Untungnya lelaki yang bekerja di syarikat perabot terkenal, IKEA. Isteri bersalin, mereka akan dapat cuti sebulan bergaji.
Syarikat dari Sweden itu memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji kepada kakitangan lelaki syarikat berkenaan bukan saja di Malaysia tapi di seluruh Asia Tenggara.
Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song berkata, perkara itu diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.
“IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah.
Ads
“Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan,” katanya.
Tambah Lydia, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.
Dalam pada itu memetik laporan Astro Awani, kakitangan IKEA Malaysia, Muhammad Rizal Sunalim merupakan antara kakitangan IKEA pertama negara yang mendapat manfaat itu yang berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.
Ads
“Inilah masa yang paling berharga untuk saya dan keluarga.
“Ketika isteri saya bersalin anak pertama dan kedua, beliau melakukan semua kerja sendiri. Kali ini saya mempunyai peluang untuk menjaga bayi kami dan isteri tersayang,” katanya yang merupakan Ketua Kumpulan IKEA Food di outlet IKEA Cheras.
Ads
Tambah Rizal, pelaksanaan cuti bergaji selama sebulan itu memberi makna besar kerana isteri tersayang boleh berehat sepenuhnya.
“Saya yang memasak, membasuh pakaian dan menjaga dua lagi anak kami,” katanya yang kini mempunyai tiga orang anak.
Selari dengan perkara itu, IKEA Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Sweden di Malaysia melancarkan peraduan foto bagi meraikan kaum bapa.
Meski mendengar pelbagai jenis penyakit bahaya dialami oleh individu sekeliling kita, dari aspek positifnya semakin ramai yang sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.
Ramai yang sanggup membeli suplemen mahal, rawatan malah keluar masuk gimnasium untuk memperoleh tubuh badan yang sihat.
Namun begitu kita lupa sebenarnya untuk mendapatkan tubuh badan sihat tak semestinya mengeluarkan wang yang banyak.
Kaedah mudah seperti pijak tanah juga mampu membantu tubuh kita semakin sihat. Perkara ini dikongsi oleh pakar bedah Dr Aznan Shuhaili dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok beliau.
Terapi pijak tanah, cara mudah untuk sihat
Menurut beliau kaedah pijak tanah ini adalah rutin mudah yang semakin dilupakan warga kota terutamanya kerana kebanyakannya duduk dalam bangunan, tidak terkena cahaya matahari dan memijak tanah.
Walhal teknik ini punya banyak manfaat untuk tubuh badan seperti meningkatkan sistem imun, mengurang anxiety, susah tidur, sakit sendi, sakit otot dan masalah penghadaman.
“Caranya sangat simple, cuma buka kasut, stoking dan pijak tanah dengan tapak kaki yang kosong. Biar tapak kaki kena rumput dan tanah.
“Buat tiga atau empat kali seminggu selama 30 – 45 minit. Paling elok buat aktviti ini waktu pagi antara pukul sembilan hingga 11 pagi.
“Kesannya ia membuang cas tak elok dalam badan terutama cas positif yang akan membantu mengurangkan keradangan dalam badan, memperbaiki fungsi jantung, paru-paru kerana kaedah ini meningkatkan peredaran darah. Ia sekali gus meningkatkan kesihatan diri terutama sistem imun
Meskipun rutin ini cukup mudah namun ramai orang bandar lupa atau tak sempat buat kerana duduk dalam bangunan, tak kena cahaya matahari dan tak pijak tanah,”jelas Dr Aznan.
“Asal usul badan kita dari tanah dan badan kita lebih mesra dengan tanah barulah kita sihat. Kurang masalah anxiety, penghadaman, susah tidur, sakit sendi, sakit otot dan badan,”sambung beliau lagi.
Dua tiga hari lalu ramai peminat fesyen yang meluahkan rasa kagum dengan gaun unik yang dihasilkan oleh Datuk Rizalman buat usahawan Norhaili Ahmad Mokhtar.
Hamil 7 bulan tapi gaun yang direka langsung tidak menampakkan perut wanita yang dikenali sebagai @ellybillionaire di instagramnya.
Norhaili, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EB Champions United, sebuah syarikat perniagaan unit amanah saham ini tampil cukup bergaya dan anggun sekali dengan gaun putih pilihannya.
Meski ada juga komen negatif terhadap ilham Datuk Rizalman ini tapi tolak tepi semua itu kerana empunya diri cukup berpuas hati.
Dan rasanya apa yang lebih penting untuk ditonjolkan selain gaun yang digayakan adalah pencapaian usahawan wanita ini.
Sudah bergelar jutawan sejak usia 25 tahun lagi, gaun istimewa ini dikenakan untuk majlis Malam Anugerah Public Mutual 2018 yang mana beliau menerima penghargaan tertinggi.
Norhaili menerima anugerah Juara Pengurus Agensi Kumpulan dengan nilai jualan kumpulan sebanyak RM228 juta pada 2017. Satu angka yang cukup mengagumkan bagi usahawan Melayu yang berjuang dalam organisasi milik kaum Cina!
Kegembiraan menerima anugerah tersebut dikongsi oleh Norhaili dalam instagramnya baru-baru ini.
“Saya memberi segalanya untuk memperoleh kemenangan ini. Ia kemenangan yang dihasilkan dari kerja keras, dedikasi dan komitmen.
“RM228 juta pada tahun 2017 adalah satu angka yang luar biasa bagi agensi bumiputera yang berjuang dalam organisasi milik kaum Cina. Untuk ini saya memilih pereka yang betul-betul memahami karakter saya sejak 10 tahun lalu, Datuk Rizalman.
“Saya jelaskan kepadanya apa yang saya mahukan untuk gaun ini. Sesuatu yang berbaloi dengan perjuangan saya selama 10 tahun.
“Saya minta dia mencipta pakaian yang dapat melindungi kandungan saya berusia tujuh bulan. Saya mahu ahli kumpulan saya berasa saya tetap bertenaga. Ternyata saya dapat apa yang saya mahukan,”ujar Norhaili.
Jangan tak percaya dengan RM20 sehari kalau komited menyimpan, wang tersebut boleh berganda sampai berbelas ribu.
Bukan misi mustahil sebab ibu Aminahtul Marrdiahsudah pun berjaya melakukannya. Jom kita baca caranya, lepas tu jangan lupa praktik. Tak lama pun setahun jer
———————–
Cara Simpan DUIT untuk anak dalam masa 1 Tahun
Kau mungkin rasa terbeban tapi hasilnya anak kau ada simpanan. Hari ni aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
Cara :
1. Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
2. Berbelanja. Korang tak payah sekat perbelanjaan pun. Beli je keperluan hidup seharian. Trick nya adalah NEVER EVER USE RM20 TO PURCHASE. Gunakan duit lain yang ada selain RM20 tu. Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan. ?
3. Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol. Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata “Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!” Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
4. Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
5. Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata. Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat “Trick” LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah.
Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangad ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
Kenapa RM20?
1. Lebih senang nampak
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
2. Paksa Diri Suami Isteri
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12, 600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!
Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
3. Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada ‘lebih’ tiap bulan.
Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong. ?
Akhir sekali kau bawaklah duit tu pegi bank. Masukkan dalam saving atas nama anak Kau dan kau akan rasa satu perasaan bahagia dan tenang bila kau tahu, apa-apa hal anak kau ada dah duit simpanan. Tak banyak pun at least ada. Kan?
Tengok tembikai merah dan kuning menyerlah macam ni memang menggiurkan. Lagi puas hati kalau tembikai yang dimakan tu tanam sendiri.Kalau nak tahu tanam tembikai...