Kalau pramugari di negara kita kebanyakannya muda-muda dan cantik-cantik belaka lain pula dengan pramugari syarikat penerbangan American Airlines. Cantik dan muda bukan kriteria utama.
Ini pada usia yang layak dipanggil warga emas masih ada lagi yang bertugas awan biru. Begitulah kelebihan Bette Nash. Berusia 81 tahun, Nash masih bagi bekerja sebagai pramugari dan dikatakan pramugari tertua di dunia!
Nash memulakan kariernya sebagai krew kabin pada tahun 1957, ketika usianya 21 tahun. Bagi Nash, kerjaya sebagai pramugari cukup glamor dan atas sebab itulah dia rela menghabiskan sebahagian besar usianya bertugas di awan biru.
Nash menjadi pramugari selama lebih kurang 60 tahun. Penerbangan pertamanya adalah ketika bersama Eastern Airlines. Malah dia juga sempat terbang dan melayani penumpang seperti Jackie Kennedy, isteri bekas Presiden Amerika, John F. Kennedy.
“Ramai juruterbang yang datang dan pergi. Ada juga yang dah pencen tapi saya tetap di sini,” ujar Nash.
Mengimbas pengalaman menarik bekerja katanya, dahulu penumpang pesawat dibolehkan untuk merokok. Malah dia menghidangkan makanan menggunakan dulang perak dan masih mengenakan sarung tangan putih.
Kini keadaannya sudah jauh berbeza cuma Nash saja yang tidak berubah. Dia masih lagi bekerja memulakan waktu paginya dengan mengenakan mekap selepas sampai di Reagan National Airport di Washington.
Ujar Nash dia tidak mahu terburu-buru menamatkan perkhidmatannya. Selagi masih diberi kesihatan yang baik dia akan tetap mahu bekerja di sebagai krew kabin dan melayani penumpang dengan senyuman dan ramah.
“Berada di sini adalah kehidupan saya,”ujar Nash.
Sumber: http://www.independent.co.uk