
Isi Kandungan
ToggleJangan tak tahu ada kalanya barangan lama yang mahu dibuang seperti almari boleh digunakan semula menjadi sebahagian aksesori berguna.
Seperti perkongsian dari Norpadilah Afandi yang berjaya transform laci almari mahu dibuang ini menjadi penyangkut serbaguna.
Tidak perlukan bajet mahal sebaliknya barangan lain boleh dibeli dikedai RM2.
DIY Multipurpose Hanger
Bahan-bahan
Pintu laci tak digunakan
Kain buruk
Cat shellac woodstain colour meranti
Penyangkut
Cara membuatnya:
1. Bersihkan pintu laci yang tak digunakan.

2. Cat guna kain buruk saja untuk dapatkan rustic look. Gunakan cat shellac woodstain colour meranti.

3. Kemudian keringkan cat dan bolehlah dipasang penyangkut ikut keperluan.

4. Setelah siap inilah hasilnya. Boleh dijadikan penyangkut cawan atau apa saja.

Artikel berkait:
DIY Rak Bajet Dari Bakul Plastik
DIY Baiki Drawer Rosak, Cuma Tukar Rail Saja
Berbaloi Tanam Timun Mini, Lebih Rangup Dan Manis. Ini Cara Tanamnya

Macam timun biasa tapi saiznya kecil. Timun mini ini memang rangup, manis dan sedap dimakan mentah.
Bagi peminat ulam yang suka bercucuk tanam, timun mini ini antara yang cuba ditanam sekitar rumah. Bagi yang nak cuba tanam boleh cuba mengikut panduan Umi Watie.
Panduan tanam timun mini
Timun mini (Cucumis satives) merupakan sejenis timun kecil yang semakin popular ditanam terutama di beberapa Negeri Pantai Timur seperti Pahang, Kelantan dan juga Terengganu semenjak sekian lama.
Bagaimana pun timun mini amat sesuai dimakan segar atau dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan, budu dan dimakan terus begitu sahaja. Timun ini sama dengan timun biasa, daripada famili Cucurbitaceae yang ditanam dalam masa singkat sahaja sekitar 2 bulan dah boleh kutip hasil.
- Alhamdulillah hasil timun mini dari 3 pokok. Buah yang rangup dan manis sesuai untuk dibuat ulam. Cicah budu atau sambal belacan memang syok habis.
2. Ini pula benih yang digunakan. Boleh dibeli dikedai pertanian, pasar raya atau Shoppe.
3. Pokok timun ini ditanam dalam bekas polisterin. Satu polisterin tanam 3 pokok. Saya gunakan iron mesh yang dibeli di kedai hardware sebagai pancang. Bekas polisterin perlu ditebuk dibahagian bawah.
4. Anak pokok timun mini di awal pertumbuhan. Anak timun, pokok timun sangat sukakan cahaya matahari. Sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam matahari penuh. Siraman air sebanyak 2 kali sehari.
5. Baja yang digunakan untuk pokok timun ini adalah tinja ayam, cuka kayu dan air rendaman kulit bawang. Kulit bawang sangat bagus untuk menguatkan akar pokok. Seawal dua minggu dah boleh siram dengan air rendaman kulit bawang pada anak pokok supaya akar kuat dan sihat.
6. Timun mini hanya berukuran 6 – 8 cm berwarna hijau muda dengan isi yang manis.
7. Nampak tak ada dua timun di situ. Kanan timun yang berjaya didebungakan dan menjadi putik buah.
Sebelah kiri pula adalah timun yang kecundang. Selalunya saya buang timun yang tak menjadi supaya pokok dapat fokus pada buah timun yang sihat dan kuat.
8. Ini adalah bunga jantan. Kebiasaannya pada awal pertumbuhan banyak bunga jantan yang keluar dulu. Jadi bila bunga betina keluar maknanya pokok telah bersedia untuk berbuah. Oleh itu, disyorkan tanam lebih dari sepokok supaya dapat memaksimakan pengeluaran bunga
9. Timun memang berduri. Bila duri dah tak berapa tajam maksud dah boleh dituai.
Semoga bermanfaat
Sumber: Umi Watie.
Cara Buat Chinese Chili Oil Homemade Yang Pedas ‘Giler’. Makan Dengan Apa Saja Pun Sedap

