Ada banyak cerita tentang reunion atau pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah atau kolej yang membibitkan kembali benih cinta lama. Hingga menakutkan pula pasangan bila suami atau isteri berkata mahu menghadiri majlis seperti ini.

Tapi salah reunion kah? Tidak. Sekiranya seseorang cintakan pasangan sepenuh hati, dia tidak akan berpaling hanya kerana pertemuan sejenak dengan kekasih lama.

Walau bekas kekasih makin cantik atau segak, jika suami atau isteri bertakhta di hati, ia takkan pernah menggugat kesetiaan. Meski insan yang pernah anda cinta itu dulu cuba-cuba untuk kembali mendekati tapi jika kesetiaan di tahap tinggi godaan itu mampu ditepis.

Semuanya terletak pada kesetiaan dan hati masing-masing. Reunion hanya faktor pencetus, sama seperti Facebook yang turut banyak menyebabkan keretakan rumah tangga.

Ads

Tapi sebelum berlaku perkara buruk, tak salah kita ambil langkah berhati-hati. Mungkin tip di bawah boleh dipraktikkan ketika kita atau pasangan menghadiri majlis reunion untuk mengelak cinta lama bertaut kembali.

1.  Bermula dengan niat

Kalau dari awal niatnya memang mahu bertemu bekas kekasih lama mungkin inilah pencetusnya. Oleh itu niatnya mesti hanya untuk mengeratkan silaturahim dan bertemu rakan lama. Itu saja!

2. Bawa pasangan

Jangan pergi sendirian, bawa isteri atau suami dan perkenalkan kepada rakan-rakan. Tawarkan diri  untuk ikut serta jika pasangan tidak mempelawa.

Ads

Tip Hadiri Reunion, Elak Cinta Lama Bertaut Kembali

3. Nilai tahap kesetiaan

Kalau dalam majlis itu hadir sama bekas kekasih dan anda masih ada sisa cinta maka elak dari menghadirinya.

4. Jangan mulakan

Setelah selesai reunion elak hantar mesej atau whatsApp peribadi pada bekas kekasih, mesej di Facebook apatahlagi menghubunginya. Ini juga pemulanya. Cukup sekadar sembang di dalam grup secara beramai-ramai.

Ads
Selain itu:  Tip Hadiri Reunion, Elak Cinta Lama Bertaut Kembali

Ini tip dari VK yang bukanlah kaunselor atau pakar psikologi. Kalau anda yang mahu berkongsi, bolehlah berbuat demikian di ruangan komen.

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI