Kita sangka kurma yang kita makan untuk berbuka dan bersahur di bulan Ramadan ini dah bersih. Jadi tanpa ada rasa was was ramai kalau kita makan terus kurma ini tanpa membasuhnya.
Rupanya tidak ya. Sebelum makan kurma sebaiknya basuh dulu kerana kurma yang datang dari ladang ini selalunya akan ada kekotoran termasuklah pasir.
Perkara ini dikongsi oleh peniaga kurma , Niena Samsir. Ujar beliau pembekal kurma sendiri menekankan meskipun nampak bersih tapi sebaiknya tetap dibasuh terlebih dahulu. Malah beliau turut berkongsi cara membasuh kurma dengan betul.
Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak de kesan pasir, mungkin supplier dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah (agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci.
Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama. So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan.
Gambar ummi tunjuk adalah keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma. Lepas ni, jangan ambil mudah tau. Cara nak bersihkan kurma;
1. Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.
2. Kemudian bilas dengan air bersih.
3. Tapis, dan tos. Kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Semoga bermanfaat
Sumber: Niena Samsir.