Isi Kandungan
ToggleKalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail, chili oil ini kena ada. Lagi sedap jadinya hidangan. Tapi bukan saja dengan bubur atau sup, makan dengan apa saja pun sesuai.
Chili oil ini akan jadi penambah keenakan, dapat pula yang pedas. Memang ketagih. Chili oil Chinese stail ini elok sangat buat sendiri untuk kegunaan di rumah. Bagi yang suka pedas guna cara yang dikongsi oleh Mary Teo Lee Na.
Cara buat Chinese chili oil yang pedas sedap
Homemade Chinese Chili Oil dah siap. Makan bersama pau goreng atau makan dengan apa saja pun sedap. Warning, pedas giler!
Bahan-bahan
100gm cili kering pedas
1 sudu kecil biji bijan putih
*1 1/2cawan besar minyak
*1 batang kayu manis
*2 bunga lawang
*3 daun salam kering
*6 biji cengkih
*1 sudu kecil lada hitam kasar
*1/2 sudu besar garam
*1/2 sudu kecil jintan manis
*1/2 sudu kecil jintan hitam
*1/2 inci halia dihiriskan
Bekas kaca – ‘sterilized’ untuk simpan cili
Cara membuat
1. Cili kering pedas dibasuh dan sangai diatas kuali sehingga merah gelap.. Sejukkan dan blendkan sehingga jadi cili flakes. Bahagikan kepada dua, satu bahagian dimasak dalam minyak dan satu bahagian dalam bekas kaca
2. Biji bijan putih disangai sehingga kuning, kemudian masukkan dalam bekas cili tadi.
3. Masukkan semua bahan bertanda dalam periuk dengan minyak. Masak guna api sederhana dalam 5 minit sehingga minyak mendidih. Matikan api dan tapiskan minyak dari rempah-rempah.
4. Masukkan semula minyak tadi dalam periuk dan masukkan sebahagian cili tadi dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan keluar bau wangi cili.
5. Matikan api dan tuangkan terus panas-panas ke dalam bekas yang diisi dengan sebahagian cili dan biji bijan tadi.
6. Gaul dengan sudu bersih dan kering. Masukkan garam. Tunggu sehingga sejuk baru tutup dan simpan.
Selamat mencuba
Sumber: Mary Teo Lee Na.
Buat Sendiri Pepes Ayam Yang Sedap & Cukup Rasa. Baru Puas Makan

Macam sata ikan tapi yang ini dibuat dari ayam. Hidangan pepes ayam dari Johor ini memang sedap, cuma jarang jumpa di kedai makan di Lembah Klang
Kalau teringin, kenalah cuba buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nur Izzati Zulkifli.Cara ini mudah, kali pertama buat pun menjadi.
Buat sendiri pepes ayam sedap & cukup rasa
Alhamdulillah, pertama kali cuba buat pepes ayam. Menjadi, cukup semua rasa cuma cara lipat saja kena perbaiki.
Bahan-bahan
Isi ayam (blend kering sampai lumat)
Telur -2 biji
Cili boh -1 senduk
Daun pisang
Garam
Gula
Serbuk perasa
Santan kotak -setengah kotak kecil
Bahan kisar
Bawang merah -5 biji
Bawang putih -6 ulas
Halia -1 inci
Kunyit hidup -1 inci
Jintan manis -2 sdb
Jintan putih -2 sdb
Ketumbar -2sdb
Serai -3 batang
Cara membuat
1) Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar (kecuali isi ayam dan telur). Masukkan sekali cili boh 1 senduk. Masak sehingga pecah minyak (minyak jangan banyak ya).
2. Masukkan santan kotak dan gaul sebati.
3) Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
4) Bila sudah masak tuang adunan dalam bekas dan biarkan ia sejuk.
5) Bila dah sejuk campurkan dengan isi ayam kisar bersama dengan telur 2 biji. Gaul rata.
6) Potong daun pisang (layurkan sekejap).
7) Letak 1 sudu bahan tadi atas daun pisang dan cucuk lidi (saya pakai stapler saja,waktu nak makan kena hati-hati).
8) Kukus selama 20 minit.
9) Siap kukus boleh bakar sekejap. Siap!
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Izzati Zulkifli.