“Indahnya Ukhuwah…” Netizen Terharu Lihat Tengku Zawyah Melawat Siti Aafiyah

Share

 

 

Sejak kelahiran Siti Aafiyah, cahaya mata Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K ramai sungguh yang datang melawat.

Tidak ketinggalan adalah KDYTM Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.  Namun ziarah yang paling manis bila baru-baru ini Siti menerima kunjungan dari bekas isteri Datuk K sendiri iaitu  Datin Tengku Zawyah Tengku Izham.

Foto ketika berada di rumah penyanyi nombor satu itu turut dimuat naik oleh keduanya dalam laman instagram masing-masing.

“Melawat puteri Siti Aafiyah. Terima kasih atas layanan baik Datuk Seri Siti dan Datuk Seri Khalid. Moga puteri kecil ini memenuhi hati kamu dengan limpahan kebahagiaan,Tulis Tengku Zawiyah dalam entri di instagramnya.

“Alhamdullillah.. My pleasure DS Kak Tengku .. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga .. amin ya rabb,” demikian balas Siti.

Melihat ukhuwah yang terjalin indah antara mereka, netizen sendiri turun merasa kagum malah terharu.

Sejuk hati

Wanita kuat & berhati mulia

Indahnya suasana…

Meskipun sudah berpisah dan Tengku Zawyah sendiri telah pun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rayyan Joseph King,  jalinan silaturrahim dua keluarga ini tidak putus. Malah masing-masing dilihat saling bertemu pada majlis-majlis keluarga.

Sumber: ctdk

 

 

Published by
VK