Ada beberapa jenis masakan yang sesuai menggunakan ikan tertentu. Salah satunya adalah adalah masak masam manis, paling sedap untuk lauk ini adalah ikan bawal.
Paduan rasa masam manis serta isi ikan bawal yang lembut memang membuatkan ia makin enak. Hidangan ini juga sudah lengkap dengan sayur-sayuran jadi lebih mudah, satu lauk pun dah cukup.
Cara buat ikan bawal masam manis yang sedap
Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal (dicuci bersih)
2 biji tomato (potong dadu)
Lobak merah (potong dadu)
Timun (potong dadu)
1 akar ketumbar
Daun ketumbar
4-5 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 batang serai(potong serong
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
Cili hijau (dipotong serong)
Cili merah (dipotong serong
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk perasa
Ads
Cara memasak
1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali , masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.
3. Kemudian masukkan masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak (perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak).
Ads
4. Masukkan serai, daun limau purut dan hujung daun ketumbar. Gaulkan.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan gula dan serbuk perasa. Gaulkan.
6. Masukkan timun, lobak merah, tomato, bawang merah, cili hijau dan cili merah. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.
Ads
7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
8. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.
Bagi yang sedang mengamalkan pemakanan sihat atau mahu turunkan berat badan boleh pilih hidangan suhun ini. Berbanding bihun suhun ini lagi rendah kolesterol dan lemak.
Salah satu hidangan suhun yang sedap yang boleh kita sediakan adalah suhun goreng. Cara nak buat pun mudah. Tak perlu kisar bawang cili bagai. Semua potong dan goreng saja tapi rasanya dah cukup sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Naomy Chow.
Cara buat suhun goreng, ringkas tapi sedap sangat
Bahan-bahan
Suhun
Bawang putih dicincang
Udang kering- ditumbuk
Cendawan shitake – dihiris
Kubis panjang -dipotong
Tauge (jika suka) & daun bawang
Telur
Karamel masakan
Kicap cair
Cara membuat:
1. Rendam suhun dengan air paip sehingga lembut & tos.
2. Tumis udang kering, bawang putih hingga naik bau.
3. Pecahkan telur dan kacau.
4. Masukkan kubis panjang dan cendawan. Kacau.
5. Masukkan suhun yang sudah lembut bersama karamel masakan, kicap cair sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul sebati. Jika suhun masih keras ketika menggoreng, renjiskan dengan air dan gaul.
6. Akhir sekali masukkan tauge dan daun bawang. Gaul sebati. Sedia dihidangkan.
Hidangkan suhun goreng dengan cili padi potong dan kicap.
Tempat sandar kepala pada kerusi kereta bukan saja keselesaan ketika memandu tapi sangat berguna buat pemandu berada dalam kecemasan.
Sekiranya kereta yang anda pandu ditimpa malang terbabas dalam sungai, longkang besar dan di tenggelami air, penyandar kereta amat berguna ketika ini.
Apabila kereta tenggelam tekanan air menyebabkan pintu kereta sukar untuk dibuka. Maka satu-satu jalan keluar ketika ini adalah dengan memecahkan pintu kereta dan anda harus melakukannya dengan pantas sebelum terlewat.
Sekiranya tiada alat yang tajam di dalam kereta yang boleh digunakan untuk memecahkan pada cermin alternatif lain adalah dengan menggunakan tempat sandar kepala kereta anda!
Cabut tempat sandar kepala dari tempat duduk anda. Ya ia boleh dicabut!
Selepas berjaya mengeluarkannya, letakkan salah satu daripada dua rod besi itu di antara tingkap dan pintu dan masukkannya ke dalam.
Pastikan anda masukkan ke dalam salah satu bahagian bawah hujung tingkap, kerana itulah di mana ia paling mudah pecah.
Selepas rod berada di dalam, tarik tempat sandar kepala ke arah anda dan tingkap itu akan pecah.
Anda boleh melihat kaedah ini dilakukan di dalam kereta yang tenggelam (pada 0:20 saat) dalam video di bawah.
Selain kaya, sapuan mentega kacang atau peanut butter sentiasa ada di rumah. Bila nak makan roti waktu pagi sapuan inilah yang dicari. Memang sedap.
Tapi sekarang harga peanut butter ini pun dah mahal, apatah lagi jika versi dicampur dengan coklat. Sebagai alternatif boleh juga kalau kita nak buat sendiri.
Mungkin ramai yang belum tahu, cara buat peanut butter ini mudah sangat. Cuma ada 3 langkah dan jika mahu yang sihat bahannya lagi mudah cuma perlukan kacang saja.
Jika nak cuba, Nurul Zhafarina berkongsi caranya. Peanut butter homemade ini memang lebih enak, rasa kacang asli.
Cara buat peanut butter homemade, lebih sedap. Modal kacang saja
Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter sihat homemade .
❌ tak ada GULA
❌ tak ada GARAM
❌ tak ada MINYAK
Peanut butter sihat ini harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pun tak susah. Boleh cuba
3 langkah buat peanut butter versi sihat
1. Sangai kacang dalam air fryer suhu 180 darjah lebih kurang 15-18 minit. Saya guna lebih kurang 300++gram kacang shandong tanpa kulit.
2. Tunggu kacang sejuk.
3. Blend sampai keluar minyak ( guna blender kering). Siap!
INFO
3 langkah tapi makan masa bergantung kepada pengisar. Untuk dapat tekstur yang ‘creamy’ atau berminyak begini kacang perlu dikisar lama.
Peanut butter ini versi sihat tapi jika nak manis boleh tambah gula semasa mengisar.