Idea Tanam Sayur Kalau Tiada Ruang, Tanam Tepi Dinding Pun Boleh. Guna Botol Terpakai Saja

Share

Tiada tanah untuk bercucuk tanam bukan alasan, tanam tepi dinding pun boleh. Kalau nak seribu daya betul tak!

Inilah usaha Ain Motociclo yang baru belajar bercucuk tanam. Dia menggunakan kaedah nutripot yang dibuat sendiri dari botol terpakai yang kemudian dilekatkan pada dinding stor rumah.

Dari tepi dinding ini macam-macam sayur boleh ditanam. Bagi yang nak mencuba boleh ikut info yang dikongsi oleh Ain.

1. Terlebih dahulu semai biji benih sayur, yang ini sawi. Dah naik 3-4 daun barulah boleh dialih ke botol atau nutripot.

2. Untuk membuat botol nutripot boleh guna botol mineral terpakal 1500ml atau 1.5L. Botol ini dipotong 2 bahagian. Bahagian atas dibuat lubang sekelilingnya.

3. Setelah itu botol bahagian atas diletakkan dengan tali mop/kain dan diisi dengan sedikit tanah (tali bertujuan untuk menyerap air baja dari bahagian bawah). Tanah yang digunakan seperti gambar di bawah.

3. Bahagian bawah pula diletakkan air baja AB. 

Baja AB yang digunakan

4. Botol yang dah siap bolehlah diletakkan anak benih sayur.

Ini anak benih sayur sawi yang baru dipindahkan dalam nutripot.

Memandangkan kediaman tiada ruang, botol ini dilekatkan di dinding stor. Boleh saja nak letak di bawah jika ada laman.

Ini kangkung yang ditanam kaedah sama. Dah selamat dituai

INFO

  • Cara penanaman nutripot ini dah tak perlu siram tapi bila semakin sayur membesar perlu selalu periksa airnya kerana air lebih cepat diserap.
  • Bahagian bawah botol disembur cat hitam untuk mengelakkan bahagian bawah berlumut.

Selamat mencuba.

Sumber: Ain Motociclo

 

Published by
VK