Tahu suami perokok tapi Jiha Shuib tak menjangka satu hari suaminya akan tumbang secara tiba-tiba.

Tak terfikir untuk membuat simpanan berdepan waktu kecemasan apatah lagi hidup dia dan suami serta dua anak cukup-cukup saja setiap bulan.

Tapi sampailah satu ketika, suaminya tumbang akibat serangan strok. Melihat suami terbaring kaku di hospital, dia gelabah. Pengalaman yang dilalui inilah membuatkan Jiha menitip pesanan ini kepada isteri lain di luar sana.

Tapi katanya selain wang simpanan wang, info penting tentang suami perlu diketahui agar urusan pada waktu kecemasan itu jadi lebih mudah. Ada 7 perkara penting yang isteri kena ‘korek’ daripada suami.

Tak pernah ada persediaan hadapi kecemasan

Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu.

Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.

Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu.

Sampailah satu masa dia tumbang…

Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.

Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.

Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana.

IKLAN

Isteri Tolong Ambil Tahu 7 Info Penting Tentang Suami Untuk Mudahkan Urusan Waktu Kecemasan

Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah.

Selain itu:  'Seburuk Mana Pun Wajah Suami, Saya Takkan Tinggalkan Dia', Hebatnya Kasih Nurr Hidayah!

Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….

Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.

Di sini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.

7 perkara isteri perlu ambil peduli

1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.

2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.

3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.

IKLAN

4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)

5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu.

Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.

Selain itu:  Kalau Banyak Makan Daging Waktu Raya, Amalkan Petua Ini Untuk Turunkan Tahap Kolesterol

6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.

6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.

7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.

Simpan rekod dalam fail yang tersusun.

IKLAN

Kalau suami perahsia sila guna skill malam Jumaat

Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.

Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya.

Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti

“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)

#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.

#catatanjihasaiful #buatadikdankakak #stroke #financial

Sumber:  Jiha Shuib

Artikel berkait: Suami Mati Mengejut Tinggalkan Pinjaman Rumah & Kereta. Wanita Ini Kongsi Cara Uruskannya Sebagai Panduan Wanita Lain

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI