Laman

Jagung Isi Penuh, Guna Tip ‘Kahwin’ Bunga Waktu Pagi

Share

Jagung isi penuh dah tentu hasil yang diinginkan bagi yang menanam pokok ini. Namun adakalanya kecewa juga bila hasil dituai isi jagung jarang-jarang.

Kata orang tua sebabnya kerana yang menanam bergigi jarang. Tapi menurut graduan Sains Kimia yang suka berkebun yang mahu dikenali sebagai CEO Ayam Belanda melalui akaun TikTok, hasil jagung sebegini bukanlah memang berpunca dari gigi penanam sebaliknya kerana pendebungaan tidak berlaku dengan baik.

Tip isi jagung penuh, kena bantu kahwinkan bunga

Ujarnya bagi memastikan isi jagung penuh dan rapat kita perlu bantu ‘mengahwinkan’ bunga jantan dengan bunga betina pada pokok jagung.

“Kalau isinya tak penuh bukan sebab yang menanam gigi jarang tapi sebab pendebungaannya tak berlaku dengan baik.

“Nak bagi isi jagung penuh dan rapat kita kena kahwinkan bunga jantan dengan bunga betina.

“Kalau perasan bunga yang diatasnya berdebu ialah bunga jantan manakala yang mempunyai bulu-bulu halus putik jagung ini ialah bunga betina.

Bunga jantan pokok jagung

“Boleh goncangkan bunga jantan supaya debu halus jatuh atas bunga betina.

“Atau boleh kumpulkan debu bunga jantan dan taburkan pada bulu-bulu halus jagung ini.

“Jika buat cara ini memang isi jagung akan penuh dan rapat,”ujarnya.

Bunga betina pokok jagung

Namun pesannya untuk melakukan proses ‘mengahwinkan’ bunga jantan dan bunga betina ini perlu buat waktu pagi antara pukul 8.00 hingga 10 pagi. Ini kerana pada Waktu tersebut bunga jantan sudah memang bekembang dan sesuai untuk buat pendebungaan.

Baca: Kaedah Tanam Jagung Yang Betul Supaya Hasil Berkualiti, Saiz Pun Besar. Panduan Dari Pekebun Jagung

Baca lagi: Tip Rebus Jagung Supaya Jagung Kekal Lembut, Tak Kecut, Masak Cantik. Letak Garam Waktu Ini

Published by
VK