Selain tisu, kain pengelap menjadi bahan paling penting perlu ada di dapur. Ini adalah bertujuan untuk membersihkan tumpahan kuah, makanan, mengelap habuk atau minyak di bahagian sekitar.
Apabila selalu digunakan, kotoran yang melekat agak sukar ditanggalkan dan jalan penyelesaian adalah dengan membuangnya saja.
Namun untuk lebih jimat dan tidak perlu beli baru, apa kata anda cuba petua mudah menjadikan kain pengelap ini kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci.
Perkongsian oleh Puan Zuraidah Ismail di laman sosial sangat berguna untuk kita praktikkan.
Katanya dia memang cerewet dalam hal-hal kebersihan terutama kain pengelap atau kain buruk yang digunakan sewaktu berniaga.
Ads
Tips basuh kain buruk dan kain pengelap
*************************************
Cara membasuhnya:
1- Rendam bersama sabun dan peluntur selama 2 jam. Tuang peluntur dan biarkan lebih sedikit.
2- Selepas itu basuh dalam mesin basuh dan putarkan selama beberapa minit.
Ads
3- Setelah selesai basuh, terus masukkan dalam mesin pengering. Jangan bilas dengan air bersih dulu.
4- Apabila sudah kering rendam, semula bersama sabun dan peluntur. Kemudian putar lagi selama beberapa minit.
5- Masukkan balik dalam mesin pengering.
Ads
6- Angkat dan bilas seperti biasa.
7- Jemur dan keringkan di ampaian. Angkat dan lipat kemas untuk disimpan.
Selalu kita dengar antara tip bila anak sakit tekak waktu demam adalah beri makan aiskrim. Ramai yang praktikkan perkara ini tambah pula aiskrim memang senang anak nak makan.
Tapi apa yang ramai tak tahu, bukan semua aiskrim sesuai. Ada aiskrim yang boleh menyebabkan sakit tekak yang dialami oleh anak takkan reda. Jadi pastikan kita pilih aiskrim yang betul untuk diberi. Info ini dikongsi oleh pegawai perubatan, Dr Mazliana Mazlan.
Menurut beliau aiskrim vanilla atau pelbagai perisa yang selalu diberi pada anak waktu demam tidak sesuai dan harus dielakkan. Beliau memberikan penjelasannya.
Aiskrim vanilla buat radang di tekak tak reda
Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim nilah sebenarnya mungkin buat radang tekak tak baik-baik.
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit. Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuan dia kan. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan. Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Walau yang buat sendiri kat rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh pekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah beritahu pesakit cilik untuk makan aiskrim vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. Belum dapat kesedaran tentang makanan proses lagi waktu itu. Sekarang, baru tahu semua ini.
Ini aiskrim yang sesuai
Boleh saja kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Blend sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.
Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Gitu!
Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan kan. Kita cuba sama-sama ya.
Buat sendiri aiskrim untuk anak
Boleh cuba aiskrim dari buah betik
Kisar betik dan air, tambah madu. Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, insyaAllah.
Ini aiskrim dari buah naga dan pisang saja!
Ini aiskrim vanila yangf saya buat. Walaupun homemade, tetap ada susu dan gula organik. Dua sumber radang jugak. Elakkan waktu anak tak sihat ye.
Minggu gaji ni ramai yang beli ketam. Memandangkan harganya yang boleh tahan mahal jadi kita pun kena pilih betul-betul.
Pilih ketam yang penuh isi dan telur, barulah berbaloi dengan harga. Supaya dapat ketam begini, kita boleh ikut tip dari anak nelayan Siti Aminah Yousoff.
Tip pilih ketam yang isinya padu dan penuh telur
Saya nak beri tip untuk pilih ketam yang isinya padu dan penuh dengan telur. Mungkin ramai yg dah tau, tapi saya nak share pada yang belum tahu
1. Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih berat, kecik tak mengapa yang penting berat.
2. Gambar ini saya pinjam, sebab saya nak tunjuk perbezaan antara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecik, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur, pilih ketam betina.
3. Lihat tempat bertanda, pastikan tempat tu berwarna kuning dan ‘keorenan’.
4. Saya beli 4 ekor ketam, nampak tak telur ketam tu. Memang mengecewakan.
5. Setelah dicuci dan dibersihkan ini hasilnya. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.
Bagi yang umur 40 tahun ke atas surat beranak korang mesti dah kuning, lusuh dan mungkin juga ada yang dah koyak sikit.
Memang boleh guna dan nampak lagi tulisan tangan dan info pada surat beranak tapi tak mustahil juga boleh koyak akibat dah terlalu lama. Surat beranak ini dokumen penting yang kena ada dan simpan sentiasa.
Jadi kalau dah uzur sangat keadaan surat beranak tu apa kata kita tukar saja kepada yang baru. Macam sijil beranak anak-anak kita sekarang.
Cara nak tukar surat beranak lama kepada baru ini boleh dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara. Mudah dan panduannya ada dikongsi oleh Mawarni Sani.
Cara tukar surat beranak lama kepada baru di JPN
Hari ni pegi JPN. Nak print surat beranak lama kepada yang baru. Okey, saya share caranya;
✔️Bawa 1 salinan IC (original dah tentu kita bawak sentiasa)
✔️Surat beranak original (tapi tadi staf tak minta tengok pun)
✔️Bayar RM5 (bayar guna kad ya)
✔️Tunggu sekejap, dah siap!
Kita juga boleh print jugak untuk pasangan. Syaratnya
✔️Bawa surat nikah original & salinan
✔️1 salinan IC wakil yang nak print
✔️Bayar RM5 jugak.
Surat beranak lama, boleh simpan & frame sebagai kenangan. Setel hal surat beranak. Best pulak tengok surat beranak baru. Cantik. Rasa macam kembali jadi kanak-kanak!