
Kerusi kayu ini sinonim sangat dengan rumah kayu. Mesti ada dalam setiap rumah kat kampung. Bila dah datang rekaan perabot baru kebanyakannya dah tak digunakan. Letak tepi rumah terbiar begitu saja.
Tapi kita tak tahu sebenarnya kerusi kayu lama ini boleh diubah suai dijadikan kerusi yang cantik sesuai sangat dengan rumah moden sekarang.
Boleh tengok ilham dari Fithry Anaqi ini.
Makeover kerusi kayu lama jadi moden
Old is Gold.. Terjumpa 3 beradik ni dekat kedai second hand. Terus beli dan jadikan anak angkat. Kita make over sikit bagi moden.
Tukang repaint – Hazieq Zhafran
Tukang kusyen – GK Perabot
Tukang fikir – Fithry Anaqi
Inilah kerusinya sebelum makeover.
Keruis deraikan dulu dan cat semula
Selepas dicat
Kusyen pun ganti dengan stail moden sikit.
Hasilnya bila dah disatukan, cantikkan. Terus nampak moden.
Kerusi single
Sumber: Fithry Anaqi
Cara Sukat Air Untuk Masak Agar-Agar Supaya Hasilnya Menjadi Cantik!

Isi Kandungan
Toggle
Buat agar-agar ni nampak senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Sebab utama adalah kerana salah sukatan air. Kurang air keras, terlebih air lembik berair pulak.
Jadi macam mana sukatan air yang tepat supaya agar-agar kita menjadi. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaleha Rusli ini.
Tip untuk beginner masak agar-agar dengan cantik
1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.
3. Nisbah agar-agar dengan air/apa apa cecair(termasuk susu/santan dsb) adalah seperti berikut:
Nisbah Agar-agar : Cecair
- 1 bekas agar-agar : 4 bekas air (hasilnya : keras-keras manja tapi kalau suka keras sikit ok dah cantik )
- 1 bekas agar agar : 4.5 bekas air (hasilnya : sedang-sedang saja)
- 1 bekas agar-agar : 5 bekas air (hasilnya : lembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat).
4. Nisbah air 4 atau 5 bekas ikut kekentalan yg disukai. Contoh anggaran agar-agar dalam 1 gelas, maka letak sukatan airnya 4 ke 5 gelas ikut kekentalan agar-agar yang kita mahu.
5. Jika letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas.
Insya Allah jadi agar-agar. Cubalah!
Sumber: Zaleha Rusli
Gambar hiasan : resepisenang.com
Jika Peniaga Emas Kata Emas Calit Putih Tak Laku Dijual Jangan Terpedaya. Awas, Ini Taktik Mahu Untung Lebih!

Isi Kandungan
ToggleBila dah lama pakai barang emas baik gelang, rantai atau cincin biasanya ramai yang berhajat untuk menukarnya kepada rekaan yang lebih baru.
Tapi awas dengan taktik tauke kedai emas bila barang contohnya gelang yang ingin ditukar mempunyai saduran chrome atau calit putih.

Menurut perkongsian pengedar emas Public Gold, Diana @dhieyanaj93 ada kedai emas yang mahu ambil untung lebih, mengatakan emas yang ada saduran chrome ini tidak laku dan mahu mengambilnya dengan harga murah.
Jangan terpedaya dengan taktik ini! Katanya penting untuk diketahui bahawa harga emas yang mempunyai chrome adalah sama harganya dengan emas kuning.
Melainkan barang kemas itu mempunyai batu permata barulah ia akan diasingkan untuk ditimbang bagi mendapatkan berat emas yang sebenar. (Boleh klik SINI untuk video Diana di TikTok)
@dhieyanaj93Awas dengan strategi ini! #TakMatiSimpanEmas #DianaJohn93 #DohNyam #Kewangan #Emas♬ original sound – Diana
Apa yang calit-calit putih pada emas?
Calit putih pada barang emas itu bukanlah emas putih. Ia adalah saduran chrome ke atas emas yang diletakkan supaya nampak lebih cantik dan trendy. Bila sudah lama dipakai, chrome ini akan hilang dan kembali kepada warna emas yang asal iaitu kuning. (Boleh klik SINI untuk video di TikTok)
@dhieyanaj93Chrome bukan emas putih tau.😁 #TakMatiSimpanEmas #DianaJohn93 #DohNyam #Kewangan #Emas♬ original sound – Diana
Kenapa emas putih murah
Menurut Diana emas putih mengalami emas yang mengalami proses pelunturan atau ‘bleaching’. Ia dicampur dengan logam nikel bagi menampakkan ia seperti platinum. Emas putih lebih murah berbanding platinum kerana platinum memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk meleburkannya.
Kualiti emas putih adalah 17k dan harganya lebih rendah berbanding emas biasa. Ia tidak sesuai dibuat sebagai pelaburan kerana kadar spread boleh mencapai 70% bila dijual semula. Emas putih hanya sesuai sebagai perhiasan dan barang kenang-kenangan.
Sumber : Diana @dhieyanaj93
Ramai Salah Buat, Ini Cara Betul Cairkan Coklat Kaedah Double Boiler! Barulah Hasil Coklat Cantik Berkilat

Banyak biskut dan kek yang menggunakan coklat cair melalui kaedah double boiler dan ramai yang mempraktikkannya ketika musim raya ini.
Tapi ramai juga yang kurang mahir dan tak tahu kaedah betul double boiler ini. Perkongsian daripada Yatie Faizal menjelaskan tentang cara terbaik mencairkan coklat kaedah double boiler. Barulah coklat cair berkilat.
Cara cairkan coklat kaedah double boiler
Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat, terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan.
Bahan diperlukan:
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag
Cara membuat:
1. Masukkan air ke dalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api.
2. Cincang coklat compound supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, TUTUP API dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat.
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair.
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Sebelum itu, lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat.
6. Kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.
DO
- Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering.
- Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
- Cairkan coklat di atas wap air, bukan didalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat.
- Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
- Tidak tutup api ketika cairkan coklat.
- Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah.
- Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air.
- Menggunakan pewarna water based.
- Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat.
INFO
-Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
-Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
-Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.
Sumber: Yatie Faizal & fancycookies.com.my