Tangan pijar memang kejadian biasa berlaku bila di dapur, terutama bila menggunakan cili.
Bila tangan dah panas memang rasa terlalu lama untuk hilang. Seksa hingga kita akan rendam atau cuci tangan dengan air.
Tapi kan guna air saja untuk hilangkan pijar sebenarnya silap. Ada perkara lain lagi yang perlu dilakukan untuk atasi rasa pijar ini. Caranya dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Saadan.
Cara betul hilangkan tangan pijar, tak cukup guna air saja
“Doktor, tangan saya pijar! Macam mana nak hilangkan? Seksa, doktor!”
Kadang-kadang, ada pesakit datang ke klinik sebab tangan dia pijar selepas dia menyambal. Kesilapan utama yang dilakukan oleh ramai orang adalah, mencuci dengan air sahaja.
Tangan kita pijar selepas pegang cili adalah kerana cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini, akan merangsang reseptor deria sakit. Kalau kena kulit, kita rasa pijar, kalau kena lidah, kita rasa pedas.
Capsaicin ni, ia tak larut air. Kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, capsaicin ni sukar nak tanggal dari kulit kita. Capsaicin ni larut dalam minyak/lemak. Oleh itu, kita gunakan:
1. SUSU
Ads
Susu berlemak dan mengandungi sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.
2. MINYAK
Jika nak cuci tangan guna susu, rasa macam membazir pula. Jadi kita boleh gunakan minyak. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.
3. CUKA
Ads
Capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau, atau sos tomato.
4. ALKOHOL
Capsaicin juga boleh dilarutkan dengan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena gunakan banyak.
Ads
5. LOSYEN
Gunakan losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari capsaicin tadi.
Selain mencuci gunakan bahan-bahan tertentu, capsaicin juga boleh ditanggalkan menggunakan geseran. Maknanya kena gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kelapa.
Ramai yang suka makan hidangan mi, baik mi goreng, mi kari, mi sup dan sebagainya. Tapi satu perkara yang selalu buat spoil, iaitu bila mi kuning ini ada rasa kapur. Terus potong selera untuk makan bila terkena mi yang begini.
Supaya tak hidang atau makan mi begini sebaiknya kita buat langkah ini untuk hilangkan terus rasa kapur pada mi kuning. Caranya pun cukup mudah cuma guna gula saja. Dikongsi oleh Aliabangs berikut adalah caranya.
Tip mudah hilangkan rasa kapur pada mi kuning
1. Leraikan mi dalam satu bekas yang besar.
2. Masukkan air sama ada air paip atau air bertapis tapi mesti suhu bilik.
3. Masukkan gula perang/ gula putih. Ini kuantiti gula untuk mi makan 20 orang. Jangan bimbang mi takkan kembang.
4. Rendam selama 15-20 minit.
6. Kemudian buang air, tos dan bilas lagi sekali.
7. Seterusnya boleh hidang atau masak, mi dah langsung tiada rasa kapur.
Ini pula air rendaman mi dengan gula tadi, kuning ya.
Boleh juga tonton video langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Alia.
Bagi yang tinggal di apartmen, flat atau rumah teres yang keluasannya terhad, foldable table ini idea yang sangat praktikal.
Boleh dibuat di dapur atau dalam bilik. Ia juga pelbagai guna, boleh jadi meja belajar anak, meja gosok pakaian dan macam-macam lagi. Paling penting ia guna banyak ruang. Selesai guna lipat di dinding dan ruang akan jadi luas balik.
Terima kasih kepada Farah Fauzana Ismail berkongsi tutorial membuat foldable table untuk ruang belajar anaknya. Menggunapakai meja belajar yang lama, modalnya untuk menghasilkan foldable table ini cuma RM17.30 saja. Menarikkan!
Barang yang diperlukan untuk 1 meja
Meja study kanak-kanak
Adjustable bracket (beli di MR DIT RM13.90)
Wallpaper (RM3.40)
Total RM17.30 sahaja
INFO
Meja study memang dah sedia ada, kalau tiada oleh beli harga dalam RM13 di MR.DIY
Boleh juga kalau nak guna plywood tapi agak mahal dan leceh kena cat. Lagi jimat beli yang dah siap.
Step by step buat foldable table
1. Ini meja asal anak.
2. First step buka la dulu segala jenis skru dan bracket tu. Kita nak ambil papannya saja.
3. Ini rupa asal permukaan meja, macam tak kena pulak dengan tema nak deko-deko.
4. Jadi kita tutup hiasan kartun tu dengan wallpaper. Walaupun teringin wall paper warna putih tapi takut cepat kotor.
5. Inilah rupanya adjustable bracket tu. Memang dijual sepasang. Satu set utk satu meja. Ada banyak saiz, macam dalam gambar ni saiz 12 inci. Ada tulis di bahagian atas.
6. Next pasang bracket
7. Siap kedua dua belah,
8. Tanda ikut ketinggian dan keselesaan anak sebelum drill lubang untuk pasang meja ni.
9. Taraa dah siap ya.
TIP
Bila nak lipat meja tu kena angkat dulu sikit ke atas baru boleh klik butang supaya boleh lipat. Kalau tekan dan terus lipat ke bawah memang keras dan tak bergerak. Mungkin untuk safety.
Boleh jadi meja in 1, meja study + tempat santai-santai baca buku.