
Isi Kandungan
Toggle
Orang kata di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu, ada wanita yang hebat di belakangnya. Sesuai sangatlah dengan situasi pelakon, Ako Mustapha. Baru-baru ini di laman instagramnya, Ako telah memuat naik gambar dirinya yang terbaharu.
Ako bersama isteri, Kartina, dan anak, Mikael Iskandar.
Hilang 20 kilogram
Tampil dengan saiz lebih kecil berbanding dulu, kapsyen gambar itu turut menyebut inilah hasil penangan isterinya. Daripada 89 kilogram, kini berat badan Ako hanyalah 70 kilogram saja. Wow!
Hasil from my wife jamu.. from 89kg now 70kg. @tinamustapha
A post shared by Ako Mustapha (@akomustapha) on
Isteri nak Ako kurus
Kata Ako, isterinya, Kartina Abdullah tegas nak dia tampil lebih kurus. Kenalah bersenam dan amalkan diet sejak dua tahun lalu.
Kartina dikatakan memantau apa saja yang akan dimakan dan paksa Ako bersenam. Semuanya demi kesihatan yang lebih baik.
A post shared by Ako Mustapha (@akomustapha) on
Penampilan Ako di rumah terbuka pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini. Memang kecik habis.
Penampilan Ako suatu ketika dulu.
Tahniah Ako Mustapha. Semoga lebih sihat dan terus ada dalam industri seni tanah air.
Sumber: Instagram Ako Mustapha
Macam Ada Dua Life Yang Berbeza! Gadis Ini Kongsi Beza Layanan Bila Berat Badan Dah Turun Dari 103Kg Ke 45Kg

Isi Kandungan
Toggle
Bagi mereka yang dah berjaya menurunkan berat badan pasti ada melalui pengalaman seperti ini. Bagi Zulaikha Fallen dia seolah-olah melalui dua kehidupan yang berbeza.
Berbanding ketika tubuh gemuk, apabila berat turun dari 103kg ke 45kg dia merasakan ramai yang hipokrit. Tapi kemudian dia belajar sesuatu daripada perubahan yang berlaku.
Dia memandang pada dirinya semula. Betul ke orang sekeliling yang hipokrit atau sikapnya sendiri. Untuk yang dalam fasa perubahan moga perkongsian Zulaikha ini memberi manfaat.
Hipokritnya manusia
“Masa kau gemuk, orang tak nakkan kau. Dah turun badan, baru ade orang nak. Kau tak rase orang tu just pentingkan rupa?”
Banyak sy dapat soalan tu sejak penurunan berat badan berlebihan sy dari 104kg ke 45kg.
Memang awal-awal dulu penurunan sy rasa hypocrite-nya manusia. Layanan berbeza, pandangan berbeza dan macam2 berbeza seoalan ada 2 life yg berbeza masa moks n masa kurus.
Tapi, dalam perjalanan penurunan tu, slow2 sy faham something. Something yg sy nak kongsikan dalam post ni.
Mungkin pengalaman tu tak apply / tak dipersetujui semua, mana yg boleh bantu korang, amek yg jenih, buang yg keruh.
Ramai yang jadikan issue berat badan berlebihan sebagai penghalang / jadikan alasan terhadap semua benda.
Contoh, suami/isteri/pasangan ignore kita dan kita buat kesimpulan dengan “sebab aku dah tak cantik / hensem macam dulu”
Betul setiap manusia sukakan kecantikan. Tapi ingat, kecantikan tu subjektif. Rupa paras cuma bonus sementara yang tak kekal. Dalam tak sedar, kita kejar yang sementara n kita lupa perkara utk jangka masa panjang iaitu;
KESIHATAN & AKHLAK DIRI.
Saya tak sedar sikap saya
Saya, masa berbadan morbid obese (BMI 43), dalam tak sedar sikap sy sentiasa defensive, takde keyakinan diri, sy banyak berfikiran negative, sy mudah tersinggung dengan issue berat badan.
