Bila tengok saja hidangan ini mesti ramai yang kata lamanya tak makan. Pulut kacau atau dipanggil juga wajik ini memang sedap. Rasa lemak manis pulut likat adalah tarikan untuk hidangan yang sudah jarang dihidangkan sekarang kecuali bila ada majlis atau kenduri.

Selalunya pulut kacau ini dimasak oleh mak-mak kita, tapi kalau dah teringin nak makan bolehlah buat sendiri. Nampak macam susah tapi sebenarnya cara memasaknya agak mudah.

Boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Afeefah Ahmad yang turut menyertakan rahsia  uuntuk menjadikan pulut kacau makin sedap, air gulanya berlinang tak serap dek pulut. Resipi ini menurutnya adalah dari ibunya.

Cara dan tip buat pulut kacau atau wajik

Ingat Susah, Rupanya Mudah Saja Buat Pulut Kacau Ini. Paling Penting Air Gula Santan Kena Pekat

Ada peminat pulut kacau/ wajik kat sini? Yang ini mak saya buat untuk besannya. Bila masak satu rumah bau harum.

Ads
Bahan-bahan

1kg beras pulut wangi
1kg santan segar
1kg gula merah hitam
Daun pandan

Cara membuat

1. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh bersih dan rendam 2 jam ke atas kemudian tos.

2. Kemudian kukus pulut kembang. Ketepikan.

Ads

3. Seterusnya masak air gula bersama secawan air. Masak dengan daun pandan supaya wangi.

4. Selepas air air larut, tapis dan masukkan dalam santan. Masukkan dalam kuali kemudian masak santan dan air gula ini. Masak santan dengan air gula hingga betul-betul pekat.

5. Bila dah pekat masukkan pulut yang dah dikukus tadi. Waktu ini jangan tutup api dulu. Perlahankan saja api.

Ads

6. Ratakan pulut, gaul dalam kuali sampai pulut sebati dengan air gula santan.
Selepas pulut dan air gula santan rata baru tutup api dan tuang dalam bekas.

Tip dari ibu

– Rahsia supaya gula merah berlinang tak serap dek pulut ialah kena pastikan air gula merah tak boleh cair! Kena betul-betul pekat sebelum tuang masak sekali santan.
– Pastikan santan dan air gula dimasak sampai pekat barulah tuang pulut dan kacau. Selagi tak pekat jangan masukkan pulut dulu.
– Selepas masukkan pulut dalam air gula santan kacau tapi jangan sampai kering, cukup untuk sampai pulut sebati dengan air gula saja.

Semoga bermanfaat

Sumber: Afeefah Ahmad

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI