Makan

Ikan Bilis Pun Boleh Buat Masak Asam. Memang Sedap, Cara Buat Pun Senang Sangat

Share

Ikan bilis selalunya kita jadikan sambal tapi mungkin ramai tak tahu boleh juga jika mahu masak asam ikan bilis.

Cara membuatnya memang ringkas, tak perlu kisar apa-apapun semuanya dipotong an ditumis saja. Tapi rasanya cukup sedap.

Bagi yang nak mencuba boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nor Hayati Bakar

ini. Ujarnya resipi ini diolah dari video masakan bekas Raja Permasuri Agung Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Cuma beliau tidak menggunakan serbuk asam dalam resipi asal sebaliknya menggunakan air asam jawa saja.

Cara buat masak asam ikan bilis

Bahan-bahan

Ikan bilis
Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
Halia -dihiris
Cili padi diketuk)
Air asam jawa
Garam dan gula
Minyak untuk goreng

Cara membuat

1. Goreng ikan bilis hingga garing dan seketepikan.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi. Jika suka pedas lebihkan cili padi. Tumis sampai naik bau.

3. Kemudian curahkan air asam jawa. Selepas mendidih baru masukkan perasa saya masukkan garam, gula dan perasa.

4. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, gaul rata. Boleh juga tambah lagi hirian bawang agar lebih manis. Tutup api.

Lauk ini jika dimakan selepas dimasak, ikan bilis masih rangup. Kesedapannya juga bergantung pada kualiti ikan bilis dan rasa masam, masin dan manisnya.

Selamat mencuba

Sumber: Nor Hayati Bakar

Published by
VK