Hidayah Allah akan diterima kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA. Sebagai hamba, kita berdoa supaya Allah menganugerahi kita hidayah kerana itulah salah satu cara untuk mendapat balasan syurga.
Pencetus Ummah Amin (PU Amin) di instagram telah memuat naik gambar bersama penyanyi dangdut tersohor suatu ketika dulu, Iwan. Penampilan Iwan pada hari ini amat berbeza. Selesa berserban dan berjubah sahaja.
Ads
Dalam kapsyen, PU Amin menulis lirik lagu Iwan yang bertajuk Solatlah Dulu.
Namun yang lebih menarik untuk dibaca ialah kisah hidup Iwan yang diceritakan secara ringkas.
Lirik Solatlah Dulu
“Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah..
Ads
Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah….”
Iwan punya kaya payah nak cerita, tidur atas duit
LEGEND Iwan DangDut . Dia punya kaya payah nak cerita la . Dulu sebulan dia ada 20 konsert , satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih . Dia kata tidur atas duit , makan sebelah duit , dalam jamban ada duit..
Tapi hati tak tenang
Tapi masih tak cukup . Duit berjuta juta , tapi tak tenang , tak puas , dah kaya nak nama pulak , dah ada semua , tetap tak tenang tenang , bahagia tak jumpa..
Jauh daripada Allah, kini hidup atas jalan dakwah
Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia . Dia sujud . Baru rasa tenang . Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia . Dia uzlah . Dia ziarah . Dia sedekah . Duit dia infaq pada yang memerlukan . Harta dia untuk jalan Allah . Hidup atas jalan dakwah . Dua Rakaat Semua Masalah Selesai . Dia istiqamah..
TQ abg iwan teman makan asam pedas ikan sembilang ❤️❤️❤️
VK paling ingat lagu Iwan yang bertajuk Wulan. Zaman tu memang hits sungguh lagu-lagu Iwan ni. Tahap popular Iwan masa tu kalau boleh disamakan macam penyanyi Hael Husaini kot. Sana sini orang kenal. Tapi perubahan Iwan ni sungguh menyejukkan hati. Alangkah bagusnya dia infaqkan harta ke jalan Allah. Semoga Iwan bertemu dengan apa yang dicari. Amin.
Jumaat ialah penghulu segala hari. Dalam instagram, Pakar Mata dan penceramah bebas, Prof Dr Muhaya Mohamad menyeru supaya orang lelaki memanfaatkan ketibaan hari Jumaat nan mulia.
Antara nasihat Dr Muhaya kepada kaum lelaki ialah:
1) Mulakan hari dengan membaca surah al-Kahfi.
2) Mandi sunat Jumaat.
3) Potong kuku
4) Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, pada hari Jumaat juga kaum lelaki diwajibkan untuk pergi ke masjid dan menunaikan solat Jumaat. Ada pelbagai perkara baik yang boleh dilakukan dengan tuntutan agama ketika hendak bersolat Jumaat.
Antaranya perkara baik dilakukan ketika solat Jumaat ialah:
1) Pergi awal ke masjid untuk solat Jumaat.
2) Duduk dan dengarlah azan di dalam masjid.
3) Jawab azan dengan tekun.
4) Niat iktikaf di dalam masjid.
5) Sediakan wang untuk bersedekah di masjid.
6) Jangan main telefon bimbit ketika di dalam masjid. Gunakan telefon untuk membaca surah al-Kahfi itu tidak mengapa.
7) Dengar khutbah dengan khusyuk. Elakkanlah berbual-bual.
Selain itu, orang lelaki terutama yang sudah bergelar suami perlu ada niat yang satu ini. Niatlah hendak menyampaikan ilmu yang diperoleh melalui khutbah itu tadi kepada anak-anak dan isteri. Ceritakan pada mereka apa yang telah disampaikan. Panjangkan ilmu itu kepada seisi rumah supaya boleh dimanfaatkan bersama.
Seorang suami perlu ada visi untuk mengajak isteri dan anak masuk ke syurga tanpa hisab. Inilah misi kehidupan yang perlu ada pada seorang suami yang bergelar ketua keluarga. Jika suami ada misi dalam hidup, Allah akan atur kehidupan dengan baik.
VK suka tengok orang lelaki yang bersungguh menunaikan solat Jumaat. Duduk dengan tenang dan bersedia untuk solat. Semoga mereka menjadi lelaki yangh baik untuk jadi khalifah di dunia ini.
Melihat pencapaian Yuna atau Yunalis Zarai di Amerika Syarikat buat kita rakyat Malaysia turut berasa bangga. Malah ramai yang menjadikan penyanyi ini sebagai idola mereka.
Tapi di sebalik kejayaan Yuna mencipta nama di sana tak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka.
Tak pernah bercerita tentang suka duka dan keperitannya sebelum ini namun dalam satu status di instagram beliau baru-baru ini Yuna mendedahkan apa yang dilalui sebelum mengecap kejayaan.
