
Wow sangat. Itulah yang boleh dikatakan mengenai hadiah yang diterima oleh penyanyi, Mila Jirin. Dia menerima hadiah sebuah kereta mewah Mercedes S400 L AMG daripada suaminya. Hadiah ini bukanlah untuk meraikan hari istimewa. Sebaliknya sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.
Melalui instagram, Mila memuat naik perbualannya dengan suami melalui aplikasi WhatsApp. Suami merangkap pengurus bagi Mila, Isz Mustapha telah menghantar gambar kereta mewah itu dengan kapsyen ‘A gift for you’. Mila pula membalasnya dengan begitu sweet iaitu suami dan anak ialah hadiah paling istimewa buatnya.
En suami send whatsapp…persoalannya “Siapa yang lagi sweeeeeettttt??” @isz_mustapha ? u ???????
A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Pun begitu, pada bulan Jun lalu, Isz telah memuat naik gambar mereka sekeluarga di show room motosikal mewah Harley Davidson. Melalui gambar itu, Isz menulis kapsyen “Tq my love @mila_jirin for approval.” Mungkin hadiah kereta itu sebagai tanda terima kasih kerana Mila telah mengizinkan Isz membeli motosikal tersebut.
Kalau betul, pandai beli jiwa, kan?
Sumber: Mila Jirin & Isz Mustapha
Dah Kahwin, Ada Anak Tak Semestinya Tak Boleh Bercuti Dengan Geng! Girls Trip Hanis Zalikha Buat Para Ibu Teruja

Isi Kandungan
ToggleOrang perempuan bila dah kahwin biasanya jarang dah nak hang out dengan kawan-kawan, apatah lagi nak pergi bercuti bersama.
Walau pun hati teringin nak spend time dengan mereka macam dulu biasanya hajat itu takkan kesampaian. Takde masa, tak sampai hati tinggal anak ini alasannya
Tapi berbeza pulak dengan selebriti Hanis Zalikha walau dah berumah tangga, waktu dengan teman-teman sentiasa ada.
Malah itu bukan halangan untuk dia bercuti dengan teman-temannya. Terbaru Hanis berkongsi girls trip ke Pulau Pinang malah sebelum ini pernah ke Korea bersama teman-temannya.
Inilah me time yang sebenar. Tapi bestnya dia bukan pergi dengan rakan-rakan saja, masing-masing siap bawa anak lagi.
Syok betul tengok perkongsian Hanis ini di instgram miliknya.
Kecoh, kalut bawa anak kecik tapi itulah kenangan manis
Makan tepi jalan
Makan lagi…
Dan lagi…
Lepas tu terjun kolam
Jalan-jalan pulak
Sebelum tu ke Korea…
Dalam pada itu melihat percutian singkat Hanis bersama rakan-rakan mak-mak di Pulau Pinang ramai kaum wanita teruja untuk berbuat perkara yang sama.
Di ruangan komen Hanis masing-masing membuat tag nama rakan-rakan.
Tapi seperti biasa, kaum mak-mak ni suka planning saja, nak jadikan realiti tak tau lah bila…Apapun kalau nak pergi juga girls trip tu perkara paling utama kenalah minta izin suami. Eh terlupa pula nak share hotel paling murah time nak bercuti. Klik sini ya.
Sumber: haniszalikha
Ibu Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-40, Wanie Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta Idaman

Ibu ialah seseorang yang sangat besar ertinya bagi seorang anak. Dialah yang hamil, melahirkan dan memberikan anak kasih sayang sepenuhnya sejak dari si anak di alam rahim lagi. Jadi memang sewajarnyalah kalau anak membalas jasa dengan memberikan sesuatu yang bermakna buat ibu. Walaupun si ibu sebenarnya tak pernah minta pun untuk diberikan apa-apa.
Bagi seorang ibu, asalkan anak itu sihat dan bahagia sudah mencukupi buatnya. Namun seorang anak disaran membahagiakan ibu dan balasannya adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka nanti
Penyanyi yang juga peserta rancangan realiti televisyen, Big Stage, Wani Kayrie semalam menghadiahi ibunya sebuah kereta bersempena sambutan haji jadi ibunya itu. Kereta jenama Honda itu diberikan sempena ulang tahun ibunya yang ke-40.
A post shared by WANI KAYRIE ♡ (@wanikayrie) on
Video ini menunjukkan Wani membuat kejutan dengan menutup mata ibunya sebelum dipimpin ke arah kereta baru. Selepas nampak kereta itu, ibunya memeluk erat Wanie dan masuk ke dalam kereta untuk mencuba kereta yang dihadiakan itu.
Alhamdulillah. Tahun ni ada rezeki lebih kita hadiahkan mama kereta yang dia nak ?❤ Happy 40th birthday mamaku @kaysabah ?? Hope you love the present from us! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki sentiasa! Keep being young & keep rockin! Love you momsie! ?✨ Thank you @hondamalaysia ! #MamaKayTurns40
Melalui instagram juga, ibu Wani yang mesra dipanggil Kay telah memuat naik kegembiraan menerima hadiah hari jadi. Semoga rezeki Wani bertambah murah kerana berusaha menggembirakan hati ibu.
Sumber: https://www.instagram.com/wanikayrie/ & https://www.instagram.com/kaysabah/
Sebenarnya Kembar Tapi Seorang Gugur, Selepas Miliki 4 Anak Syurga, Akhirnya Adam Corrie Dakap Zuriat Pertama

Selepas 10 tahun menanti, melalui empat kali keguguran isteri Adam Corrie, Fazeema Mohd Fuad selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Adam berkongsi berita gembira bergelar bapa melalui posting di instagramnya semalam.
“Alhamdulillah… Bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yg mendoakan kesejahteraan kami.
Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,”demikian tulis beliau.
Terbaru hari ini, netizen terharu melihat beliau selepas berkongsi video memangku cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu sambil mengalunkan zikir.
“Penantian yang membahagiakan,” tulis seorang peminatnya.
Sepatutnya anak kembar tapi seorang gugur
Tak dapat dinafikan Adam dan isteri melalui dugaan hebat sebelum dapat mendakap zuriat pertama mereka.
Selain melalui empat kali keguguran, kehamilan Fazeema kali ini juga merupakan anak kembar yang masa salah seorangnya gugur pada usia dua bulan.
Namun rezeki pasangan ini, seorang anak lagi bertahan walaupun Fazeema mengalami pendarahan sehinggalah selamat dilahirkan semalam.
“Ini adalah kali keempat saya hamil. Saya dah ada tiga anak di syurga. Dan kehamilan saya kali ini adalah kembar, tetapi hampir usia kandungan dua bulan, dengan kuasa ALLAH, saya pendarahan.
“Salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. ALLAH ambil semula seorang anak kembar saya yang ALLAH pinjamkan seketika di dalam rahim saya. Saya alami pendarahan berbulan-bulan lamanya.
“Hinggalah bulan keempat, pendarahan baru berhenti. Ulang-alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah tiga tapi empat anak saya di sana,” kongsi Fazeema di Instagram satu ketika dulu.
Ternyata rezeki anak setiap pasangan berbeza, ada yang mudah dan ada yang perlu melalui dugaan demi dugaan seperti Adam dan Fazeema. Apapun penantian mereka sudah berakhir, sama-sama kita doakan kesihatan isteri dan bayinya. Semoga Baby Lee jadi anak yang soleh.
Sumber: adamcorrielee & Sinar Harian