Ikut Sukatan & Petua Ini Untuk Buat Stok Sambal Belacan Yang Sedap. Kisar Sekali Kulit Limau!

Share

Bagi yang suka makan pedas-pedas stok sambal belacan memang wajib ada di rumah.
Nak lagi mudah buat banyak terus.

Tapi untuk buat stok sambal belacan begini kena ikut sukatan bahan yang betul barulah rasa sambal sedap, cukup pedas dalam masa yang sama rasa manis dan masamnya.

Selain itu bila dah buat dalam kuantiti banyak ada tip dan petua perlu dilakukan supaya sambal tahan lama, wangi dan tak buat kita sakit perut walau pun pedas.

Cara buat stok sambal belacan, sukatan bahan dan semua tip untuk hasilkan sambal belacan yang pedas, sedap, tahan lama dan wangi ini dikongsi oleh Nurulain Insyirah.

Sukatan & petua buat stok sambal belacan yang sedap, pedas & tahan lama

Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti ais  Ikut petua ini dulu;

Petua 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.

Petua 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam supaya sambal belacan tahan lama.

Petua 3


Limau kasturi kisar bersama kulit (buang biji) agar sambal lebih wangi dan sedap. Info: kulit limau kasturi tidak rasa pahit.

Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai, petua supaya tak sakit perut makan sambal.

Ikut sukatan ini

6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam

Cara membuat:

  • Kisar kasar semua bahan ini
  • Boleh tambah bahan jika mahu buat dalam kuantiti yang lebih banyak.

Selamat mencuba

Sumber: Nurulain Insyirah

Published by
VK