Kongsi RM50 dengan krew
Sama seperti kita waktu payah ujar Yuna dia sendiri selang sehari akan makan mi segera bersama nasi dan sardin untuk berjimat. Penyanyi yang pernah berduet dengan Usher untuk lagi crush ini juga pernah terpaksa berkongsi RM50 dengan angggota kumpulannya malah ada juga mereka bekerja secara percuma kerana tidak bayar.
Setiap kejayaan kita tak kira besar atau kecil kita sebenarnya tak mampu melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang berasa apabila mereka memperoleh suatu kejayaan mereka lakukannya sendiri.
Tapi saya selalu tahu ada orang yang membantu saya ketika saya tak punya apa. Pernah saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew. Ada masanya mereka juga bekerja secara percuma kerana kami tak dibayar.
Semasa awal berhijrah ke LA saya makan mi segera atau nasi bersama sardin selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan di sana terlalu mahal.
Tapi saya ada rakan yang selalu membantu saya dan memberi saya makanan. Tahu lah kan. Semua perkara ini saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih.
Demikian catatan Yuna dalam instagramnya. Yuna baru-baru ini pulang ke Malaysia untuk membuat persembahan dalam acara pembukaan dan penutup Sukan Para Asean KL2017.
Saban hari membuat kerja rumah yang tak pernah berkesudahan, melayan anak seharus para isteri terutama yang tidak bekerja diberikan masa untuk berehat.
“Me Time’ inilah istilahnya. Waktu untuk kaum wanita rehat sendiri, atau pun keluar bersama teman-teman seketika.
Bukan saja untuk isteri yang tidak bekerja tapi yang berkerjaya turut memerlukan masa ini untuk lari seketika dari rutin biasa.
Tapi selalunya wanita serba salah untuk menikmati masa rehat sendiri ini kerana bimbang suami tak mengizinkan walau pun hakikatnya isteri sangat memerlukannya.
Memahami keadaan ini lelaki bernama Akhtar Syamir memberi penjelasan panjang lebar kenapa suami perlu memberikan ‘Me Time’ pada isteri.
“ME TIME”
“Sayang, boleh tak arinie sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak – anak sayang bawak sekali, Ana pun bawak Aiman.”
Belum sempat dia sambung, saya dah cakap “Boleh sayangku, jaga diri baik – baik, jaga anak – anak.”
Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tau, balik pukul berapa pun tak tau. Tapi main bagi je.
Kerana saya nampak nie sebagai peluang. Peluang untuk beri isteri saya dapat sedikit sebanyak “ME TIME” yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak – anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar – ipar Isteri saya tu.
Apa sebenarnya “ME TIME” ni ya?
“ME TIME” ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawak anak ke tak nak.
Pilihan terletak di tangan Isteri tetapi mengikut kesesuaian keadaan jugak. Kalau suami tengah bekerja macam mana nak tolong jagakan anak ye tak?
Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana Isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa – apa dalam hidup adalah amat banyak.
Cuma kita je yang tak tau sebab Isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.
Senario seperti, suri rumah atau Isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja.
Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi – hobi yang lain sambil meninggalkan Isteri di rumah setia menanti cinta hatinya pulang dari “ME TIME” mereka.
Soalan seperti “Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan / ipar / adik beradik jugak” bakal disangkal dengan perkataan “awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je, itu tanggungjawab awak, nak keluar buat apa”?
Amatlah kasihan apabila terjadi perkara sebegini di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya “ME TIME” buat Isteri.
Kenapa isteri perlu ‘Me Time’
Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang Isteri kita buat SETIAP HARI.
1.Isteri perlu rehat
Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas Isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat. Kita kadang – kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja – kerja tu.
Ambil contoh basuh berak anak je. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan je. Sedangkan kalau Isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.
Salah satu komponen dalam “ME TIME” ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat jugak menjadi suri rumah DAN bekerja. Bagilah mereka rehat jugak.
Mungkin ada yang kata “saya tak perlukan ME TIME, saya nak spend masa dengan anak dan suami je”. Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.
2. Bersosial cara isteri
Komponen lain dalam “ME TIME” ialah bersosial. Bila dengar perkataan nie saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang tu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial tu.
Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana Isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan benda nie. Bayangkan hari – hari mengadap muka kita dan anak – anak je. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan – kawan. Janganlah pandang negatif perkara nie kerana ia amat memberi manfaat kepada Isteri kita.
3. Isteri pun ada hobi
Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, bowling dan lain – lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia jugak kan?
Saya bukan nak ajar macam mana nak uruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama nie tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego tu jauh – jauh. Kita bukan sentiasanya betul. Termasuklah saya sendiri.
Berilah “ME TIME” kepada Isteri anda. Mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam – jam mereka window shopping? Belum tentu kan?
Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan Isteri yang happy. Saya selalu tekankan ;
Isteri yang Happy = Keluarga yang happy.
Dan konsep “Kebebasan yang Terkawal” perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang – layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.
Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila – bila.
Fuel pump atau pam minyak merupakan antara elemen penting komponen dalaman kereta anda. Ia berfungsi membekalkan bahan api yang diperlukan oleh enjin dengan konsisten...