
Isi Kandungan
Toggle
Sejak kelahiran Siti Aafiyah, cahaya mata Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K ramai sungguh yang datang melawat.
Tidak ketinggalan adalah KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Namun ziarah yang paling manis bila baru-baru ini Siti menerima kunjungan dari bekas isteri Datuk K sendiri iaitu Datin Tengku Zawyah Tengku Izham.
Foto ketika berada di rumah penyanyi nombor satu itu turut dimuat naik oleh keduanya dalam laman instagram masing-masing.
“Melawat puteri Siti Aafiyah. Terima kasih atas layanan baik Datuk Seri Siti dan Datuk Seri Khalid. Moga puteri kecil ini memenuhi hati kamu dengan limpahan kebahagiaan,Tulis Tengku Zawiyah dalam entri di instagramnya.
“Alhamdullillah.. My pleasure DS Kak Tengku .. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga .. amin ya rabb,” demikian balas Siti.
Melihat ukhuwah yang terjalin indah antara mereka, netizen sendiri turun merasa kagum malah terharu.
Sejuk hati
Wanita kuat & berhati mulia
Indahnya suasana…
Meskipun sudah berpisah dan Tengku Zawyah sendiri telah pun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rayyan Joseph King, jalinan silaturrahim dua keluarga ini tidak putus. Malah masing-masing dilihat saling bertemu pada majlis-majlis keluarga.
Sumber: ctdk
Fattah, 27 Tahun, Fazura, 34 Tahun, Kini Suami Isteri. Beza Usia 7 Tahun Tak Halang Cinta Mereka

Aktor popular, Fattah Amin sah bergelar suami kepada aktres Nur Fazura dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan sekitar jam 9.50 malam yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.
Meski pun majlis pernikahan diadakan secara rahsia dihadiri hanya keluarga terdekat dan rakan pasangan, namun berita tersebut disambut dengan rasa syukur oleh peminat kerana keduanya akhirnya disatukan.
Penglibatan pasangan ini dalam drama Hero Seorang Cinderella, dikatakan menjadi titik tolak perhubungan mereka yang kemudian dilihat semakin rapat sewaktu menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.
Dan sekitar Jun lalu, media sudah mula mengesan bibit percintaan antara keduanya. Malah Fattah ketika itu juga mengakui dia sedang mengenali hati budi Fazura dan sudahpun bertemu keluarga pelakon wanita itu.
Dalam diam rancang hari bahagia
Beberapa bulan berlalu rupanya, Fattah dan Fazura dalam diam merancang hari bahagia mereka.
Menguatkan desas desus perhubungan mereka bila keduanya mengambil keputusan pergi menunaikan umrah berdua diiringi keluarga.
Pemergian tersebut tidak dapat dinafikan meninggalkan peminat seni tanah air dengan penuh persoalan tentang hubungan mereka ketika itu.
Bagaimanapun semuanya terjawab bila sebaik pulang dari Tanah Suci Fattah dan Fazura membuat sidang akhbar menjelaskan tentang perhubungan mereka. Keduanya mengakui sudahpun bertunang pada 13 November lalu dua hari sebelum berangkat menunaikan umrah.
Dalam sidang media yang sama pada 23 November itu juga kedua pelakon ini membuat pengumuman bakal bernikah dalam masa terdekat namun majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup.
Menjangka pasangan ini akan bernikah penghujung tahun, rupanya semalam tiga hari selepas kepulangan dari tanah suci Makkah mereka selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup.
Fattah, 27 tahun dan Fazura 34, tahun menoktahkan hubungan cinta mereka dengan lafaz ijab kabul sekaligus bergelar suami isteri.
Beza usia tujuh tahun antara mereka tidak menghalang untuk keduanya disatukan atas nama cinta. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah.
Aksi Anak Usik Ibu Sempena Hari Lahir Tular, Netizen Sebak Lihat Ibu Menangis Peluk Anak

Video yang dikongsi pemuda bernama Faizal Faiz Farish ini sebenarnya sesuatu yang menggembirakan tapi entah kenapa kebanyakan yang menontonnya rasa sayu hingga mengalirkan air mata.
Sudah ditonton hampir sejuta kali sejak dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu, Faizal mengusik ibunya sebagai cara untuk membuat kejutan di hari lahir wanita itu.
