Ada beberapa jenis masakan yang sesuai menggunakan ikan tertentu. Salah satunya adalah adalah masak masam manis, paling sedap untuk lauk ini adalah ikan bawal.
Paduan rasa masam manis serta isi ikan bawal yang lembut memang membuatkan ia makin enak. Hidangan ini juga sudah lengkap dengan sayur-sayuran jadi lebih mudah, satu lauk pun dah cukup.
2 ekor ikan bawal (dicuci bersih)
2 biji tomato (potong dadu)
Lobak merah (potong dadu)
Timun (potong dadu)
1 akar ketumbar
Daun ketumbar
4-5 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 batang serai(potong serong
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
Cili hijau (dipotong serong)
Cili merah (dipotong serong
2 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk perasa
1. Lumurkan kunyit dan garam pada ikan. Panaskan minyak di dalam kuali , masukkan ikan dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bawang putih dan tumis sehingga keperangan.
3. Kemudian masukkan masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak (perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak).
4. Masukkan serai, daun limau purut dan hujung daun ketumbar. Gaulkan.
5. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan gula dan serbuk perasa. Gaulkan.
6. Masukkan timun, lobak merah, tomato, bawang merah, cili hijau dan cili merah. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak seketika.
7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
8. Angkat dan taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.
Sumber: Nurul Ateekah