
Situasi selepas banjir memang sangat menyedihkan bila melihat harta benda dan peralatan elektrik rosak akibat ditenggelami air. Peti sejuk adalah antaranya.
Namun meski tenggelam dek air banjir, kebanyakan peti sejuk ini masih oleh digunakan sekiranya dibersihkan dan dikeringkan sepenuhnya. Perkongsian dari Facebook Kelate Loni boleh dijadikan panduan.
1. Perkara pertama yang penting untuk memastikan peti sejuk boleh digunakan selepas banjir adalah semasa air naik, terus tutup suis.
2. Jangan sesekali menghidupkan suis peti ais sebaik sahaja banjir surut selagi ia tidak dibersihkan dan kering sepenuhnya.
3. Bersikan peti sejuk dari sebarang selut dan pasir dari bahagian dalam hingga ke luar.
4. Kemudian periksa bahagian belakang peti ais atau PCB box. Pastika bersih daripada anah dan lumpur.
5. Biarkan peti ais kering sepenuhnya, sekurang-kurangnya selama lima hari
6. Apabila sudah benar-benar kering, cuba hidupkan suis. Insya-Allah, peti ais boleh berfungsi sepert biasa.
Step By Step Buat Wet Food Jika Pelihara Banyak ‘Anak Bulus’. Berkhasiat & Jimat!

Isi Kandungan
Toggle
Bagi yang memelihara anak bulus atau kucing, memang wajib ada stok makanan kucing. Kalau pelihara seekor dua mungkin tak jadi masalah nak beli. Kosnya mungkin taklah setinggi mana.
Tapi kalau banyak anak bulu di rumah, kita mungkin pertimbangkan buat sendiri makanan kucing atau wet food. Selain guna bahan berkhasiat ia juga menjimatkan.
Bahan-bahan
- Sekilo ikan sardin atau lain-lain jenis ikan
- 2 batang lobak merah (potong kecil)
- Secekak kecil bayam ataupun labu (ikut anggaran sendiri)
- Agar-agar tali (setengah plastik utk sekilo ikan)
Cara membuat:
1. Rebus ikan smpai masak. Tak perlu siang, letak semua dalam kuali dgn air yg bersih. Kalau nak siang lebih elok sebab lagi bersih.
2. Selepas ikan sejuk, cabut kepala & buang tulang tengah ikan. Masukkan dalam pengisar bersama lobak dan bayam. Kisar hingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dalam kuali, masukkan sedikit air bersama agar-agar tadi. Kacau sampai agar-agar hancur. Kemudian tutup api.
4. Sejukkan kemudian masukkan dalam bekas. Boleh letak dalam peti ais tapi bukan simpan dalam freezer.
Selain berkhasiat, wetfood ini juga menjimatkan. Sekali makan tiga sudu saja.
Sumber: Dino Morissette
Tip Buat Crunchy Garlic Yang Sedap, Rendam Dengan Air Ini Supaya Senang Kupas & Getah Bawang Putih Hilang

Bawang putih ini selalu dikaitkan sebagai makanan untuk buang angin dalam badan.
Kalau makan mentah memang ramai tak lalu, tapi kalau buat kerepek bawang putih atau crunchy garlic memang laju saja habis. Boleh makan dengan nasi, nasi goreng malah ramai yang makan begitu saja.
Crunchy garlic ini juga banyak dijual, tapi sebenarnya boleh saja kalau nak buat sendiri sebab mudah. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Ana Mohd.
Buat sendiri Crunchy Garlic, rangup krup krap
Siapa suka makan crunchy garlic atau ada yang panggil kerepek bawang putih? Mudah saja buat, cuma kena tau teknik supaya garlic tak rasa ‘something’.
1.Bawang putih jika belum kupas, rendam dengan air suam supaya senang nak kupas kulit.
2. Sagat dan rendam dalam air garam untuk seketika.
Saya guna penyagat Speedy Mando Tupperware, mudah. Boleh beli di Shopee, klik SINI.
3. Basuh bersih. Bilas banyak kali supaya getah bawang putih betul-betul hilang.
4. Tos bawang putih sagat dan tabur sedikit tepung beras jika suka.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kemudian goreng, guna api besar. Bila dah nampak buih-buih dah dah kurang dan warna bawang putih dah nak perang, perlahankan api dan kacau sentiasa.
6.Bila dah nampak keperangan sedikit, terus angkat masuk dalam penapis yang dialas dengan tisu dapur.
Jangan biarkan bawang putih dah garing baru nak angkat, nanti jadi pahit dan hangus. Sebab masa angkat, bawang putih masih dalam proses ‘memasak’.
Dah siap.