Orang cakap, “diet je la!”. Ikutkan mase ni, nak je pijak2 orang tu sampai lumat. “kau ingat senang? Kau ingat mudah aku nak kawal makan? Sebabkan kau boleh, kau ingat aku mampu ke?!” dah saya tambahkan lagi dengan alasan2 yang menyalahkan orang lain. Contohnye;
– Mak masak sedap
– Stress / busy
– Dah kawen so aku “bahagia”
– Normallah orang dah ade anak
– Aku suka makan
Padahal utk urus / manage semua tu bergantung pada diri sendiri. Ok, berbalik ke topik kita.
Dengan sikap2 negative sy dulu, baru sy prasan yang dulunye orang jauh dari sy bukan sebab orang tu menjauh. Padahal diri sendiri yang bukan orang jauh!
Eh, sape nak dekat dengan orang sikap2 negative gitu? Kadang orang cuba utk berbaik, kita pulak datang dengan negative minded “eh die ni just kesiankan aku ke ape?”
Rupanya sikap kita yang buat orang jauh
Sikap negative diri sendiri membuatkan orang jauh dari kite.Manusia, susah nak mengaku kekurangan diri dan kite salahkan orang lain yang menilai kite dengan berat badan kite.
Betul, dalam dunia reality ni ade tapi jangan jadikan semua ni alasan utk tak jaga badan!
Dalam perjalanan penurunan berat badan sy, banyak sy blajar utk lebih positive. Lebih sabar, tenang, tak give up, berdisiplin, consistent dan keyakinan diri makin bertambah.
Dari perubahan tu, slow2 sy nampak yg sebenarnya dulu sy terlalu negative dengan diri. Tak percayakan diri, tak nampak potensi diri, tak nak mencuba pengalaman baru yg kononnya tak sesuai utk orang berat berlebihan.
Keyakinan diri banyak main peranan dalam perubahan diri sy. Ikutnye dulu sy mudah sentap dengan issue exercise la, diet la. Selalu mention,
– Biar la aku yg gemuk, ape kau kisah?!
– Aku selesa je dengan diri aku ni!
– Biar gemuk asal hepi!
Semua alasan-alasan penyedap hati di mana jauh di sudut hati sy sangat2 terasa, kecik hati dan kadang2 lost dengan diri sendiri.
Dalam perjalanan nak kurus kita belajar macam-macam
Ingat, dalam perjalanan tu kite belajar macam2 nilai yang lebih positive. Sebab tu sy agak terkilan dengan soalan2, “cane nak kurus cepat?” Dalam perjalanan tu la korang belajar macam
Keypoint dalam post sy ni,
Both penjagaan dalaman n luaran tu penting. Not just a pretty face. Jage kesihatan dimana kite pun tahu berat badan berlebihan tu penyumbang utama kepada masalah kesihatan. Sudah2 dengan alasan gemuk is awesome la comel la n so on. Sudah2!
Berbalik kepada nilai agama (apa agama sekalipun promote good lifestyle) atau humanity. Badan tu amanah kite. Jaga.
Untuk menjawab soalan diatas,
“Penerimaan orang lain bergantung kepada diri sendiri. Jangan mengharapkan penerimaan orang lain kalau diri sendiri tak jaga/sayangkan diri.”
Kita tak boleh lari dari reality/hakikat/stigma/stereotype masyarakat. Might as well, jaga diri both dalaman dan luaran.
Belajar utk kenal diri, cakap dengan diri, sayangkan diri. Dari situ bermula kira lebih bersemangat, consistent dengan progress baik pulih diri kita termasuk issue berat badan.
Ingat, rasa nak give n macam2 bende negative tu memang akan ade. Kuncinya sini, atas diri sendiri.
Own your body. Bukan tadah mengharap belas kasihan yg sendiri tak jaga diri.
