Cendawan celup tepung yang garing dan rangup memang sedap. Boleh makan macam tu saja macam makan kerepek. Kalau hidang sepinggan memang sekejap saja licin.
Nak hasilkan cendawan yang rangup dan sedap ini ada caranya, kalau teringin bolehlah ikut perkongsian Aisyah Humaira
.Bahan kering
1 paket cendawan
1 cawan tepung Bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original)
2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
3 sudu besar penuh membukit tepung beras
Sedikit serbuk kunyit -ikut warna kuning yang diingini
Bahan lain:
2 sudu besar air kapur makan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
1. Basuh cendawan tiram. Cukup lalukan pada air untuk bersihkannya. Jangan basuh sampai cendawan serap air. Tak perlu kering sangat sebab nanti akan diadun dalam bahan adunan basah.
2. Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata dan masukkan air sedikit sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
3. Tip menggoreng supaya rangup, letak separuh dulu cendawan dalam bekas adunan ratakan, kemudian masuk satu dalam kuali. Guna minyak yang banyak lagi bagus.
4. Dah hampir masak baru balikkan cendawan. Apabila cendawan dah nak garing baru leraikan yang melekat.
Guna api kena kuat, kecilkan api kalau nampak dah berasap ya. Goreng sampai bunyi desir dah kurang. Itu tanda cendawan dah masak elok.
Cendawan kena masak betul garing baru ranggup dan tak serap minyak.
Selamat mencuba.
Sumber: Aisyah Humaira