Musim haji kembali lagi. Pada tahun ini, menjadi tahun yang begitu bermakna bagi pelakon, Fouziah Gous dan suaminya, Zhafran Yusof kerana mereka dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji pagi tahun 1439H.
Fouziah dan suami ke berlepas ke Tanah Suci Makkah pada hari ini.
Ads
Melalui instagram, Fouziah menyatakan hasrat memohon maaf di atas segala kesalahan yang mungkin dilakukannya kepada sesiapa sahaja sama ada dengan sengaja mahupun tidak. Malah dia juga memohon dihalalkan makan minum dan segala hutang jika ada.
Bagi seorang jemaah haji, kesihatan adalah salah satu faktor yang sangat penting. Justeru, Fouziah turut memohon orang ramai mendoakan agar dia sentiasa sihat sepanjang menyempurnakan ibadat haji.
Ads
Assalamualaikum wbt السلام عليكم •
Syukur Alhamdulillah, saya Fouziah Gous & Zhafran Yusof, dengan penuh takzim ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan menunaikan Fardhu Haji (1439H) dan akan berlepas ke Tanah Suci ???pada *Khamis 16 Ogos 2018*
Di kesempatan ini, kami menyusun ??sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan & kekhilafan yang secara sengaja atau tidak sengaja kami lakukan di sepanjang persahabatan / perkenalan kita. Mohon dihalalkan makan minum saya dan segala hutang, jika ada.
Ads
Doakan kesihatan dan keselamatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti. Terima kasih.
Ikhlas dari kami : ☘*Zhafran Yusof* ☘*Fouziah Gous* #zhafouhaji
Bagi yang tinggal di kampung atau punya tanah terbiar yang tidak diusahakan mungkin oleh mempertimbang untuk mengusahakan penanaman serai. Seekar pun boleh, potensinya cukup besar malah kalau betul caranya boleh mendatang pulangan lumayan.
Perkara ini dikongsi oleh Coach Bahar usahawan Agro Farm yang juga banyak mengendalikan kursus penanaman. Beliau turut menurunkan matematik penanaman serai yang boleh dijadikan panduan bagi yang berminat.
Kalau ikut matematik ini, bagi penanaman serai keluasan seeker dalam tempoh enam bulan boleh memperoleh sekitar RM63 ribu (mengikut harga semasa serai).
Matematik tanam serai
Jika anda tinggal di kampung anda boleh memaksimumkan pendapatan dengan peluang yang ada. Asalnya rajin.
Serai ditanam 6 bulan, termasuk menanam hingga menuai. Walaupun serai macam tanaman yang tak perlu dijaga, serai perlu dibaja untuk pastikan pokoknya gemuk.
Seekar – 43500 kaki persegi.
Serai ditanam 2 kaki x 3 kaki
Dapat 7500 rumpun.
Enam bulan serai dijaga dapat 2 kg serumpun paling ringan.
2kg x 7000 rumpun. Anda boleh mendapat sekitar 14 tan seekar.
1 kg tolak pemborong harganya RM4.5. Tengok tempat macam mana tapi sekarang paling murah pun RM3.5. Jangan keluar sekali gus. Buat plot dan keluar hasil seminggu sekali. 1 tan dijual harganya RM4500. Kiralah sendiri dapat berapa (14 tan x RM4500=RM63k)
Risiko tanam serai
Ada risiko kalau serai kena banjir, itu sebab kena buat parit betul-betul. Ada juga masalah ulat tebuk menyebabkan serai tak ada isi. Itu perlukan racun. Serai perlu dibaja sebulan sekali dari kecil sampai besar boleh dijual.
Tinggal di kampung, ada usaha boleh tanam serai jadi sumber pendapatan. Anda juga perlu berkawan dengan pemborong untuk mereka ambil hasil tanaman. Kalau setakat tanam seekar dua pasaran tempatan pun tak cukup.
Saya tahu, ada yang akan kecam idea saya. Memang ada yang akan cakap itu hanya idea dalam kertas sahaja. Jujur saya cakap, saya buatkan rumah arwah mak dengan harga 500K di kampung 15 tahun dulu dengan sebahagiannya duit serai.
Terpulang masing-masing. Ini cerita projek kecil di kampung sahaja. Ada yang masih memandang rendah dengan potensi pertanian. Pertanian ini nak kena belajar. Sebab itu berbeza pendekatan petani kaya dengan petani miskin.
Satu kajian telah dilakukan oleh satu laman web Quara mengemukakan satu persoalan kepada mereka yang berusia 50-an. Mereka bertanya apa yang sepatutnya mereka akan lakukan pada usia 30 tahun agar dapat menikmati hidup di usia tua.
Kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama seperti di bawah ini. Jadi bagi anda yang berusia 30 tahun tak kira wanita atau lelaki ambil nasihat ini kerana ia memang ada benarnya.
1. Simpan duit
Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.
2. Perbaiki hubungan keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.
3. Jangan tangguh impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan haji, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga.
4. Berhenti makan benda mengarut
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.
5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Tolong jangan tambah berat badan ketika ini kerana percayalah anda sukar untuk kembali kurus.
6. Jangan merokok
Ia mahal, bau busuk dan memang penyebab kepada masalah kesihatan. Tolong buang tabiat ini. Makin lama anda dengan tabiat ini makin berisiko kesihatan anda.
7. Pakai krim pelindung matahari
Sinaran matahari secara terus pada kulit antara punca kedutan Sila pakai krim pelindung matahari jika anda tidak mahu kelihatan lebih tua dari usia.
8. Melancong
Keluarlah melihat dunia sejauh mana yang anda boleh dan mampu. Ibarat kata jauh perjalanan luar pemandangan, melancong mampu mengubah cara pemikiran malah sikap diri.
9. Hargai teman
Seharusnya ketika ini anda sudah punya teman ketawa dan menangis bersama. Hargai mereka dan teruskan silaturahim. Sentiasa berhubungan walau tidak bersua dengan mereka kerana inilah teman anda ketika tua nanti.
10. Beli rumah
Sebaik keadaan kewangan stabil pada usia 30-an beli kediaman sendiri agar anda ada tempat yang selesa untuk pulang selepas seharian bekerja. Jika membeli rumah pada usia ini, besar kemungkinan menjelang umur anda 50-an hutang pun sudah hampir selesai.
Perkara terakhir ini sengaja tidak dimasukkan dalam senarai kerana tak perlu tunggu usia 30 tahun untuk melakukannya. Dalami agama, kembali ke pangkal jalan Pencipta kita kerana ajal dan maut mungkin datang sebelum usia 50 tahun.
Sewaktu usia Ryan baru 3 tahun dia cukup asyik menonton review barangan permainan yang dibuat oleh kanak-kanak di saluran YouTube.
Sehinggalah sampai satu masa dia meminta ibu bapanya membuat satu saluran untuk dirinya sendiri. Melihatkan minat anak itu, ibu bapanya mengikut saja.
Video awal Ryan memaparkan dia membuka kotak Lego dan membuat binaan dan bermain dengannya. Seperti dijangka memang tiada banyak tontonan pun untuk video yang dimuat naik.
Tapi kemudian ibunya mendapat satu idea yang mana membawa rezeki mencurah curah kepada mereka. Si Ibu telah merakam video Ryan sedang bermain dengan lebih 100 mainan dari siri kartun Pixar ‘Cars’ yang diletakkan dalam satu bungkusan berbentuk telur. Video ini dimuat naik dalam dan menjadi viral.
Dari situ dia membuat satu demi satu review mainan. Kini pada usia 6 tahun dia sudah mempunyai 10 juta subcribers YouTube dan ada antara videonya telah berjaya mennarik lebih 1 billion tontonan. Ini yang menjadikan keluarga Ryan kaya raya.
Tahun lepas saluran You Tube yang dikenali Ryan’s ToysReview telah mendapat 11 juta yuran pengiklanan sekali gus menjadikan Ryan personaliti You Tube ke lapan paling berjaya di dunia.
Saluran Ryan’s ToysReview telah dihasilkan oleh keluarga anak kecil ini sendiri. Dan demi menjaga keselamatan, mereka tidak mendedahkan nama penuh Ryan ataupun nama ibu bapa dan juga tempat tinggal mereka.
Apa yang diketahui adalah ayah Ryan merupakan adalah seorang jurutera manakan ibunya pernah bekerja sebagai guru kimia di sekolah menengah sebelum mengambil keputusan berhenti untuk mengendalikan saluran tersebut secara sepenuh masa.
Setiap hari semenjak dua tahun lalu, mereka merakam dua video yang memaparkan Ryan bermain dengan barang permainan atau bercerita.
Bagi kita yang dewasa video Ryan ini mungkin tidak menarik tapi ia cukup mengujakan bagi kanak-kanak berusia antara 3 hingga 7 tahun.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...