Ikut Cara Ini Tanam Pokok Guna Paip PVC. Bukan Saja Bajet Murah, Tapi Cantik & Unik!

Share

Menggunakan waktu terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB ini dengan melakukan aktiviti berfaedah, antara adalah berkebun.

Tidak perlu pening kepala mencapatkan pasu seramik yang cantik, sebaliknya hanya gunakan paip PVC dan hasilnya juga tidak mengecewakan.

Idea ini dikongsi oleh Puan Siti Samsiah di laman sosial Facebook dan setelah siap kelihatan sangat cantik dan nampak unik.

Idea bijak tanam guna paip PVC.

Walaupun begitu, cara ini memerlukan sedikit usaha dan kesabaran. Tetapi selepas itu hasilnya memang akan buat anda tersenyum riang.

Cara Tanam Bunga Guna Paip PVC

Bahan diperlukan:
Paip PVC jenis besar)
Cangkul
Tanah
Pokok bunga
Penukul besar

Cara menanam:

1. Permulaan gali lubang pada tanah.

Gali tanah.

2. Pacakkan PVC ikut suka ukuran. Kemudian ketuk keliling PVC biar nampak kukuh. Ratakan tanah di bahagian pangkal PVC.

Pacakkan PVC.

3. Isi lapisan bawah dengan pecahan pasu atau batu bata. Ini bertujuan untuk jimatkan tanah.

Isikan pecahan pasu.

4. Ketuk guna penukul besar untuk pastikan tanah turun.

Ketuk sampai tanah turun.

5. Akhir sekali tanam pokok yang kita suka. Dan siramlah setiap hari.

Tak kisah tanam pokok apa.

6. Hasilnya, memang nampak cantik dan unik.

Deretan pasu PVC yang cantik.

Artikel berkait:

DIY Mudah Rod Langsir Eyelet Guna Paip PVC

DIY Rak Baju Guna Batang PVC, Modak Cuma RM40

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman