Ikan goreng garing, memang sedap. Tapi kalau tak kena cara boleh jadi keras dan kering, terutama bila dah sejuk. Hilang semua ‘jus’ ikan yang menyedapkannya.

Bagi mendapatkan ikan goreng garing sedap, tak keras serta dan ‘juicy memang ada caranya. Ikan sebegini  makan dengan nasi panas dan kicap saja pun dah cukup sedap.

Dikongsi oleh Ben Safwan boleh gunakan cara ini untuk goreng ikan tengah hari ini.

Tip ikan goreng garing tapi dalamnya ‘juicy’

Ikan Goreng Garing, Tapi Dalamnya ‘Juicy’. Ini Cara Menggoreng

1. Bersihkan ikan, kemudian gaul dengan sedikit garam.

Ads

2. Panaskan minyak, sebaiknya minyak banyak kemudian masukkan ikan.

3. Gunakan api sederhana, goreng ikan 6-7 minit sebelum terbalikkan. Jika ikan dah boleh dibalikkan tanpa tertanggal kulit bermakna ikan sudah masak. Goreng 3-4 minit lagi untuk bahagian sebelah lagi.

4. Bolehlah dihidangkan panas-panas. Sedap makan dengan nasi dan diratah.

Info: Ikan ini memang hanya digaul dengan garam tanpa kunyit. Lebih asli rasanya.

Ads

Ikan Goreng Garing, Tapi Dalamnya ‘Juicy’. Ini Cara Menggoreng

Tip mudah elak ikan melekat pada kuali

Masalah selalu terjadi bila menggoreng ikan adalah ikan melekat pada kuali. Sudahnya habis hancur ikan. Ada macam-macam petua untuk mengelakkan gorengan melekat pada kuali, tapi yang ini paling mudah.

Caranya adalah dengan menggaru kuali dengan sudip. Macam mana tu? Maksud ‘menggaru’ ini adalah dengan menggores atau menggosok hujung sudip pada permukaan kuali yang sudah dipanaskan minyak.

Ads

Kemudian bolehkan mula menggoreng ikan atau ayam. Insya-Allah tak lagi melekat. Mudah kan!

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ben Safwan

Artikel berkaitan: Rahsia Buat Ikan Goreng Sedap, Kena Lumur Sekali Asam Jawa. Nikmatnya Lain Macam

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI