Makan

Ikan Kembung Masak Lemak Putih, Lauk Gulai Sedap & Paling Senang Nak Buat

Share

Resipi ikan kembung masak lemak putih macam ni jarang sangat kita nampak.

Selalu masak lemak mesti teringat gulai lemak kuning. Tapi ada juga gulai lemak ikan versi putih. Antara yang sedap ikan kembung masak lemak putih. Lauk ini paling enak dimakan dengan sambal dan ulam. Tak perlu banyak lauk.

Cara membuat ikan kembung masak lemak putih ini sedikit berbeza dengan gulai lemak kuning tapi sangat mudah. Masak lemak ini menggunakan sedikit halba yang menaikkan aroma buat kita tak sabar nak makan.

Cara buat ikan kembung masak lemak putih

Bahan-bahan

Ikan kembung (disiang dan dibersihkan)
2 ulas bawang merah (dimayang)
1-2 indi halia (dimayang)
Sesudu halba
Lada/cili solok (belah separa putus)
2 keeping asam keping
500ml santan pekat
Garam, gula secukup rasa

Cara membuat

1. Masukkan semua dalam periuk gunakan api sederhana.

2. Kacau sentiasa, jangan sampai pecah minyak.

3. Apabila kuah menggelegak, terus matikan api, sedia untuk dihidang

INFO: Guna ikan kembung segar lebih sedap kerana terasa manisnya.

Selamat mencuba

Sumber: Haryanti Alias

 

Published by
VK