Automotif

Elak Parking Kereta Di Empat Lokasi Ini Sepanjang Musim Hujan

Share

Cuaca sekarang memang tak menentu tapi hampir setiap hari hujan kebelakangan ini.Pada musim hujan ini mungkin akan berlaku banjir dan banjir kilat. Salah satu langkah berjaga-jaga yang perlu kita buat ketika ini adalah memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang selamat dari bencana alam ini.

Justeru kita diingatkan supaya mengelak daripada meletakkan kenderaan di empat kawasan ini sepanjang musin hujan.

1. Lereng bukit

Foto: Astro Awani

Ada banyak kawasan perumahan atau pejabat yang terletak di tepi kawasan bukit. Berhati-hati sekiranya perlu meletakkan kenderaan ini di sini ketika hujan. Ini kerana tanah di lereng bukit ini tidak terlalu kuat.

Sekiranya air hujan yang deras melalui kawasan lereng bukit berkemungkinan terjadi tanah runtuh. Jika perlu memarkir kereta di kawasan ini kena pastikan sentiasa bersedia. Alih kenderaan jika hujan lebat dan selalu update keadaan ramalan cuaca.

2. Kawasan rendah

Meletak kereta di kawasan rendah memang terdedah kepada risiko kereta ditenggelami air akibat banjir kilat. Ini kerana banjir kilat berlaku dengan pantas, air boleh naik sekejap saja apabila hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam saja.

Boleh jadi kereta kita sendiri tak sedar kereta ditenggelami air kerana duduk di dalam pejabat. Jika satu-satu kawasan itu selalu terjadi banjir kilat, elakkan meletakkan kenderaan di sini sekiranya hujan.

3. Tepi pantai dan sungai

Foto: Facebook

Dua kawasan ini antara kawasan yang bahaya dan tidak selamat dalam keadaan hujan. Jadi jangan memarkir kenderaan berhampiran dengan sungai dan pantai dalam keadaan cuaca sebegini.

Selain risiko banjir, keadaan air pasang juga boleh menyebabkan kereta kita dihanyutkan. Walau pun kita rasa dah parking jauh dari sungai atau pantai tapi fenomena air pasang tak boleh dijangka.

4. Bawah pokok

Foto: Astro Awani

Meletakkan kenderaan di bawah pokok memang tak selamat ketika hujan. Biasa berlaku hujan lebat akan datang bersama dengan angin kuat atau pun ribut.

Kereta boleh rosak ditimpa dengan dahan-dahan pokok jika berlaku angin kuat. Jika sekadar ranting, tak mengapa tapi kalau dahan atau pokok yang tumbang memang besar kerosakan pada kereta. Dah tentu akan menyusahkan.

Jadi bebelum berlaku kejadian tak diingini beringatlah sebelum meletakkan kenderaan. Jika terpaksak meletak kenderaan di kawasan ini sentiasa berhati-hati dengan keadaan cuaca. Sekiranya hujan, alihkan kenderaan supaya dalam keadaan selamat.

Sumber: Baterihub

Published by
VK