Jangan Buang Kulit Telur, Boleh Jadi Baja Organik Suburkan Tanaman. Caranya Sangai, Tumbuk & Tabur!

Share

Kebiasaanya kita akan membuang saja kulit telur yang telah dimasak. Akan tetapi rupa-rupanya kulit telur ini juga ada gunanya.

Dalam satu perkongsian oleh Jatye Atie Christie dalam grup Berkebun Di Rumah memberitahu kulit telur boleh dijadikan baja organik untuk suburkan tanaman.

Menurutnya ia mengandungi (CaCO3) yang tinggi untuk membantu pokok hidup subur dan berdaya tahan penyakit.

Jadi selepas ini basuh kulit telur dan kumpul banyak-banyak sebelum menumbuknya hingga hancur.

Jika tidak mahu ditumbuk, boleh juga gunakan mesin pengisar tetapi risikonya mesin akan menjadi sedikit bercalar.

Atau jika rajin, boleh sangai dulu kulit telur ini sebelum dikisar guna mesin pengisar.

Cara Buat Baja Organik Dari Kulit Telur

1. Kumpul stok kulit telur dalam kuantiti yang banyak.

Kumpul banyak.

2. Kemudian cuci bersih dan jemur. Biarkan kering untuk proses ditumbuk halus menggunakan lesung batu.

Cuci bersih.

3. Proses menumbuk kulit telur hingga halus untuk dibuat baja sayuran.

Ditumbuk halus.

4. Proses menumbuk kulit telur yang sudah siap untuk ditabur pada pokok sayur. Hanya guna satu sudu teh untuk satu pokok.

Sedia untuk ditabur pada pokok.

Artikel berkait:

DIY Baja Dari Serbuk MSG Supaya Pokok Berbunga & Buah Lebat

Mudah Tanam Bendi Makan Tak Habis

Published by
Siti Zurina Mat Saman