——————————
Starting weight : 103kg
Current weight: 44-46kg (maintain)
Aim muscle weight: 48-50kg
Height : 152cm
Duration : 1 year, 2 months
Sumber: Zulaikha Fallen
Ibu Hamil Perlu Ambil Suplemen Untuk Lebih Sihat, Kurang Nutrisi Boleh Jadi Punca Kelahiran Bayi Pramatang, Tak Cukup Berat

Isi Kandungan
Toggle
Kita selalu keliru, perlu ke ambil suplemen ketika hamil? Kenapa perlu ambil suplemen? Tak bahaya ke ambil suplemen ketika hamil?
Persoalan ini selalu bermain di fikiran ibu hamil. Apatah lagi pelbagai isu mengenai suplemen wujud terutamanya di laman sosial yang berprasangka suplemen boleh merosakkan buah pinggang.
Vanilla Kismis mendapatkan kenyataan daripada Profesor di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Prof Dr Azizan Ahmad mengenai hal ini.
Ibu hamil perlu amalkan suplemen tak?
Ya, ibu hamil memang perlu amalkan suplemen apatah lagi jika makanan yang diambil tidak cukup menampung nutrisi yang diperlukan. Suplemen ialah makanan tambahan. Makanan perlu diambil seimbang dengan aktiviti yang dijalankan seharian. Sistem diet yang lazimnya diamalkan tidak mencukupi. Buktinya banyak penyakit dihidapi oleh orang ramai. Sebab itulah kita lihat hospital tidak pernah kosong. Masyarakat kita tidak sihat termasuklah ibu hamil disebabkan oleh pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi.
Apa sebab utama ibu hamil perlukan suplemen?
Sebab utama ibu hamil perlu ambil suplemen ialah untuk memastikan kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Sepanjang tempoh kehamilan, ibu kena sihat dan pastikan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi secukupnya.
Jika ibu abaikan pengambilan nutrisi, bayi dalam kandungan boleh mendapat kesan buruk. Misalnya bayi lahir tak cukup bulan atau bayi lahir tak cukup berat. Ini semua kesan buruk yang boleh dielakkan dengan pengambilan nutrisi yang cukup.
Kalau ibu tidak larat hendak makan raw food, maka suplemenlah yang membantu mencukupkan nutrisi untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Supleman mengandungi vitamin yang bagus untuk kesihatan ibu dan juga perkembangan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Sebab itulah, saya menggalakkan ibu hamil ambil suplemen sepanjang tempoh kehamilan.
Alahan adalah salah satu situasi yang ibu hamil akan alami. Bagaimana suplemen boleh bantu golongan yang macam ni?
Ibu hamil yang mengalami alahan adalah golongan yang sangat perlukan suplemen. Jangan ‘layan’ alahan itu sampai ibu tak makan langsung. Apabila ibu tak boleh nak makan makanan biasa misalnya nasi atau roti, jadi ibu kena ambil suplemen. Tujuannya mencukupkan nutrisi untuk anak dalam kandungan. Ini kerana apa yang ibu makan, anak akan dapat khasiatnya.
Biasanya alahan menyerangan ibu hamil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan. Tempoh ini pula sangat penting untuk kejadian janin yang sihat. Jadi, ibu kena pastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk bayi dalam kandungan. Ini sangat penting.
Apakah nutrisi yang ibu hamil perlukan?
Secara amnya, ibu hamil perlukan sumber makanan dalam bentuk vitamin dan mineral misalnya buah, karbohidrat misalnya nasi dan roti serta protein yang boleh didapati daripada ikan dan daging.
Suplemen bagaimana yang elok untuk ibu hamil?
Saya sarankan ibu hamil dapatkan suplemen yang berasaskan buah dan sayur. Ianya sangat bagus untuk memastikan ibu hamil dan bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang mencukupi.
