Instafamous Umur 13 Tahun, Dipukul Teman Lelaki, Netizen Suruh Habis Sekolah Baru Bercinta

Share

 

 

 

Pada hari ini, kehidupan seseorang itu boleh menjadi popular sekiranya mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Bagi Amalin, remaja berusia 13 tahun, dirinya terkenal dan selalu diperhatikan kerana mempunyai 69,000 follower di instagram.

Bergelar instafamous, tak hairanlah apabila kisah hidup Amalin menjadi perhatian. Baru-baru ini, Amalin muat naik gambar dan kapsyen yang dia dicederakan oleh seseorang.

Justeru, orang ramai mulai meneka orang yang memukulnya ialah teman lelaki Amalin sendiri. Ini berikutan ada kapsyen yang berbunyi ‘lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul’.

Perempuan jangan jadi bod**

Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuk lah lagi 🙂 kau nk lepas geram dgn perempuan nanti carilah aq, jgn pukul girls girls lain ok.
Btw thank you for those yg dm, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, i will reply as soon as posibble ???♥️ i really appreciate it, niat cuma nak nasihat perempuan lain jgn jadi bod** je, tak sangka mcm ni. Btw girls take care of yourself okay, jgn jadi mcm kita 🙂

 

 

Jangan cari lelaki kaki pukul

Terima kasih lah kepada yg talam tu, fitnah le lagi okie banyak banyak ☺️?? buat kat aq tak apa, aq maafkan. Jgn buat dekat org lain, aq ni bukannya baik sgt tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh ☺️ lagi satu jgn cari lelaki yg jenis kaki pukul 🙂 u better move on

 

 

Netizen memberikan nasihat

Disebabkan Amalin masih bersekolah, ramai yang bersimpati dengan nasibnya yang cedera pada bahagian mulut dipercayai dipukul. Jadi, ramai follower yang merasakan lebih baik Amalin menumpukan pada pelajaran berbanding bercinta. Usianya masih terlalu muda.

Sayang usia muda

Ini semua cinta monyet je

Banggakan mak ayah dulu

 

Terlalu muda untuk bazirkan masa

 

Terkini, Amalin sudah memadam status-statusnya. Mungkin keadaan sudah kembali tenang. Namun apa pun, semoga kisah ini menjadi pengajaran buat gadis seusianya. Pada hari ini, bukan menjadi seseorang yang popular apatah lagi di laman sosial. VK mengucapkan selamat maju jaya untuk Amalin.

 

Sumber: Amalin

 

 

 

Published by
Maryam Elyas