Berpura-pura sakit hingga muntah darah, ibu Faizal pulang ke rumah dan terus merangkul anak bujangnya itu dengan penuh kasih sayang hingga membuatkan ramai yang sebak menontonnya.
Tatkala ibu memeluk anak dengan penuh kerisauan, Faizal akhirnya menamatkan drama dengan mengeluarkan hadiah berupa jam tangan untuk ibunya.
Sambil mengalirkan air mata, si ibu tidak marah sebaliknya anak bujang itu terus dipeluk dan dicium berulang kali. Situasi ini sekali lagi membuat ramai netizen terharu.
‘Hari ni birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya, ingat 31 Oct. Bila ingat balik, 30 Oct rupanya. So saya kelam kabut la pergi ambil kek, masa dekat kedai kek, saya call mak saya, bagitau saya tak sihat. Minta tolong mak bawa pergi hospital. Saya bagitau saya otw blk rumah. So my mom kelam kabut la. Sampai rumah saya suruh adik standby plan kami. So this is the video.’
Demikian catatan Faizal yang turut disertakan dengan video bersama ibu yang kini tular di media sosial.
Sumber: Faizal Faiz Farish
Mona Din Akhirnya Dedah Punca Beliau Tutup Semua Butik Hajaba! ‘Saya Lega Dapat Tutup Cara Berhemah’

Isi Kandungan
Toggle
Berita penutupan lima cawangan hipermarket terkenal di Malaysia yang tersiar di media massa dan laman sosial memang menarik perhatian ramai. Tidak terkecuali usahawan wanita yang tidak asing lagi Puan Mona Din.
Pernah mencapai zaman gemilangnya dengan jenama busana Muslimah Hajaba, satu ketika dulu dia juga pernah melakukan perkara yang sama.
Usahawan yang sudah meraih pelbagai anugerah ini menutup semua outlet Hajaba sejak dua tahun lalu hingga menyebabkan ramai yang tertanya-tanya.
Tidak pernah berbicara secara terbuka tentang perkara tersebut namun berita penutupan beberapa cawangan hipermarket besar itu membuatkan Puan Mona beliau terpanggil membuat perkongsian dan mendedahkan mengapa beliau menutup satu persatu Butik Hajaba yang diasaskan.
Untuk pengetahuan, Butik Hajaba adalah antara perintis jenama fesyen Muslimah di negara ini. Malah jenama ini cukup popular kalangan wanita Malaysia sekitar tujuh tahun lalu.
Hajaba juga mempunyai banyak cawangan termasuk di pusat membeli belah terkemuka seperti Suria KLCC, Pavillion, Bangsar Village, Alamanda dan sebagainya.
Ikuti pendedahan Puan Mona yang juga usahawan produk kosmetik Leesa Formula tentang apa yang berlaku kepada bisnesnya.
Sudah dapat ramal apa yang bakal berlaku
Pagi ini, terkesan baca berita ni (penutupan lima cawangan hipermarket), sesak dada bila fikir tentang ekonomi kita yg makin tenat.
Secara peribadi, saya merasakan perkara ini berlaku apabila bermulanya perlaksanaan sistem GST.
Sebaik ada GST, saya antara industri player yg pertama dapat meramal perkara ini akan berlaku & mngambil tindakan segera untuk mngelak kerugian.
Masa itu saya ada beberapa butik Hajaba di pelbagai shopping mall terkenal, Suria KLCC, Pavillion, Bangsar village, Alamanda, Shah Alam Mall, SACC, dan banyak lagi.
Bila mula kena bayar GST, part sewa bulanan, pertambahan kos itu saja dah boleh buat kita hampir nak pitam.
Bayangkan kalau GST satu branch saja sudah hampir RM4k, dah boleh sewa satu lagi shop lot biasa di luar mall kan? Kalau dah 10 cawangan kena GST?
Bisnes fesyen Muslimah terlalu banyak
Dan masa itu pula, fesyen muslimah sudah lebih bersepah dari cendawan tumbuh. Anak-anak muda kita nak buat biz jual online, Malaysia sedang kebanjiran tauke-tauke, penjahit-penjahit, penjual-penjual asing dari India, Pakistan & Bangladesh.