Ibu kena bijak memilih. Ada banyak suplemen di pasaran. Namun pilihlah yang menggunakan active ingredient. Ini kerana suplemen yang menggunakan active ingredient bagus untuk badan dan tidak memudaratkan.
Ini berbeza dengan suplemen yang bersifat sintetik. Suplemen bersifat sintetik inilah yang bermasalah. Ini kerana bahan yang digunakan ialah bahan sintetik yang sudah pasti ada bahan kimia. Suplemen seperti ini mengatakan mereka gunakan buah tetapi sebenarnya hanya perisa buah yang menyerupai bahan sebenar sedangkan ianya bukan bahan sebenar. Ini bahaya.
Tip penjagaan kesihatan ibu hamil yang ada alahan
1) Jangan layan alahan, ibu kena makan
-Walaupun ibu mengalami alahan, ibu kena usaha untuk makan atau menggantikan makanan dengan suplemen. Bayi dalam kandungan perlukan nutrisi untuk tumbesarannya.2) Cari waktu makan yang ibu selesa
-Jika ibu loya pada waktu pagi, cuba makan pada waktu tengah hari. Jika tidak boleh, cuba waktu makan. Jangan tidak makan langsung.3) Jangan tidur sepanjang hari
-Tidur atau berehat sebenarnya menyebabkan alahan semakin kuat. Ibu kena rajin bergerak atau sekurang-kurangnya melakukan kerja rumah. Kalau dilayan, alahan akan semakin teruk.
7 Perkara Akan berlaku Pada Tubuh Jika Kita Makan 2 Biji Telur Sehari

Isi Kandungan
Toggle
Kebaikan memakan telur ayam sering kali dipersoalkan. Walhal ia telah terbukti melalui pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya.
Tak kira telur rebus, separuh masak, scramble egg dan sebagai, makanlah dalam jumlah dua biji sehari. Sebabnya ada banyak sekali manfaat yang terselindung di sebalik amalan ini.
1. Lindungi otak, baiki memori
Telur turut mengandungi vitamin yang dipanggil choline yang sukar ditemui dalam bahan makanan lain. Ia adalah unsur yang memperbaiki fungsi otak dan memori. Amalan makan 2 biji telur sehari akan memastikan tubuh mendapat cukup nutrien ini.
2. Kurangkan rasa lapar
Telur kaya dengan protein, kajian menunjukkan sarapan yang kaya dengan zat ini akan menyebabkan kita rasa kenyang dalam jangka masa yang panjang. Ia sekali gus mengelakkan pengambilan jajan sebelum waktu makan utama.
3. Kekalkan kesihatan mata dalam tempoh yang lama
Lutien dan zeaxanthin adalah dua jenis antioksidan yang ada dalam telur yang mana cukup baik untuk kesihatan mata. Pengambilan dua bahan ini dalam diet akan mengekalkan kesihatan mata pada jangka masa yang lama.
4. Vitamin D bantu serap kalsium
Kandungan vitamin D yang ada dalam telur cukup penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium yang mana perlu bagi memastikan tulang dan gigi kita kuat.
5. Otot makin sasa
Jika anda dalam usaha membina otot untuk nampak lebih, protien adalah kuncinya, jadi amalkan pengambilan dua biji telur sehari.
Tak perlu elakkan kuning telur kerana kajian menunjukkan bahawa memakan sebiji telur selepas bersenam adalah lebih baik untuk pembentukan otot berbanding hanya mengambil putih telur saja.
6. Hasilkan darah baru
Telur mengandungi banyak unsur folat. Ia adalah jenis vitamin B yang diperlukan untuk pembentukan sel darah merah baru. Cukup penting terutama buat ibu-ibu hamil.
7. Kurangkan risiko kanser
Selain untuk otak, choline yang sangat diperlukan untuk otak, juga mengurangkan risiko kanser. Mengikut kajian, bagi wanita yang makan telur mengikut dosnya, risiko kanser payudara menurun sebanyak 18%.
Sumber: Dailymail