Kalau dah namanya duit, walau koyak tetap kita sayang nak buang. Selalunya kita simpan saja.
Perlu diketahui duit kertas yang terkoyak ini sebenarnya masih bernilai sekiranya ditukarkan di Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, Abdul Rahman Al Amin Ismail
, memberitahu duit kertas yang ditukarkan ke BNM ini mempunyai nilai separuh atau penuh, bergantung kepada saiz.Dengan kata lain kalau koyak sikit bermakna kita boleh dapat nilai yang sama dengan duit yang koyak. Jika koyak separuh, nilai yang kita terima pun separuh.
Namun menurutnya jika wang kertas berkenaan mempunyai kurang 1/2 daripada saiz wang asal, ia sudah tidak mempunyai nilainya.
Jadi selepas ini jika mempunyai wang kertas lama yang terkoyak, jangan buang. Boleh kumpul dan pergi ke BNM untuk mendapatkan nilainya semula.
Boleh juga rujuk di laman web Bank Negara Malaysia untuk kriteria Kualiti Mata Wang Malaysia.
Artikel berkait:
Tip Beli Emas Baru Tanpa ‘Trade In’
Ini Caranya Kalau Silap Transfer Duit Nak Dapat Balik