Sejak mengeluarkan kenyataan mahu mencari calon suami dengan kriterianya, pelbagai kisah dikaitkan dengan Dato’ Seri Vida walaupun hakikatnya wanita ini belum pun terdesak untuk kembali berumahtangga selepas bercerai April lalu.
Rimas mendengar komen dan suara suara sumbang, hari ini anak pengasas produk Qu Puteh tampil memberikan amaran kepada lelaki-lelaki di luar sana.
Video yang dimuat naik dalam instagram Dato’ Seri Vida itu menampilkan anaknya Cik B berpakaian seperti rapper sambil berbicara dengan gaya tersendiri.
“Jangan siapa siapa dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama, saya tak bagi. Siapa-siapa pun, semua nak perhatian, nak duit semua tu. Saya tau lah,” ujar Cik B yang turut menunjukkan bakatnya dalam beat box.
“CikB naik marah @cikb_havoc66 Dia marah sape sbenarnya ni syg? Tak faham saya balik keje tetiba cakap. Jgn ada sesape ganggu mama.”
Demikian ulas Dato’ Vida tentang video anaknya itu. Video tersebut yang dimuat naik hari ini pantas mendapat reaksi daripada pengikut Dato’ Seri Dr. Vida yang kini mencecah 1.4 juta.
So sekarang macam mana berani ke nak dekat lagi!
Sumber: Instagram Dato’ Seri Dr. Vida