Makan

Ikan Bawal Kukus Chinese Style, Buat Sendiri Kalau Nak Jimat. Ini Caranya

Share

Menu ikan bawal kukus Chinese Style begini kalau makan di restoren memang agak mahal harganya. Jadi kalau teringin dan nak jimat elok masak sendiri di rumah. Puas makan.

Cara membuat ikan bawal kukus Chinese style ini juga tak susah malah bahan-bahannya pun ada saja di rumah. Cuma perlu beli ikan bawal dan daun bawang saja.

Cara buat ikan bawal kukus Chinese style
Bahan-bahan

Ikan bawal – dibasuh bersih
Halia – potong memanjang
Batang daun bawang- dipotong
Cili padi -dihiris
Bawang putih -dicincang

Bahan sos

2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
½ sudu teh gula

Cara membuat

1. Bawang putih digoreng hingga keemasan kemudian tutup api. Ketepikan

2. Panaskan periuk pengukus, kukus ikan bersama halia lebih kurang lima minit.

3. Kemudian satukan bahagian sos dan curah ke atas ikan yang sudah diletakkan daun dan batang bawang di atasnya.

4. Akhir sekali letak bawang putih yang digoreng tadi bersama cili. Siap

Selamat mencuba.

Sumber: Raja Azreen

Published by
VK