Biasa kita buat kita goreng cuma letak garam dan kunyit. Itu pun kalau makan panas-panas dah sedap.
Tapi kalau nak ikan goreng lagi sedap sampai boleh makan ratah-ratah macam tu saja boleh ikut tip yang dikongsi oleh Ummi Hana
ini.Selain dari kunyit dan garam sebelum goreng lumur dan perap sekejap ikan goreng dengan bahan ini.
Bahan-bahan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 sudu besar cili kisar
3 sudu besar garam halus
Sedikit belacan (optional)
Cara membuat
1. Tumbuk kunyit hidup, belacan dengan garam sampai hancur. Kemudian tumbuk bawang merah bawang putih, lumat sangat pun tak mengapa.
2. Masukkan cili kisar gaul rata masukkan dalam bekas bertutup simpan dalam peti.
3. Bila nak goreng ikan, ambil sikit bahan tadi, lumur dan perap sekejap. Kemudian boleh goreng.
4. Minyak goreng ikan sedap itu pun sedap buat goreng sayur atau buat nasi goreng ikan.
Selamat mencuba.
Sumber: Ummi Hana