Habis satu Masjid India & promo booths di semua hyper markets ‘diconquer’ mereka, menjadikan persaingan tersangat sengit, dan harga turun merudum !
Mereka yang berniaga di shopping mall besar kena bayar GST untuk semua termasuk sewa, dan macam-macam benda lagi. Tapi kami tak boleh masukkan GST ketika jual baju. Pelanggan tak mahu bayar kerana semua kedai lain pun tak kenakan GST memandangkan ia diserap sendiri!
Dan bila dah diserap, sepatutnya kena jual barang dengan harga lebih tinggi sikit dari sebelumnya, baru ok. Tapi mana boleh!
Sebab harga busana muslimah & tudung mencanak turun, semakin murah, sebab dilelong oleh peniaga-peniaga asing yang angkat geng senegara datang beramai menjahit sendiri lalu menjual dengan harga rendah, di tanah darahku Malaysia.
Dan baju-baju moden blaus-blaus segala yang sedang trending, harganya sangat murah, macam main masak-masak pulak. Semuanya ‘disupply’ borong dari Jakarta & Bangkok, 2 pusat paling utama yg mengeluarkn secara pukal.
Kita yg menjahit sendiri di kilang-kilang di Malaysia, langsung tak boleh lawan harga, ditambah GST pulak.
Perlu tarik diri sebelum simpanan habis
Akhirnya, setelah mencongak-congak keadaan semasa & meneropong future, saya tahu ekonomi retail Malaysia terutama fashion muslimah akan menjadi sangat tenat, just a matter of time.
So saya & suami ambil keputusan drastik, we want to exit out soonest, sebelum my empire will eat out our cash & savings!
And it took us 2 years to close down all our fashion branches completely. Sebabnya, we have to wait for the contract wt shopping malls to expire.
Dan yg masih lama lagi nak habis tempoh, we have to write to them, to pledge to exit, and after many meetings & meeyings, we are allowed to vacant the lot, tapi kena byr denda sikit..tak apa lah, janji dpt tutup, tak pyh pening kepala.
And finally, Alhamdulillah, last year in Oct, we managed to exit from all malls, relief from the burdens of GST, dropping of nilai RM, decreasing of sales month to month, kesengsaraan melihat every mall semakin sepi bkurang pengunjung.
Walau tutup Hajaba tapi saya lega
Dan paling saya syukuri, walau terpaksa tutup jenama Hajaba, saya melangkah keluar dari industri dgn penuh kelegaan, tanpa meninggalkan sebarang hutang, tanpa lari tutup kedai sebelah malam, tanpa tidak membayar gaji pekerja mahupun suppliers.
Saya tutup hajaba dgn penuh berhemah, Alhamdulillah.
Dan kini, saya rasa selesa menikmati hari-hari di umur yg sudah layak bersara, tanpa lagi penat memikir & mengejar kemewahan dunia.
Saya just go with the flow, redha dan happy je dgn apa saja rezeki yg saya ada. Dan saya terus memerhati dari hari ke hari betapa keadaan mjadi semakin sukar kpd ramai peniaga.
Saya hanya mampu mendengar rintihan mereka, kawan-kawan baik saya, yg masih dlm industri, dgn penuh rasa mengerti, dan sangat bersimpati.
Ramai dari mereka yg setiap bulan mengalami kerugian, jumlah kutipan sales tidakpun cukup nak bayar sewa & gaji pekerja, sedang stok baru tetap perlu ada.
Kalau tidak langsung customers takkan menjenguk ke butik. Semua itu perlu menelan belanja, duit dari savings sendiri, sedihnya…
Ada yang masih berhutang tapi tak sampai hati kejar
Dan saya sendiri, walau ada beberapa jenama yg masih berhutang dgn saya atas beberapa urusan semasa bisnes fesyen, yg dahpun hampir memasuki dua tahun tertunggak, saya masih tidak sampai hati untuk mengejar bayaran sepenuhnya.
Kata saya pada mereka, bayarlah sikit-sikit bila ada untung, insyaAllah kalau ada rezeki saya, takkan ke mana…
Untuk rakan-rakan saya yg masih berbisnes di luar sana, esp di mall, berjuanglah, berjuanglah, berjuanglah, andai itu saja pilihan yg anda ada.
Semoga Allah permudahkan semua perkara untuk kita semua…Aminnn
Sumber: Mona Din