Kebelakangan ini ramai yang memulakan hobi bercucuk tanam. Punya seronok tengok pokok atau sayuran yang ditanam bercambah.

Tapi ada juga yang dah lama tanam dan dijaga pokok yang tak juga mengeluarkan hasil atau berbuah.

Untuk tanaman begini elok gunakan tip yang dikongsi oleh Malmisa Swak Lis Lis. Mudah saja cuma siram dan sembur tanaman yang tak berbuah ini dengan air booster yang dibancuh menggunakan MSG atau Monosodium glutamat (boleh guna apa-apa jenama selain Ajinomoto).

Perkongsian ini dibuat selepas dia melihat hasilnya.

Air booster MSG untuk pokok

Ini Dia Hasil Air Booster MSG, Berganda Hasil Cili & Sayur! Bancuh Sendiri Saja

IKLAN

Bukan kita saja kena booster tanaman pun sama. Saya dah cuba dan inilah hasilnya. Kelebihan air bancuhan MSG ini ialah;

– Menyubur pokok yang susah berbunga dan berbuah
– Daun sayur akan membesar dua kali ganda dari saiz asal
– Pokok membesar lebih cepat

Ini Dia Hasil Air Booster MSG, Berganda Hasil Cili & Sayur! Bancuh Sendiri Saja

IKLAN

Cara bancuhan

  1. Ambil 1 sudu serbuk MSG (15g)campur dengan 5 liter air. Bancuh dalam baldi.

2. Peram semalaman

4. Keesokan hari barulah boleh digunakan. Siram terus ke tanah dan sembur sedikit pada daun.

IKLAN

5. Siram dengan air booster ini sekali seminggu saja. Jangan terlebih siram hari-hari.

Air booster ini sesuai untuk pokok sayur dan juga bunga. Selepas seminggu baru booster buat kerja dan nampak hasilnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Malmisa Swak Lis Lis

Selain itu:  Guna Kaedah Nutripot Jika Nak Bercucuk Tanam Cara Mudah, Tak Perlu Siram Tapi Pokok Sayur Subur & Meriah Buah
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI