
Isi Kandungan
ToggleSiapa tahu rupanya pisang bukan saja sedap dimakan, tetapi kulitnya juga mempunyai manfaat tersendiri.
Selain untuk mencantikkan kulit wajah, ia juga sebenarnya boleh dijadikan baja semula jadi terutama untuk pokok hiasan yang ditanam dalam rumah.
Perkongsian dari Huda Zainal ini memberitahu cara bagaimana membuat baja daripada kulit pisang ini.
Menurutnya kilit pisang perlu direndam selama dua hari dua malam sebelum diagihkan pada semua pokok hiasan.
Baja semula jadi ini juga boleh diamalkan semburan airnya pada pokok sebulan sekali.
Tambahnya juga air rendaman kulit pisang ini juga tinggi dengan potassium selain kandungan nitogen, phosphorus dan magnesium yang mampu membuat pokok ‘gembira.
Dan katanya lagi jika risau kehadiran fruits flies atau unggas, carikan bancuhan air rendam pada nisbah 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa) dan boleh disembur pada pokok.
Selain itu, kulit pisang yang telah direndam juga boleh dipotong kecil-kecil dan tanam sedikit dalam pasu berpokok. Ia juga boleh menjadi baja semulajadi.
Baja semula jadi dari kulit pisang
Cara membuatnya:
1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.
Artikel berkait:
Roti Pun Boleh Jadi Baca, Ini Cara Buatnya
Tip Tanam Terung Supaya Berbuah Lebat
Nak Kurangkan Kemudaratan Tembakau? Beralihlah Kepada Alternatif Bebas Asap

Isi Kandungan
ToggleDah ‘berbuih’ mulut nasihat pasangan, atau ahli keluarga yang merokok supaya tinggalkan tabiat ini tapi tetap tak jalan.
Situasi ini mungkin turut anda alami. Tak dinafikan ada yang berusaha berhenti tapi ramai juga putus asa separuh jalan dan kembali merokok.
Hakikatnya meminta perokok tegar meninggalkan rutin yang dilakukan mungkin berpuluh tahun memang agak sukar.
Akan tetapi seiring dengan perkembangan teknologi telah ada alternatif untuk golongan tegar ini terutama dalam mengurangkan risiko kemudaratan.
Caranya adalah dengan mengelakkan membakar rokok atau dengan kata lain memilih produk bebas asap. Ada beberapa produk sebegini di pasaran seperti e-rokok atau vape, tampalan nikotin ataupun produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product atau HTP).
Cuma masih ramai dalam kalangan perokok tegar ini belum mendapat pendedahan tentang alternatif bebas asap (free smoke alternative) ini dan bagaimana ia boleh membantu mengurangkan kemudaratan pada diri mereka dan orang sekeliling.
Sebab itu bagi meyakinkan mereka agar beralih kepada produk atau alternatif bebas asap yang kurang berbahaya golongan ini terlebih dahulu perlu memahami kenapa pilihan itu harus dibuat. Mengapa mereka harus elak bakar rokok dan memilih produk tanpa asap?
Apa terjadi bila rokok dibakar
Apabila rokok dibakar ia akan menghasilkan asap yang mengandungi sekurangnya 6,000 bahan kimia di mana 100 daripadanya telah diklasifikasikan berbahaya.
Asap rokok inilah yang mencetuskan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser paru-paru, strok dan sebagainya. Malah orang sekeliling yang menghidu asap rokok juga terdedah kepada bahaya ini.
Kesan buruk bukan sebab nikotin
Nikotin memang terkandung dalam tembakau dan mencetuskan ketagihan, namun ia bukanlah punca utama penyakit berkaitan merokok. Kesan buruk itu berlaku akibat asap yang dihasilkan bila rokok dibakar.
Berbeza dengan penggunaan produk bebas asap, ia membolehkan nikotin disalurkan tanpa perlu sebarang pembakaran. Namun pada masa yang sama produk ini tetap memberi kepuasan kepada perokok tegar sekali gus membantu mereka meninggalkan rokok dengan lebih mudah.
Tar rokok
Tar terhasil bila rokok dibakar namun ia bukanlah sejenis bahan sebaliknya ukuran untuk menentukan berat zarah selepas sisa nikotin dan air dikeluarkan asap rokok. Tar sejak dulu digunakan sebagai standard ukuran dalam penghasilan rokok.
Bagaimanapun secara amnya tar tidak digunakan sebagai ukuran untuk produk bebas asap memandangkan wap yang terhasil adalah berbeza kerana tiada pembakaran berlaku.
Elak bakar kurangkan kesan kemudaratan
Konsep pengurangan kemudaratan menekankan untuk mengurangkan kesan negatif terhadap perlakuan manusia. Begitu juga tujuan penggunaan produk bebas asap kalangan perokok.
Sememangnya cara terbaik adalah dengan tidak memulakan atau berhenti menggunakan produk tembakau dan nikotin. Tapi bagi perokok tegar cara ini tidak begitu realistik.Justeru produk bebas asap adalah alternatif untuk menurunkan risiko kesihatan buat mereka.
Tanpa membakar tembakau atau beralih ke produk bebas asap, perokok boleh mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya. Ia sekaligus mengurangkan risiko pada kesihatan diri sendiri dan juga orang sekeliling terutama keluarga tersayang.
Alternatif bebas asap
Terdapat beberapa jenis produk bebas asap di pasaran antaranya seperti produk tembakau yang dipanaskan atau heated tobacco products (HTP), vape atau e rokok, snus dan juga tampalan nikotin.
Semua ini adalah jenis produk tanpa asap yang menggunakan kaedah berbeza untuk mengolah nikotin tanpa membakarnya. Ia juga telah melalui penyelidikan saintifik untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pengguna.
Produk ini juga sudah tersedia di pasaran termasuk di Malaysia sendiri, terpulang kepada golongan perokok untuk menilai alternatif yang kurang memudaratkan buat diri mereka dan orang sekeliling.
Awas, 10 Jenis Ubat Gastik Ini Berisiko Penyebab Kanser! KKM Sudah Tarik Balik

Korang yang selalu ambil ubat untuk sakit gastrik, pedih ulu hati dan ulser perut harap periksa ubat yang dimakan.
Sebabnya beberapa hari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanggil balik 10 produk berdaftar yang mengandungi bahan aktif Ranitidine.
Ranitidine adalah ubat yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan ulser perut dengan cara mengurangkan kadar pengeluaran asid di dalam perut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut disahkan mengandungi impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) melebihi had dibenarkan.
Menurutnya, penilaian dan ujian makmal ke atas produk terbabit dilakukan KKM dan syarikat pemegang pendaftaran produk serta maklumat semasa daripada badan regulatori antarabangsa.
“Ubat mengandungi Ranitidine bagi pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan ulser perut ini biasanya digunakan dalam jangka masa pendek iaitu beberapa hari sehingga beberapa minggu.
“NDMA merupakan salah satu impuriti daripada kumpulan nitrosamine yang biasa ditemui pada paras yang rendah. Antaranya dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara dan hasil daripada proses pengilangan tertentu.
“Berdasarkan International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang,” katanya
10 produk terbabit adalah:
- Zantac Injection 50mg/2ml (MAL19950591ARZ)
- Zantac Syrup 150mg/10ml (MAL19910829ACRZ)
- Zantac Tablet 150mg (Tidak dipasarkan di Malaysia) (MAL19871471ARZ)
- Hyzan Tablet 150mg (MAL19984063AZ)
- Vesyca Film Coated Tablet 150mg (MAL19991131AZ).
- Apo-Ranitidine 300mg Tablet (MAL19988448AZ)
- Apo-Ranitidine 150mg Tablet (MAL19986966AZ)
- Ranitic Tablet 150mg (MAL19988460AZ)
- Pharmaniaga Ranitidine Tablet 150mg (MAL19987368AZ)
- Pharmaniaga Ranitidine Tablet 300mg (MAL19987370AZ).
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
5 Tanaman Ini Bukan Saja Boleh Bersihkan Udara Dalam Rumah Tapi Turut Menyejukkan Ruang

Isi Kandungan
ToggleRamai yang menanam pokok ular atau lidah ular dalam rumah kelebihannya yang mampu membersihkan udara dalam rumah secara semula jadi. Pokok ini dikatakan melepaskan karbon diaoksida waktu malam dan menukarnya kepada oksigen.
Bagi yang tiada air freshner setidak-tidaknya pokok ini mampu memberi udara yang lebih bersih dalam kediaman.
Ini yang diviralkan tapi sebenarnya ada lagi beberapa jenis pokok yang boleh kita tanam dan letakkan dalam rumah untuk fungsi yang sama. Malah ada antara pokok ini mampu menyerap racun dalam udara dalam kadar yang tinggi.
Pokok-pokok ini juga hijau dan cantik untuk menyerikan kediaman, jadi daripada tanam pokok bunga yang kita tak tahu manfaatnya lagi elok tanam yang ini.
1. Pokok sirih gading
Pokok yang dikenali juga sebagai Devil’s Ivy ini kalau diperhatikan selalu ditanam dalam pejabat. Sangat cantu kalau diletakkan dalam pasu kecil. Ia menyerap fomaldehyde dan toksin berbahaya yang lain.
2. Aloe Vera
Selalu kita tanam pokok ini di luar rumah. Kegunaanya yang kita tahu untuk kecantikan kulit saja. Tapi ada lagi kebaikan pokok aloe vera ini. Kalau diletakkan dalam rumah ia mampu membunuh bahan kimia berbahaya di udara seperti benzena. Daripada terbiar di halaman bawa masuk dalam rumah ya.
3. Monstera deliciosa
Daun pokok ini memang cantik. Sangat bermanfaat jika diletak dalam rumah kerana mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.
4. Dracaena
Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang berkuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.
5. Spider plant
Kelebihan meletakkan spider plant dalam rumah ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
Dalam pada itu kehadiran pokok-pokok hijau ini di dalam rumah bukan saja membersihkan udara tapi juga menyejukkan pandangan dan suasana dalam rumah.
Sumber: Tips Hias Rumah