Punya 12 orang cucu, 8 daripada kelahiran cucunya disambut sendiri oleh Dr. Hamid Arshat. Sesuai dengan statusnya sebagai Pakar Sakit Puan.
Walaupun kebiasaannya doktor perubahan tidak digalakkan merawat ahli keluarga sendiri tapi Ujar Dr. Hamid Arshat dia sentiasa berdia agar urusan bersalin setiap menantunya dipermudahkan.
Cerita menarik ini dikongsi Dr. Hamid dalam Facebook miliknya baru-baru ini.
Alhamdulillah Allah telah kurniakan kami lima orang anak dan 12 orang cucu. Semua kelima-lima anak telah berumah tangga dan masing-masing ada anak.
Tiga orang anak dan 7 cucu duduk di Malaysia berdekatan rumah kami, dan mereka sering mengunjungi kami bila kelapangan.Seorang anak dan 3 orang cucu tinggal di Amerika dan seorang anak dan 2 cucu duduk di Perth Australia.
Dua orang anak saya dilahirkan ketika saya masih menjalani latihan jadi pakar bidan. Tiga orang dilahirkan setelah saya jadi pakar bidan. Walau demikian 4 orang anak saya kelahiran mereka disambut olih pakar-pakar bidan rakan sekerja. Hanya anak bongsu saya, kelahirannya saya sendiri sambut.
Dari dua belas orang cucu, lapan cucu saya sendiri sambut kelahiran mereka. Seorang saya sambut secara bedah cesarean dan yang lain secara normal. Hanya seorang cucu dari luar negara yang lahir di malaysia.
Pada kebiasaan doktor-doktor perubatan tidak digalakkan merawat ahli2 keluarga terdekat kerana ditakuti bila timbul sesuatu kerumitan, ia akan mengganggu dan menjejaskan kecekapannya.
Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan selamatkan segala urusan saya khususnya dalam prosedur2 pembedahan. Manusia memang lemah.
Dapat menyambut kelahiran bayi dan mengazankan merupakan satu nikmat dari Allah. Lagi-lagi jika bayi itu ada kaitan baka dan keturunan sendiri. Betapa gembira seorang datuk dapat menyambut dan menatang bayi dengan tangisan dan sedutan nafas pertama.
Semoga seruan azan saya masuk kedalam jiwanya dan terus kekal hingga keakhir hayatnya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memandunya kejalan yang lurus dan benar serta diredhai Allah. Seterusnya memberkati dan merahmati hidupnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
Doa yang sama saya panjangkan kepada semua anak-anak yang saya sambut kelahiran mereka khususnya dan semua anak2 islam amnya.
Anak lahir fitrah. Ibubapa yang membentuk akidah, perwatakkan, intelek, akhlak, sikap dan tabiat. Didik dengan ilmu yang menfaat.
Ramai diantara datuk dan nenek yang sudah bersara dari kerja dan sekarang bertugas menjaga cucu, ketika ibubapa mereka pergi kerja. Ambil peluang ini untuk mendidik cucu-cucu agar mereka jadi insan yang kamil serta berjaya apabila mereka besar nanti.
Korang macam mana, ok tak kalau pak mentua jadi bidan?
Sumber: Dr Hamid Arshat