
ToggleIkan masak sambal antara lauk selalu kita buat sebab ringkas, ada ikan sekali dengan sambal. Tapi hairannya kenapa bila makan yang mak kita buat rasanya lebih sedap. Tak dapat rasa yang sama bila kita buat sendiri.
Orang tua dulu memasak memang cermat sebab itu hasilnya sedap, tumis sambal pun berulang kali. Kalau nak dapat rasa ikan sambal yang sama sedap, boleh gunakan perkongsian dari Ben Safwan ini.
Tip buat sambal ikan sedap macam mak kita masak
Ben nak kongsi tip / resipi buat ikan pedas untuk yang belum tahu. Baru sedap macam orang tua kita masak.
Bahan-bahan
Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
2 senduk bawang kisar cair
Sedikit halia yang ditumbuk
2 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
3cm gula melaka
Garam
Gula
Hirisan bawang
Cara membuat
1. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih, garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.
3. Dah pecah minyak 2-3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.
4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak, asam keping pada masa ini dan perasakan sikit dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan dah masin.
5. Kemudian barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.
Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertib dia.
TIP
- Kena pastikan minyak untuk menumis banyak sikit. Jangan risau boleh keluarkan nanti bila dah siap. Tumis asing bawang kisar dan halia tumbuk sikit sampai pecah minyak dan baru letak cili kisar homemade.
- Letak asam keping dan gula melaka/nisse dan biarkan lagi sambal pecah minyak masak berulang kali. Tapi bila dah siap, terus keluarkan asam keping tu. Elak rasa masam berlebihan.
- Paling penting sambal kena masak elok dan guna api kecil. Kalau tak rasa cili kering, rasa payau. Tak sedap.
- Dah masukkan ikan, boleh perasakan dengan garam gula jika masih tak cukup. Tak perlu sos semua.
Selamat mencuba.
Sumber: Ben Safwan
Tanam Sendiri Cendawan Volvariella Guna Tandan Kelapa Sawit, Lepas 9 Hari Dah Boleh Tuai Hasil
Ramai peminat cendawan volvariella atau pun dipanggil cendawan jerami atau kulat sawit. Memang sedap kalau masuk sekali dalam tomyam atau dalam sup. Dapat pula yang segar lagi best.
Cendawan ini sebenarnya boleh juga kita tanam sendiri terutama kalau duduk di kawasan penanaman kelapa sawit. Cuma tabur benih cendawan ini atas tandan kelapa sawit dan selepas sembilan hari dah boleh tuai hasil.
Tip penanaman cendawan volvariella ini dikongsi oleh Ieyta Rizal.
Tip tanam cendawan volvariella
Alhamdulillah… Rezeki hari ini. Satu batas dapat 2 kg cendawan volvariella. Pada yang tertanya cara tanam, ini langkahnya.
1. Beli tandan sawit yang fresh (dah buang buah) dekat kilang.
2. Kumpul tanda ini di tempat lapang & panas serta tutup dengan plastic canvas dan biar selama 2 minggu.
3. Selepas 2 minggu basuh setiap tandan dan susun buat batas sebanyak 3 lapisan.
4. Tabur benih setiap lapisan.
5. Tutup tandan guna plastik canvas or plastik biru macam dalam gambar.
6. Buat perlindungan/bumbung cahaya matahari atau tempat redup.
7. Selepas 9 hari ditutup cendawan mula tumbuh. Waktu ini setiap hari boleh tuai hasil. Alhamdulillah.
INFO
- Boleh juga jika tak guna biji benih, cendawan akan tumbuh sendiri tapi perlu masa yang lama untuk keluar.
- Benih saya beli di Thailand.
- Boleh cuba tanya pejabat pertanian mungkin ada jual benih.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ieyta Rizal
Buat Sendiri Tart Telur Gebu & Sedap, Kulit Rangup Tapi Lembut Di Dalam
Tart telur ini antara yang kita selalu beli bila masuk bakeri. Rasanya yang lemak manis dengan kulit yang rangup memang sedap.
Cuma kalau beli, tak boleh nak makan banyak sebab harganya pun lebih kurang RM3-RM4 sebiji. Kalau nak puas kena buat sendiri. Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Al Fatihah.
Buat sendiri tart telur gebu
Tart telur ‘gebus’, sedap just nice rasanya. Crunchy di luar, lembut di dalam.
Bahan untuk shell tart/crust
150 gm butter
1/2 cawan gula aising
1 biji kuning telur A
1 sudu teh esen vanila -optional
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung (diayak bersama tepung gandum)
Bahan untuk filling telur
6 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air panas
Pewarna kuning -optional
Cara membuat shell tart/crust
- Kacau butter & gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.
- Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.
- Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
- Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
Cara buat filling telur
- Sementara doh direhatkan, kita boleh buat intinya dulu. Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.
- Tuang air panas sambil dikacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapis.
- Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan. Tuang filling hingga agak penuh.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Api bawah saja. Bergantung pada suhu oven masing-masing jugak
Sejukkan dulu, baru keluarkan dari acuan.
Selamat mencuba.
Sumber: Nor Al Fatihah.
Subscribe juga YouTube Vanilla Kismis untuk video menarik.