INFO: Boleh juga masukkan halia yang dihiris halis bersama bawang putih waktu menggoreng.
Sumber: Ana Mohd
8 Perkara Perlu Kita Buat Kalau Yakin Dah Tersesat Dalam Hutan

Isi Kandungan
Toggle
Kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan lebih 10 hari menimbulkan tanda tanya. Salah satu spekulasinya adalah peserta ini tersesat ketika melalui trek dketika acara tersebut.
Dalam pada itu timbul juga persoalan kalangan netizen jika perkara yang sama berlaku kepada diri sendiri. Apa perlu dilakukan jika tersesat dalam hutan.
Ini panduan yang kongsi oleh Komplot Hikers .
‘Sesat di hutan’, adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta rekreasi. Namun perkara ini kadangkala berlaku juga.
Yang amat menyedihkan ialah jika ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Jika kejadian ini berlaku pada diri sendiri, lapan perkara ini menurut Komplot Hikers sangat penting dilakukan.
1. Langkah pertama ialah berpatah balik.
Kebiasaanya seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangka masa 30 minit hingga 1 jam dan mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak mampu rehat dulu)
2. Langkah kedua ialah, cari kawasan sesuai untuk rehat menghilangkan penat.
Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan darinya. Jika anda panik makin sesat jadinya. Jika dah ok patah balik untuk memcari trek asal.
3. Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda yang di tinggalkan.
Jika jumpa tunggulah di situ, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku, guide (jurupandu akan mencari anda). Jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang untuk anda diselamatkan amat cerah.
4. Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48 jam).
Jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana waktu malam trek itu mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan makanan dan air yang ada.
5. Jika tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka bertindaklah untuk cari jalan keluar.
Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja menunjukkan arah anda hendak pergi. Di sepanjang perjalanan tinggalkan tanda-tanda yang anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari.
6. Mencari makanan dan bekalan air
Di dalam hutan banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita makan, ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada di antaranya yang beracun. Cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Hidulah pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan.
Jika tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. Cara kunyah lebih berkesan, tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Gunakan teknik yang sama jika hendak makan buah-buahan.
7. Bekalan air sebaik-baiknya carilah punca air.
Manusia boleh hidup selama tiga minggu tampa makan tetapi 3 hari saja tanpa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai, tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif ialah pada tumbuhan.
Contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Cara lain ialah dari embun yang terdapat pada daun, dari pokok lumut dan periuk kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang menakung air.
8. Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat
Jika hari dah hampir malam, berhenti berjalan dan buat tempat berteduh 2 jam sebelum malam. Carilah tapak yang sesuai, dan perhatikan sekelilig tapak itu tidak mempunyai kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa makanan atau di kawasan sumber makananya .
Langkah yang terbaik jika sesat dalam hutan ini ialah membina khemah sementara, yang dapat melindungi anda dari hujan,binatang buas dan anda lebih selesa (jika mampu). Jika tidur atas tanah, pastikan anda sapu ketepi semua daun kering, jika anda buat pangkin tinggikan sekurang kurangnya 1 1/2 kaki.
Jika tidak mahu tidur diatas tanah, alternatif lain ialah di atas pokok. Caranya sama ada anda buat satu platform (pangkin-kelebihannya anda lebih selesa dan boleh buat unggun api) di atas pokok.
Begitulah seterusnya selagi anda masih lagi dalam hutan. Semua teknik yang diajar adalah bergantung kepada kepada semangat juang anda untuk hidup tidak kira lelaki atau perempuan.
Jika putus asa dan mengalah peluang anda hanya 50-50, tetapi jika berjuang untuk hidup, peluang itu amat cerah boleh mencapai 100%. Walau apapun yang ditempuh dalam hutan itu, sebagai seorang muslim jangan tinggalkan solat berdoalah agar selamat dan mememui jalan keluar atau diselamatkan.
Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.