Setiap yang hidup pasti akan mati. Tidak lewat atau cepat walau sesaat pun. Orang yang baik, kematiannya pasti dikenang dan namanya disebut dengan penuh ketenangan.
Bagi Imam Muda Asyraf, pemergian sahabat baiknya yang sama-sama menyertai program Imam Muda musim pertama, Imam Muda Miril, amat menyentuh hatinya.
Sahabatnya itu meninggal dunia pada usia yang muda iaitu 33 tahun. Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak berusia 5 tahun dan 3 tahun.
Dalam facebook, Imam Muda Asyraf telah menitipkan kata-kata yang menyentuh perasaan dedikasi buat pemergian sahabatnya itu.
Pemergianmu satu penyaksian. Membahagiakan orang lain mendatangkan kerinduan. Senyum tawamu mengimbau kenangan. Selama 3 bulan kita makan minum tidur bersama. Kenangan dikuarantin ketika tiada handphone, tiada internet. Hanya kita 10 orang bergurau senda. Dalam program Imam Muda Musim Pertama.
Kematian yang baik. Kau akhiri hidupmu dengan puasa di Bulan Haram. Setelah zikir dan ceramahmu pada malam terakhir hayatmu begitu suram. Jemaah sudah mengetahui bahawa kau sedang bertarung kesakitan. Kerut di dahi. Membuktikan kau memaksa diri hadir memenuhi hajat jemputan.
Imam Muda Miril. Menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 6.45 petang tadi di Hospital Kuantan.
Jenazah Almarhum Imam Muda Amiril sudah dibawa pulang dari Hospital Kuantan jam 9 malam tadi menuju ke Ampang Selangor.
Alamat rumah keluarga almarhum: ⤵️
No. 25 jln 5 /3
Taman Sri Raya
Ampang Tasek
AmpangJenazah akan dimandikan jam 10pg Esok dan
Kemudian akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Permai insya Allah.
Didoakan semoga Arwah bersama para solihin. Balu Isteri dan 2 orang anaknya yang masih kecil diberikan kekuatan. Kami bersaksi Ya Allah arwah insan yang baik. @ Ampang, Kuala Lumpur
Sumber: Imam Muda Asyraf