Isteri Sambut Hari Jadi Achey Dengan Cara Paling Istimewa, Hadiahnya Buat Achey & Netizen Menangis Sebak!

Share

 

 

Rasanya ramai yang sudah maklum, pelawak, Achey, dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya telah mengambil anak angkat beberapa bulan lalu. Kehadiran bayi yang dinamakan sebagai Tiara Zinnirah ini jelas dilihat menceriakan lagi rumah tangga mereka berdua selapas  lapan tahun mencuba untuk memiliki zuriat sendiri.

 

 

Malah banyak momen-momen membahagiakan bersama Tiara dikongsi dalam instagram beliau. Terbaru adalah momen Achey meraikan sambutan hari jadinya. Istimewanya Achey menerima hadiah yang paling berharga dengan cara yang paling istimewa hingga cukup terkesan di hati bukan saja Achey tapi netizen yang menontonnya. Sebak weiii….

 

Ujar isteri Achey, tiada hadiah yang paling istimewa untuk diberikan kepada suaminya itu selain daripada kehadiran anak iaitu Tiara Zinnirah. Mendengar ayat dari isteri Achey ternyata tidak dapat menahan perasaannya.

Video yang dimuat naik semalam itu juga turut menerima reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menitis air mata melihat pasangan ini.

Menitis air mata tengok video ni

Korang buat aku nangis

Sebaknya tengok

Sedihnya

 

 

Sumber: https://www.instagram.com/acheykintangkintung/?hl=en

Published by
Maryam Elyas